Jumaat, 6 Disember 2013

Taqwa Penyelesaiannya

Salam Jumaat Semua, semoga hari ini diberikan kita keberkatan hidup ini dan diberikan sinar harapan untuk meneruskan misi kita di dunia ini.

Saya terpanggil untuk berkongsi hari ini selepas menghadiri Solat Jumaat di Masjid Sungai Kandis, Khatib yang bertugas menyampaikan khutbah mengenai Taqwa.

Apa yang dimaksudkan Taqwa?

Maksud taqwa ialah menunaikan perkara yang diwajibkan oleh Allah ta’ala serta meninggalkan perkara yang dilarang olehNya.
Hamba Allah yang bertaqwa itu adalah mereka yang menunaikan kewajipan dan meninggalkan larangannya.
Sekiranya mereka mati dalam keadaan tersebut nescaya mereka terpelihara dari azab neraka dan akan terus dimasukan ke dalam syurga

Cuba kita tanya pada diri kita sendiri, Bagaimana kita boleh melihat sedangkan ada yang memiliki mata tetapi Buta, bagaimana kita boleh berjalan sedangkan ada yang memiliki kaki tetapi lumpuh, bagaimana kita boleh mendengar sedangkan ada yang memiliki telinga tetapi pekak, bagaimana kita boleh bernafas sedangkan ada yang memiliki paru paru tetapi terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.

Apa Tujuan sebenar kita dilahirkan? Dari kecil kita dibesarkan kemudian dihantar ke sekolah kemudian sambung belajar di menara gading dan selepas lulus sambung kerja, berkeluarga dan teruskan lagi kitaran ini.

Seringkali kita dilanda musibah, bencana dan masalah dan ketika itu kita perlu kembalikan diri kepadaNYA, tidak kita apa waktunya, semasa senang atau semasa diuji.Kita diuji di dunia ini adalah untuk mendekatkan diri kepada Pencipta, kita adalah hambaNYA.

Setiap kali kita melangkah keluar mencari rezeki, paling utama kita perlu bijak memilih perkara yang baik dalam semua aspek kehidupan kita.

Seperti pemakanan, ada yang halal ada yang haram ada yang syubahat.Allah merahmati kita dengan panduan daripada Al-quran dan As Sunnah untuk menentukan setiap ketetapan.Bila kali terakhir kita membuka Al-Quran, membaca dan menghayati isi kandungannya?

Allah akan memelihara hidup kita sekiranya kita sentiasa mengingatiNYA, meningkatkan iman dan taqwa kita setiap hari

 The Law Of Attraction, hukum menarik ada dikupaskan dalam

http://muslimtribune.org/reviews/new-age/law-attraction-islamic-perspective-0

Semoga Allah merahmati kita setiap hari, memberikan kita kekuatan untuk meneruskan kehidupan kita dan sentiasa meletakkan kita dikalangan hambanya yang Soleh dan Solehah.

Mari kita hayati Ayat ini

Selasa, 3 Disember 2013

Mencari Ketenangan dan Rahmat

Salam Warahmah, Selamat datang ke Bulan Disember, tidak lama lagi kita akan menutup tirai 2013, pasti banyak kenangan suka duka kita selama kita berada di bumi milikNYA.

Mari kita renung semula apa tujuan hidup kita, setiap hari kita bangun pagi kita masih diberikan nafas untuk meneruskan hayat kita.

Setiap hari saya bersyukur dapat bangun dari tidur, melihat isteri dan anak yang disayangi berada bersama sama, syukur tidak terhingga di atas nikmat ini, Allah pinjamkan kita untuk kita sentiasa mengingatiNYA

Segala perbuatan dan amalan kita harian adalah ibadah, yang penting disertakan niat yang betul.

Semalam kami dapat peluang menziarahi keluarga Wak Amit dan Ustazah Laili dan juga Untie Sunarti.Mereka adalah sebahagian dari perjalanan hidup saya dalam misi nutrisi ini, susah senang saya selama ini kami lalui bersama.

Sudah hampir 4 tahun saya memperkenalkan misi nutrisi pada sahabat dan seperti keluarga saya sendiri.

Bayangkan ketika permulaan saya mengembangkan misi nutrisi di Ijok, ramai yang tidak percaya dan tidak yakin, apatah lagi saya membuat keputusan FULL TIME HERBALIFE ketika itu.Saya
bergantung kepada Allah kerana denganNYA kita dapat rezeki dan kebaikan selama ini.

Dari Satu Kelab Rumah kepada  lebih 20 kelab rumah ditubuhkan, walaupun banyak tinggal kenangan, tetapi kenangan dan pengalaman ini saya jadikan alasan untuk terus belajar dan teruskan bangun diri ini

Boleh baca Blog isteri tercinta saya untuk ketahui kelab rumah  Kelab Rumah Wak Amit & Ustazah Laili

Hari ini saya ingin kongsi perjalanan kami yang pernah ke Bali 2010, membawa sahabat sahabat dari ijok, terima kasih Dr Idros yang upload gambar ini.

 Kami bercuti sambil belajar di Bali, First time juga kami ke sana, takut pun ada sebab tidak pernah jejak pulau ini dan Alhamdulillah perjalanan kami pergi dan balik dirahmati.Untie Sunarti datang bersama saudara maranya, Wak Amit, Wak Sahman, Ustazah Sasliza dan anak anak.Ketika itu saya masih single, belum ada isteri dan anak, namun saya nampak sendiri pengorbanan dan ketabahan seorang ibu dan ayah menjaga anak anaknya.Wak Sahman sebelum ini bekerja di syarikat motorsikal terkemuka dan ustazah merupakan guru agama di ijok.Nampak keriangan dan kegembiraan di wajah mereka semua


Ketika di sana kita adalah post meeting setiap kali tamat sesi pembelajaran, dan ternyata ramai yang bersemangat untuk berubah dan memperbaiki diri.Coach saya Kak Aishah Harun dan Abang Ishak pun ada bersama kami, terima kasih coach kerana memperkenalkan herbalife dalam hidup saya
 Ibu Dame dan Pak Najib antara yang memberikan perkongsian ketika di Bali, pasangan ini sangat luar biasa dan semangat ini menyebabkan sekarang indonesia sudah ada lebih 40 president team member, hanya kerana visi dan misi merubah orang ramai.

 Untie Sunarti berjaya melayakkan diri makan malam bersama success team,  dalam gambar ini ada Ibu Haslina dari Kuantan, Ibu Zaini dari Jitra suri rumah tangga pun boleh berjaya dan meneruskan misi nutrisi
 Wak Amit seorang pekerja kontrak, dari seorang yang sangat pemalu, bergantung pada majikan, selepas 4 tahun sekarang memiliki perniagaan sendiri, jadi bos sendiri, dan membantu ramai menjadi sihat ceria dan gembira sentiasa.Semoga perjalanan wak amit dan ustazah laili diberkati, semoga Allah membalas jasa baik pasangan luar biasa ini, saya sentiasa mendoakan mereka berjaya dan saya akan meneruskan misi ini bagi membantu ramai lagi yang ingin berubah.

Doakan kami semua, perjalanan kami baru bermula



Inginkan badan ideal pada 2014? atau ingin jana pendapatan tambahan tanpa mengganggu pekerjaan anda sekarang? Call Dr Kamarul 0162090812
Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812