Selasa, 20 Januari 2009

Kumpulan Darah ABO


Hari nie nak kongsi maklumat mengenai kumpulan darah manusia berdasarkan pembahagian kumpulan darah A,B,O dan AB positif dan negatif.

Dr D'Adamo seorang pakar dalam bidang ini menerangkan mengenai perbezaan tabiat pemakanan dan tahap ketahanan diri berdasarkan jenis kumpulan darah setiap insan.

Kumpulan Pertama : Darah Jenis O

Kumpulan ini adalah golongan yang paling ramai, dan merupakan golongan paling lama hidup dan menapak di muka bumi, sejenis pemakan yang memburu sejak dahulu lagi.Ini menyebabkan mereka yang memiliki jenis darah ini lebih sesuai mengambil diet protien tinggi,kurangkan karbohidrat.Daging daripada jenis merah dan juga ikan tetapi sumber tenusu,bijirin tidak digalakkan.Elakkan mengambil bahan tenusu,kekacang, kurangkan roti dan nasi.Senaman pula ala pemburu, perlu kuat dan lasak seperti aerobik dan berlari, seperti diamalkan sejak zaman purba lagi!!

Kumpulan Kedua: Darah Jenis A

Darah ini merupakan kumpulan kedua teramai, kumpulan manusia asal usul petani dan peladang.Mereka jenis yang memakan sayur sayuran, biji bijirin dan kekacang.Daging amat kurang dalam diet kumpulan ini.Lebih seperti kumpulan herbivor.Jenis makanan yang sesuai adalah seperti kekacang,bijirin,roti,nasi,buah buahan dan sayur sayuran.Hasil tenusu pun tidak digalakkan bagi kumpulan ini.Oleh sebab cara hidup kumpulan ini yang lebih tenang, senaman yang paling sesuai adalah seperti golf atau taichi.

Kumpulan Ketiga: Darah Jenis B

Darah ini hanya akan muncul seorang daripada 10 orang..maknanya hanya 10 peratus sahaja manusia jenis darah ini.Darah yang paling kurang sekatan dan pantang larang dalam pemakanan!.Mereka adalah jenis manusia pengembara, yang gemar memakan dan mencuba masakan antara tempat.Oleh itu mereka boleh menikmati daging, sayur sayuran dan paling penting hasil tenusu!.Makanan yang kurang digalakkan adalah hasil laut bercengkerang.Mengenai senaman, seperti asal usul pengembara, berenang,mendaki dan berjalan adalah yang terbaik.Sambil berjalan sambil berfikir!

Kumpulan Keempat: Jenis Darah AB

Golongan darah yang jarang dijumpai, tengah tengah antara A dan B, mungkin menjadi keliru sama ada nak jadi seorang A yang herbivor ataupun bebas seperti B.Tetapi paling baik adalah sederhana mengambil daging,sayur dan bahan tenusu.Mengenai senaman pun sama.. gabungan antara senaman ringan dan senaman sederhana.

Hubungi saya untuk Program Pengurusan Berat Badan, Sarapan Sihat dan Rendah GI
Dr Kamarul 0162090812 
Herbalife Independent Member
Catat Ulasan
Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812