Isnin, 5 Mei 2014

Bahaya Bersenam

Alhamdulillah Saya amat bersyukur hari ini, genap 6 tahun saya bertemu kaedah dan Konsep Gaya Hidup Sihat.Kisahnya saya memang mencari solusi untuk turun berat badan saya sejak sekolah menengah lagi

 

Sebelum ini saya merupakan Aktif Sukan Taekwondo, Sehingga jadi Kapten Sekolah.Apabila kita aktif bersukan, metabolisme kita akan tinggi dan senang hadam makanan.Masalah bagi atlet atau ahli sukan adalah semasa bersukan badan kita memerlukan kalori yang secukupnya bagi mengekalkan jisim otot yang telah burn semasa senaman dilakukan.


Bahaya Senaman?
1) Tidak Konsisten dan Sentiasa mencari ALASAN untuk BERHENTI

 
Saya BERHENTI bersenam untuk FOKUS pada Peperiksaan UPSR ketika itu, hasilnya Badan menjadi MALAS, otak sebenarnya menjadi tepu kerana kurang Oksigen dan Peredaran darah tidak sebaik semasa bersenam

2) Makanan Selepas Bersenam

Tengoklah kalau kita pergi Setiap pagi di tepi tasik, ramai yang jogging pagi pagi, ada yang lari dan ada yang jalan lenggang kangkung sambil berborak borak.Saya dahulu pun sama juga, jogging sikit lepas itu terus ke kedai Mamak makan Roti Canai 2 keping, dengan Teh Tarik, jadi makin letih lepas kita senaman, dan berpeluh bukan sebab pecah lemak tetapi sebab makan pedas atau makan terlebih.Bersenam 300 kalori tetapi makan selepas itu sehingga 700 kalori, boleh lihat gambar dibawah contoh kalori 



3) Dehyrated Selepas Senaman
Setiap 25kg berat badan kita, perlukan 1 litre air Putih, ini adalah apabila kita berada di keadaan biasa, sekiranya kita bersenam kita memerlukan lebih air kerana proses kehilangan air melalui berpeluh dan membuang air kecil.Perlu diingatkan AMAT BAHAYA sekiranya kita tidak mengambil Air selepas senaman, ia akan menggangu proses badan kita berfungsi, boleh jadi pitam.

4) Peralatan Tidak Selamat

 
Pastikan Setiap kali bersenam kita ada Pakaian yang betul, Kasut yang sesuai dan juga sekiranya kita melakukan floor workout kita memerlukan gym mat untuk menjaga struktur postur badan kita.

5) Pilihan Senaman yang tidak Sesuai

 

Sekiranya kita ada masalah sakit lutut, berat badan terlalu obes, atau kita ada masalah struktur badan kita kita perlu memilih senaman yang sesuai, contohnya sekiranya kita ada kecederaan lutut, amat bahaya sekiranya kita melakukan larian secara aggresif, dan kita boleh bertukar kaedah untuk bersenam seperti swimming, yoga atau low impact aerobik

 6) Senaman dengan Perut Kosong

Setiap kali kita ingin bersenam pastikan kita sudah mengambil makanan ringan / hidrasi sebelum bersenam, ini kerana sekiranya kita bersenam dalam perut yang kosong, kita kurang tenaga untuk melakukan aktiviti ini dan juga amat bahaya sekiranya kita ada masalah gastrik dan juga masalah penghadaman.Perlu diingatkan ini bukan bermakna kita perlu ambil makanan full meal sebelum kita bersenam, makanan yang terlalu berat pun bahaya juga, paling bagus alas perut 30 minit sebelum bersenam

7) Tidak Lakukan Warming UP, dan Cool Down

 
Setiap kali bersenam kita perlu lakukan streching regangan kerana ia boleh membantu kita meningkatkan peredaran darah, meningkatkan degupan jantung, membantu otot dan sendi, dan ia juga mengelak kita daripada kecederaan.Selepas Senaman wajib kita lakukan Cool Down, dan ia amat penting untuk mengelakkan masalah selepas bersenam.

Solusinya?


Anda Rasa Bosan bersenam Berseorangan? Tiada Motivasi dan Sering Gagal?
Sekiranya kita ingin meningkatkan tahap fitness badan kita, senaman memang penting, pertamanya kita perlu tahu KENAPA perlu kita bersenam, dan KAEDAH yang terbaik untuk kita.Kita ada Fit Challenge di Shah Alam, kepada yang berminat boleh sertai bersama-sama.
 

Tiada ulasan:

Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812