Ahad, 28 Disember 2008

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1430H

SELAMAT MAAL HIJRAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA RAKAN TAULAN DAN SEMUA YANG MENGUNJUNGI BLOG INI.
SEMOGA TAHUN 1430 INI DIBERIKAN REZEKI YANG MELIMPAH RUAH, DIRAHMATI DAN DIAMPUNKAN SEGALA KESILAPAN DAN DOSA
SEMOGA TAHUN 1430 INI MEMBERIKAN SINAR BARU KEPADA KEHIDUPAN INI,MENINGKATKAN KETAHANAN DIRI DI ZAMAN YANG PENUH MENCABAR KEIMANAN,KESABARAN,KEKUATAN DAN MINDA
YA ALLAH, PERMUDAHKANLAH URUSAN HAMBA-HAMBAMU INI.

Sabtu, 27 Disember 2008

Trainee doctors will now get a day off after carrying out their 24-hour on-call duty.

KUALA TERENGGANU: Trainee doctors will now get a day off after carrying out their 24-hour on-call duty.
Health Minister Datuk Liow Tiong Lai said the directive will take effect immediately.
He said it applies only to housemen on active call and at the hospital the entire time.
“We will not let these trainee doctors be overworked. We will look into their welfare,” he told reporters yesterday after visiting the Sultanah Nur Zahirah Hospital.
Pleased to meet you: Liow shaking hand with hospital staff members during his visit to Sultanah Nur Zahirah Hospital in Kuala Terengganu yesterday.
Liow was asked to comment on grouses from trainee doctors that they sometimes had to work almost 24 hours and then report to their superiors the next day.
Some trainee doctors complained that they had to work seven days a week without a single rest day during their two-year stint in government hospitals as housemen.
Liow said trainee doctors should also be allowed to concentrate on getting the right exposure and medical proficiency by giving them off-days.
A trainee doctor at Sultanah Nur Zahirah Hospital, who only wanted to be known as Sally, said she was relieved to hear that the ministry would look into their welfare.
“Frankly, we are very exhausted as we have to focus on our training and also carry out clinical rounds frequently,” she said. “It is stressful.”
Sally said she and her colleagues were unable to pay attention during their stints due to fatigue and time constraints.
On another matter, Liow said about 4,000 Chikungunya cases were reported throughout the country this year.
He said the virus was first detected in Johor and spread to several states, the latest being Kedah.

Komen:

Berita nie memang memberi kelegaan kepada semua doktor yang selama ini berkhidmat melebihi masa sehingga 36 jam sehari di hospital.Kes doktor yang kena sakit mental yang menjadi jadi menjadi penyebab utama perkara ini perlu dikaji dan diputuskan oleh Kementerian.Natijahnya, serta merta jadual tugasan doktor diubah, supaya semaksima 24jam bertugas akan diberikan sehari rehat sebelum diberikan tugasan hari yang seterusnya.Good news for All medical housemen.

Tempoh graduan perubatan menduduki ujian kecekapan dilanjutkan

KUALA LUMPUR: Tawaran kerajaan kepada graduan perubatan dari universiti luar negara yang tidak diiktiraf untuk menduduki ujian kecekapan yang berakhir pada akhir bulan ini, dilanjutkan setahun lagi, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam hari ini. Beliau berkata peraturan itu membabitkan kira-kira 200 graduan perubatan yang memilih untuk memindahkan kredit mereka kepada universiti tempatan dengan menjalani program bagi menguji kecekapannya selama 18 bulan. Pada mulanya, program ini tamat dalam masa tiga tahun, tetapi ia dipendekkan kepada 18 bulan setelah menteri itu membangkitkan perkara ini pada mesyuarat kabinet Julai lalu, katanya dalam kenyataan di sini. Katanya tempoh itu dipendekkan kepada 18 bulan daripada tiga tahun kerana graduan perubatan merasakan bahawa tempoh tiga tahun adalah terlalu lama kerana kebanyakan mereka berumur 40 tahun ke atas. Graduan daripada institusi yang tidak diiktiraf pada lazimnya dikehendaki lulus dalam ujian kecekapan sebelum mereka mendaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MPM). “Semalam, kabinet melanjutkan tarikh akhir untuk menduduki ujian kecekapan itu dari 31 Disember tahun ini kepada 31 Disember tahun depan kerana ramai graduan perubatan mendapati sukar untuk memasuki institusi tempatan bagi menduduki ujian ini,” kata beliau. Dr Subramaniam berkata kabinet mengarahkan Kementerian Kesihatan bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi untuk membantu graduan perubatan mendapatkan tempat di institusi tempatan bagi tujuan ini. “Penuntut (graduan) akan dibahagikan dan ditempatkan di kolej perubatan kerajaan. Setelah menduduki ujian ini, graduan perubatan boleh ditempatkan di universiti tempatan yang diluluskan untuk menduduki kursus yang diperlukan dan lulus peperiksaan universiti yang dikehendaki bagi memperoleh ijazah. Mereka kemudian ditempatkan sebagai pegawai perubatan di hospital,” tambah beliau. - Bernama

Komen:

Pertama kali melibatkan diri dalam urusan ini, Menteri Kesihatan Malaysia amat prihatin kepada masalah graduan dan juga doktor sekarang,perjumpaan khas pada 16hb dec lepas memang baik. Baguslah kalau dah ada peluang diberikan kepada graduan malaysia di luar negara.Cuma ada sedikit kekeliruan yang berlaku disebabkan kesilapan fakta peperiksaan tersebut, pihak MMC akan mengeluarkan kenyataan khas selepas semua proses diselesaikan.

Isnin, 15 Disember 2008

Alumni SMKAKS Gathering, The Regency PD

Pada 13-14 Dec 2008, kama pergi ke Port Dickson untuk menghadiri program gathering ke enam, Alumni Bekas Pelajar SMK Agama Kuala Selangor.Kami adalah Sebahagian daripada Batch Pioneer 1994 dan kemudian mengambil SPM pada 1998.Seronok dapat jumpa member lama seperti Hamka,Aran,Megat,Pin,Hazly dan banyak lagi..



Selasa, 9 Disember 2008

Aidil Adha

Hari yang penuh mulia, aidil adha pada tahun ini buat pertama kali selepas 5 tahun tidak merayakannya di Malaysia... memang suasana di malaysia tidak seseronok di Sudan dan juga di Makkah... Namun kena gak bersyukur dapat beraya...

Solat Raya didirikan di Masjid Arrahimiah Klang..

Dalam berhujan tahun nie nampak ada kesukaran kepada para petugas korban.. sebanyak 15 ekor lembu dan 4 ekor kambing.Tahun nie saya tidak amik bahagian pada hari pertama.. cuma akan membantu pada hari 13 Zulhijjah nanti di Kuala Kubu Baru insya Allah..

Dalam beraya nie.. ada dapat jemputan daripada Abang Din dan Kak Habibah Sarawak, so pergilah ke umah dia, ada majlis doa selamat sempena rumah baru di Taman Puncak Jalil...

Sepatutnya ramai yang dijemput hadir.. tetapi mungkin tidak ada kesempatan, hanya nampak Ustaz Aziz Che Omar saja.. yang lain tidak sampai ataupun lambat lagi sampai...

Seronok gak bergathering dengan member member dan kenalan di Sudan... kami memang rapat sebab keadaan di Sudan membuatkan komunitinya penuh ukhuwah dan bekerjasama..

Hari nie beli barang barang persiapan untuk majlis korban khamis nie.. kena bantu masak nasi bukhari.. so beli barang tadi di supermarket.. Esok ada promosi J Card... di Aeon Bukit Tinggi.. entah nak pergi ker tak.. sebab mcm tak der apa nak beli jer.. nanti pergi mesti ikut suka hati beli benda yang entah tidak perlu...

Isnin, 1 Disember 2008

1st Dec Personal Health Result

Alhamdulillah... keputusan hari ini dah menunjukkan peningkatan tahap kesihatan... sekadar saya bukan lagi obese.. dah turun kepada overweight... turun 4.5kg

Berat terkini adalah 85.5kg...
BMI 29.58 (Over Weight), Total berat yang berjaya diturunkan adalah 37.5kg...

So kena pastikan program berjalan lancar tanpa ganguan (Kenduri kendara? Buffet ? Jenjalan? Holiday?)

Tak pa.. kalau dah terpaksa berKORBAN.... kenalah ganti pulak lepas tue.. jangan asyik cuti jer...

Anyway... apa apa usaha kita, perlulah ada pergantungan kepada Allah.. jangan perasan diri itu cukup bagus dan boleh buat apa segalanya tanpa pertolongan Yang Maha Berkuasa... bongkak diri apa paedahnya...
Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812