Jumaat, 30 Oktober 2015

Pengedar Herbalife Bebas 0102098020

Pengedar Herbalife Bebas

 Hubungi Dr Kamarul Aisyah 0102098020 (Whatsapp / Call)


Salam Warahmah dan Salam Sejahtera Semua,
Mencari Solusi Turun Berat Badan dengan Herbalife?

Perkenalkan diri, Saya Dr Kamarul, Seorang Jurulatih Turun Berat Badan dari 2009 sehingga kini sudah 7 Tahun mengamalkan Herbalife dan Membantu Masyarakat Jadi Lebih Sihat

Sebelum ini saya cepat letih, jalan kurang bertenaga, dan obese 125kg Alhamdulillah Selepas mengamalkan nutrisi ini saya bertambah sihat dan ceria, bonusnya saya berjaya TURUN 50kg lemak menggunakan program Herbalife  (Hasil Tidak Tipikal)



Sebelum diperkenalkan dengan Herbalife, Saya memang suka sangat makan dan ketagih Nasi Berpingan pinggan, Junk Food dan Dessert, Burger Jumbo dah jadi seperti kemestian.Saya tahu ia amat tidak Sihat dan saya mencari solusi yang terbaik bagi medapatkan Hasil yang diinginkan TANPA UBAT UBATAN, SUNTIKAN atau CRASH DIET

Alhamdulillah SEGALANYA berubah selepas saya bertemu Coach saya Puan Aishah Harun, saya bermula Program Gaya Hidup Sihat dan Berjaya TURUNKAN berat Badan saya 50 kg!

Perjalanan bagi mendapatkan Hasil ini memerlukan keazaman yang kuat, saya amat bersyukur kerana konsep ini kita ada COACH yang akan membantu kita memberikan semangat dan jalan terbaik untuk kita berjaya, walaupun saya merupakan seorang Doktor Perubatan, saya tetap OBES kerana Gaya Hidup tidak Sihat.


Isteri Saya, Puan Siti Aisyah juga mengamalkan Herbalife dan Gaya Hidup Sihat, Alhamdulillah Berjaya Turun 19kg dan rasa ceria gembira setiap hari (Hasil Tidak tipikal)

Kami berdua adalah Jurulatih yang membantu masyarakat kita yang memerlukan coaching Turun Berat Badan, Naik Berat Badan dan Nutrisi Luaran.

Kami Bukan Jurujual Herbalife, beza juru jual adalah individu yang hanya menjual produk tanpa menggunakan produk itu sendiri, kami melatih pelanggan kami mendapatkan hasil yang diingini bersama panduan penggunaan, ilmu yang diperlukan dan perkhidmatan sokongan.

Berapa Harga Herbalife? Saya akan nasihatkan harga bergantung kepada Budget makanan harian anda dan juga berdasarkan target penurunan yang diinginkan.Kami ada Program yang sesuai untuk pelajar, Suri Rumah yang sibuk, Pekerja dan juga Para Pesara.

Boleh Hubungi Saya Melalui Telefon atau Whatsapp 

 Hubungi Dr Kamarul Aisyah 0102098020 (Whatsapp / Call)

Saya ingin kongsikan Tips Turun Berat Badan dan Fitness boleh layari Entri entri di Bawah
Kisah Sebelum Saya (Jangan Gelak ya)

Kenapa Ambil Herbalife?

Kurang Protein Boleh jadi Gemuk?

Enam Tabiat Rosakkan Diet

Tips Diet Cuti Sekolah

Makan Coklat Boleh Jadi Kurus?

Mencari Diet yang Tanpa Kelaparan

Plan Penggunaan Nutrisi

Tidur Lewat Punca Gemuk

Kepentingan Air kepada Tubuh Badan

Healthy Breakfast

Kenapa Susah sangat Minum Air?

Kurus Tapi Perut Buncit?

Isnin, 1 Jun 2015

Macam Macam Dah Cuba Kenapa Tak Pernah Berhasil?

Salam Warahmah, Semoga Di Rahmati dan Di Berkati.

Hari ini saya ingin kongsikan pengalaman saya bersama customer customer sepanjang coaching kami.

Soalan yang kerap di Tanya kepada Saya " Dr Kamarul saya dah cuba macam macam dari jaga makan, senaman, pergi gym, lari, diet, tidak makan nasi, minum air sahaja tanpa ambil solid food, muntahkan makan, puasa,  makan sayur jer, ambil suppliment, ambil suntikan, pembedahan dan sebagainya.

Jawapan saya, SAYA PUN SAMA GAK! Cuba macam macam hehehe yer lah kalau tidak masakan saya tetap gemuk dulu.

Apa yang pernah saya buat sebelum ini sebagai pengajaran dan pedoman heheh

1. Saya Jaga Makan

Saya bab makan ini memang pantang jaga, pantang jumpa! Memang jagalah sangat makan, waktu tidur jer tidak jaga makan, waktu berjaga terus makan, sebab itu jangan sebut kita JAGA makan kalau kita sebenarnya tidak Faham apa sebenarnya PENJAGAAN Pemakanan kita,Kalau kita jaga pemakanan kita, kita ada Pelan Pemakanan Harian, ada Diari Pemakanan dan ada yang akan Monitor Progres kita, barulah boleh kita ketahui apa silap kita dan apa perlu yang kita perbaiki.Ketahuilah kadar metabolisma kita, faktor protein kita dan juga jumlah keperluan kalori harian kita

2. Senaman, Pergi Gym, Jalan dan Lari

Saya teringat masa kecil dahulu suka sangat bersenam, ikut abah jalan jalan jogging konon.Jalan sikit jer kalori yang kita dibakar kalau takat 15-30 minit barulah boleh bakar 100-250 kalori sebab jalan jalan seperti makan angin.Lepas senaman perut lapar berpeluh kekeringan tekak.Apa tindakan seterusnya makanlah, bakar 250 kalori, makan roti canai mandi 2 keping dengan teh tarik dah 700 kalori! defisit 500 kalori lagi heheh.. dah lar penat senaman lagi penat sebab makan makin mengah dibuatnya.

3. Tidak Makan Nasi

Siapa kata makan nasi menggemukkan? ya betul ia menggemukkan kalau makan BERLEBIHAN, saya dulu memang Tidak gemar makan nasi, saya gemuk sebab makan banyak snek, tidak makan ikut masa, makan terlalu lambat waktu malam sebab urusan kerja dan shift panjang waktu malam.Di negara Arab ramai yang obese tetapi bukan makan nasi tetapi makan roti.Konsepnya karbohidrat mesti dijaga paling terbaik segenggam tangan kita.

4. Liquid Diet dan Anorexia Nervosa 

Saya pernah juga cuma tidak makan solid, paling tahan pun 3 hari sahaja, ini CRASH Diet dan TIDAK SIHAT, Nasib baik tidaklah sehingga jadi Penyakit Anorexia Nervosa, yakni sangat takut naik berat badan dan menyiksa diri dengan memuntahkan diri, mengikat perut dari makan sangat bahaya boleh memakan diri.

5. Puasa

Puasa bukan  NIAT untuk KURUS! Puasa adalah Ibadah kepada Allah pada Bulan Ramadan ia Wajib dilakukan, ya memang benar puasa boleh membantu kita menjadi lebih sihat dengan fadilat ibadah ini, dengan syarat kita amalkan Sahur Sihat dan Iftar Berbuka Puasa dengan Sihat, saya dulu puasa dirosakkan dengan makan terlalu berat semasa berbuka puasa dan minuman terlalu manis, makan berat sampai ke waktu Moreh, Sahur pun sama nasi tambah 2 pinggan, lepas subuh tidur sebab keletihan makan banyak.Cara terbaik adalah dengan bersederhana, amalkan Kurma, Aloe Tea dan Shake untuk Sahur dan Berbuka Puasa, badan akan lebih selesa dan tenang untuk beribadah.

6. Saya makan Sayur Sahaja

Ingin turun berat badan pastikan makan protein yang cukup, kalau makan sayur sahaja kita tidak akan jadi seimbang proses pemakanan kita, diet seperti ini akan melemahkan badan kita sebab protein diperlukan untuk sistem tubuh badan kita berfungsi, darah kita, hati kita, jantung kita , otot kita semuanya perlukan protein dalam bentuk asid amino yang seimbang.Kalau kita makan sayur sahaja boleh jadi kita akan jadi gemuk sebab terlebih nasi, bersama sayur atau menggunakan sos dressing yang tinggi lemak dan garam seperti mayonis, ranch , chipotale dan sebagainya.Cuba lihat bayi kecil masa dilahirlah 6 bulan akan mengambil Protein dari Susu Ibu barulah pertumbuhan menjadi lebih bagus, ini tandanya sangat penting mengambil protein dalam pemakanan harian kita.Shake kita tinggi protein yang sihat, kurang kalori,tinggi zat dan senang hadam berbanding protein haiwan.

7. Ambil Supplimen

Supplemen bagus untuk turun berat badan dengan syarat makanan asas mesti betul seimbang dan kalorinya tidak lebih dari keperluan.Sebelum Herbalife saya ada makan macam macam supplimen tetapi tidak ada kesan apa apa pun, ya lah makan vitamin bagai fat burner bagai tapi kalori harian kelaut.Baiki dahulu makanan asas barulah tambah dengan supplimen yang sesuai.Seperti kita sekolah boleh jer kita pergi tusyen tetapi yang penting penumpuan utama dalam kelas di sekolah, kita akan mantapkan semasa kelas di pusat tusyen.Saya memilih Herbalife sebab ia adalah pengganti makanan,Shake Bukan Supplemen tetapi ia Food Replacement. Fungsi utama ia membantu membersih, menggalakkan penyerapan zat yang diperlukan dan membina sel sel baru, berdasarkan konsep Nutrisi Sellular.Inilah sebab utama Herbalife berkesan dengan lebih baik, kita sediakan tubuh badan kita dengan keadaan yang lebih bersedia menerima nutrisi dan membina sel yang lebih sihat.Bayangkan sel darah merah berada 120 hari dalam tubuh badan kita kalau ia sihat, apabila kita menjana sel baru yang sihat ia akan bertahan dan melakukan tugasnya dengan lebih sempurna.Kalau kita berikan makan yang tidak sihat sel kita sukar menghasilkan sistem organ badan yang lebih baik untuk fungsi harian.Saya selepas perbaiki sarapan dan makan malam barulah mengambil nutrisi tambahan seperti omega 3 fish oil, calsium plus dan TC Formula.Apabila ingin menjaga jantung ambil NW Formula.

8. Suntikan dan Pembedahan

Nasihat saya, tiada yang cepat dan selamat dan kekal berbanding menukar tabiat dan gaya hidup kita, apabila kita bergantung kepada kaedah yang tidak selamat kesan sampingannya sangatlah berat, ramai yang terperangkap apabila melakukan pembedahan, kesan penderitaan selepas pembedahan ia kekal, kurus tetapi tidak sihat, menggunakan suntikan pun sama ada yang akan merosakkan hati dan buah pinggang kita.Hati hati ya,  fikir dahulu dan buat perubahan yang sihat.


9. Tidak Pernah Konsisten

Segala perubahan perlukan masa untuk ia menampakkan hasil, tidak ada maknanya kita yang sudah bertahun gemuk gedempol ingin fit langsing sekelip mata, memang banyak cabaran untuk capai impian tetapi hasilnya sangat berbaloi! Sabar dan teruskan Bersabar pasti dapat hasil yang kita inginkan, kalau ingin lebih semangat datang ke Herbalife Customer day dan Lihat secara LIVE semua Testimoni-testimoni yang Berjaya.Ramai akan berkongsi Tips dan Ilmu untuk lebih sukses.Saya pun sama juga dahulu amat Jahil bab pemakanan, buat macam macam cara seperti di atas tidak pernah berjaya sebab masalah ini, bayangkan bayi dalam kandungan perlukan 9 bulan sebelum boleh dilahirkan tandanya masa itu penting untuk mematangkan hasil.

10.  Semua dah Buat tapi Cheat Day Everyday

Secara jujur memang paling penting kalau kita inginkan hasil tumpukan sehingga berjaya.Cheat day di Malaysia seperti Pesta Makan Kenduri Kendara dilakukan sering kali sehingga pesta kalori ini merosakkan pelan pemakan kita, saya pun ada juga makan tetapi bukannya melantak, diet satu hari 6 hari rosak lepas itu salahkan satu hari yang kita diet.Konsep utama adalah 80% Pemakan, 20 % Senaman dan 100 % Minda Positif Sihat.Boleh bertanya pada Coach Herbalife anda untuk Pelan Individu, memang tidak sama bergantung kepada ketinggian, berat, usia dan jantina kita.


Semoga menjadi inspirasi kepada semua, Kalau anda sudah ada Coach Herbalife, boleh hubungi terus Coach anda untuk pemantauan, sekiranya belum ada Coach boleh hubungi saya untuk tindakan selanjutnya

Fi Riayatillah!

Program Herbalife berdasarkan keperluan individu, boleh maklumkan saya sama ada anda ingin Turun Berat Badan, Naik Berat Badan, Sarapan Sihat atau Fitness dan saya akan syorkan Program yang sesuai dengan anda Boleh Isi Form di SINI

Jadi ingat TUJUAN sebenar anda ingin mulakan PERUBAHAN, saya sedia membantu anda mencapai impian dengan syarat bersedia dilatih dan ada kesungguhan





Hubungi saya untuk Program Pengurusan Berat Badan, Sarapan Sihat dan Rendah GI
Dr Kamarul 0162090812 
Herbalife Independent Member

Jumaat, 29 Mei 2015

Harga Produk Herbalife Negara Malaysia

Berminat dengan Produk Herbalife?

Produk Herbalife dijual secara eksklusif melalui Ahli Bebas dan TIDAK boleh didapati di kedai-kedai.

Herbalife TIADA STOKIS tetapi ada COACH yang makan melatih kita mendapatkan hasil yang kita inginkan.

Kelebihan dengan adanya COACH ini kita akan dipantau HASIL dan juga dinasihatkan Pelan Pemakanan yang Terbaik untuk kita

Apa Bezanya Kalau beli dari Juru Jual ataupun Beli dari Coach?

 Jurujual hanya menjual produk tanpa memberikan tindakan susulan, kadangkala tidak mahir dalam proses mendapatkan hasil, kadang kala harga murah diberikan tidak mengikut harga pasaran sebab barang sudah tamat tempoh expiry date, apabila kita tidak mendapat pemantauan yang betul kita sukar mendapat hasil seterusnya tidak berjaya turun berat dan langsing seperti kita inginkan.

Coach pula adalah individu yang MELATIH anda mendapatkan hasil berdasarkan ILMU dan PENGALAMAN coach itu sendiri, ada SISTEM yang lengkap untuk membantu, lagi serius kita mendapat hasil lagi serius coach akan melatih kita.

Pengalaman saya sendiri, saya berjaya Turunkan 50kg berat, Isteri turun 19kg berat dan bantu ramai berubah dengan coaching yang betul.Ada yang datang setiap hari di Kelab Nutrisi kami, ada juga yang menjadi Customer Jarak Jauh, semua ada cara yang sesuai untuk dilatih.

Kelebihan kalau anda mendapat Coaching

1. Program Khusus untuk keperluan anda mendapat HASIL
2. Pelan Pemakanan yang seimbang
3. Pemantauan Beterusan
4. Peluang untuk mendapatkan Promosi
5. Peluang mendapatkan Pakej Diskaun
6. Dilindungi dengan Etika dan Golden Rules


Berapa Harga Herbalife?



Program Herbalife berdasarkan keperluan individu, boleh maklumkan saya sama ada anda ingin Turun Berat Badan, Naik Berat Badan, Sarapan Sihat atau Fitness dan saya akan syorkan Program yang sesuai dengan anda Boleh Isi Form di SINI


Jadi ingat TUJUAN sebenar anda ingin mulakan PERUBAHAN, saya sedia membantu anda mencapai impian dengan syarat bersedia dilatih dan ada kesungguhan





 
Hubungi saya untuk Program Pengurusan Berat Badan, Sarapan Sihat dan Rendah GI
Dr Kamarul 0162090812 
Herbalife Independent Member

Selasa, 26 Mei 2015

Double Tree By Hilton Part 3 Evening Canapes Executive Lounge

 Income applicable to the individuals (or examples) depicted and not average.

Setiap Hari jam 5.30pm-7.30pm ada Minum Petang di Executive Lounge, makanan yang disediakan memang banyak dan boleh jadikan sebagai pengganti makan malam.


Kami datang jam 6.30 malam, ketika itu memang lounge penuh dengan Tetamu,  kami dapat satu meja kebetulan tetamu sebelum ini baru beredar.Kerusi kanak kanak pun ada, polisi Lounge membenarkan kanak kanak masuk dengan syarat ibu bapa mengawasi mereka, saya sangat gembira konsep Kids Friendly Hotel

Quiche Rendang dan Kanofa Udang , sedap!

Tarts, Cream Puff dan Jelly

Double Tree By Hilton Kuala Lumpur Part 2 Executive Suite Room & Celebration Cake

 Income applicable to the individuals (or examples) depicted and not average.

Bilik Executive Suite kami berada di Tingkat 33, bersempena Sambutan Hari Ibu dan Birthday, Double Tree telah menghias bilik kami dengan Belon, dan Bunga yang sangat cantik

Dari Website Double Tree Hilton :



1 KING BED EXECUTIVE SUITE
Executive Lounge access, complimentary breakfast, 62sqm/667sq ft, living area, WiFi, sofa
Unwind in this spacious Executive Suite featuring our king-sized Sweet Dreams® bed with hypoallergenic down pillows. Enjoy your exclusive access to the Executive Lounge offering complimentary breakfast and evening cocktails.
Relax on the sofa in the separate sitting area and watch satellite TV channels. Work at the large desk with ergonomic chair and stay connected with WiFi (fees apply). The modern bathroom features a range of luxury amenities to make you feel pampered.


 Kami sangat excited melihat decorasi yang disediakan, ruang pun luas untuk buat family gathering di Sofa Area


Bilik ini terbahagi kepada 2 bahagian. Bahagian Hadapan ada Ruang Tamu dan Work Desk, bersama Kabinet Dapur dan Sinki.

Bahagian Bilik Tidur pun ruangnya besar, dan ada Bilik Air bersama Kolam Bath Tub.

Sangat sesuai kalau untuk menyambut Anniversary, Honeymoon atau Hari Jadi di Sini.




 Selepas Solat Zohor, kami didatangi oleh Guest Relation Double Tree, membawa Kek untuk Sambutan Hari Ibu dan juga Hari Jadi Keluarga Raudhah



Isnin, 25 Mei 2015

Double Tree By Hilton Kuala Lumpur Part 1 Check in

 Income applicable to the individuals (or examples) depicted and not average.

Salam Warahmah,

Kami baru balik dari Retreat Raudah Family sambil sambut Birthday dan juga Hari Ibu.

Bahagian pada Entri ini

Raudah Family Mothers Day Stayvacation Double Tree By Hilton Kuala Lumpur

Part 1 Check in Double Tree by Hilton
Part 4 Workout and Breakfast
Part 5 Check Out
Part 6 Afternoon Tea at Axis Lounge Double Tree
Part 7 Dinner at Makan Kitchen

Kebetulan tahun ini kami dapat Hilton Gold Member, apabila menggunakan Visa Infinite CIMB card.
Di Malaysia ada Hilton di Kuala Lumpur, Double Tree di area KLCC, Hilton Petaling Jaya , Double Tree di JB, Hilton Kuching  dan Hilton Batang AirResort

Langkah pertama Check dalam website HHONORS.COM  dan Log in Akaun dan juga Pin, boleh search tarikh yang kita inginkan dan boleh pilih pakej mana yang kita suka.


Kali ini kami ke Double Tree, ambil 3 Bilik untuk Keluarga Raudah.Satu bilik berharga RM 129 + 4000 HHonors Points.Sangat Berbaloi.Kalau redeem full point bernilai 10000 points


Kalau ada permintaan Khas kita boleh order sebelum sampai.

  Saya menggunakan eCheck in sebelum sampai untuk 2 bilik keluarga raudah, dan saya reserve satu bilik kami untuk Check in di Kaunter.


Alhamdulillah kami dapat Upgrade kepada Executive Rooms, saya menggunakan HHonors Gold saya dan ada ada pesan pada Hotel kami ada Family Vacation untuk sambut Hari Ibu dan Birthday keluarga.


 Hotel ini ada 34 Tingkat, saya pilih tingkat paling atas sebab ia satu level dengan Executive Lounge


Kami sampai awal dalam jam 9 pagi, biasanya kalau bercuti memang gerak awal sebab boleh manfaatkan masa awal ini untuk bersiar siar di dalam Hotel.

Kami sampai di Level Satu, terus ke Kaunter hadapan.Saya tunjuk Kad HHonors dan Butiran Tempahan, Front Staff terus Escort kami ke Executive Lounge.

 Official Executive Lounge Picture From Double Tree Website

Sangat Teruja dengan layanan VIP kepada kami sekeluarga.


Sampai di Lounge, Manager Bertugas mempersilakan kami sekeluarga duduk menjamu Late Breakfast, sementara proses pemberian kunci.Double tree terkenal dengan pemberian Biskut Signaturenya, Chocolate Chips Cookies yang diberikan panas panas.

5km Fun Tasik Shah Alam Picnic Run

Salam Warahmah.. Alhamdulillah kami baru completed Larian 5 km bersama anak anak kami, menggunakan Stroller.






Kebetulan kami jalan jalan di Tasik Shah Alam pada hari Jumaat 15 Mei yang lepas ada nampak sign board Shah Alam Picnic Run.Terus Register sebab nak bawa baby sekali


Isteri tercinta terus daftarkan selepas mendengar penerangan ringkas.Terus ambil baju dan Bip Larian

 Kami dapat Nombor 237 dan 236, Pihak pengajur menggunakan Sticker untuk lekat pada baju

 Pada Hari Sabtu, Hari acara bermula kami sampai lambat 2 minit hahah. jadi mereka dah mula lari.Bermula dari Pintu Masuk Galeri Shah Alam kita lari di kawasan luar melalui Jalan Persiaran Masjid dan Jalan Persiaran Dato Menteri.

Ahad, 26 April 2015

Anniversary Retreat Hilton Kuala Lumpur Part 5 Turn Down Service dan Pool

Income applicable to the individuals (or examples) depicted and not average.

Alhamdulillah dah kenyang dan dah ready untuk balik ke Bilik.Kami sampai sahaja House Keeping sudah menyediakan servis Turn Down mereka.

Servis ini  http://en.wikipedia.org/wiki/Turndown_service

Secara umumnya pada petang hari House Keeping akan datang dan mengemas semuala bilik kita dan menyiapkan cadar dan selipar untuk kita tidur.Air mineral tambahan diberikan dan kadang kala ada Chocolate diletakkan di atas katil.

 Cadar dilipat untuk memudahkan kita masuk


 Selipar untuk kita

Anniversary Retreat Hilton Kuala Lumpur Part 4, Evening Canapes Cocktail Executive Lounge

Income applicable to the individuals (or examples) depicted and not average.

Sambung dari Entri sebelum ini, pada jam 6.30 petang kami turun semula ke Executive Lounge untuk minum petang merangkap Dinner juga.Kami muslim jadi kami tidak minum minuman alkohol.


 Kami ambil tempat yang sama tadi, dan mula makan, cuma kali ini kami ambil sedikit demi sedikit, ambil masa sikit, saya sempat Solat Maghrib dan sambung balik untuk lengkapkan dessert.

 Pada jam 6pm-8pm ada disediakan Hot and Cold Canapes, dan Minuman.

Biskut untuk dimakan bersama Cheese

Anniversary Retreat Hilton Kuala Lumpur Part 3, Birthday Cake & Fruit Platter

Income applicable to the individuals (or examples) depicted and not average.

Sambungan dari Entri sebelum ini, kami dari Executive Lounge untuk Afternoon Tea kemudian balik semula ke Bilik untuk berehat.Staff dari House Keeping datang dan memberikan kami Hadiah Birthday Cake dan Welcome Fruit Platter sebagai HHonors Gold Member.Terima Kasih sangat


 Dapat kedua duanya seretak

 Special Chocolate Cake

 Fruit Platter (Apple, Mango, Orange, Salak)

Anniversary Retreat Hilton Kuala Lumpur Part 2, Afternoon Tea Executive Lounge

Income applicable to the individuals (or examples) depicted and not average

Chef Paul Gardin, Chef Pastry terkemuka menyediakan Afternoon tea untuk Tetamu di Executive Lounge, Lokasi di Tingkat 33.

Selepas gembira melihat bilik kami, kami bersedia untuk ke Lounge, tadi tak sempat Lunch jadi kami minum tengahari disini.Afternoon Tea tersedia dari jam 2.30pm- 4.30 pm.

Sampai sahaja Ruang Executive Lounge, kami disambut dengan cerianya oleh Staff di sini, ada ruang untuk Keluarga dan ada ruang untuk Ahli Perniagaan.Kami diberikan tempat ada Sofa dan senang untuk berehat sambil menikmati juadah yang disediakan.


Semua super excited dan kelaparan hahaha

 Menu Hari ini

 Tuna Sandwich, Cream Cheese Sandwich, Turkey Ham Sandwich

Anniversary Retreat Hilton Kuala Lumpur Part 1 Check in

Income applicable to the individuals (or examples) depicted and not average.

Salam Warahmah, Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman Sambutan Ulang Tahun Perkahwinan kami keempat.Alhamdulillah syukur sangat dapat rezeki kali ini bersama Isteri Tercinta dan 2 orang anak kami.

Bahagian pada Entri ini

Anniversary Retreat Hilton Kuala Lumpur

Part 6 Executive Lounge Breakfast and Vasco Buffet Breakfast
Part 7 Check Out

Kebetulan tahun ini kami dapat Hilton Gold Member, apabila menggunakan Visa Infinite CIMB card.
Di Malaysia ada Hilton di Kuala Lumpur, Double Tree di area KLCC, Hilton Petaling Jaya , Double Tree di JB, Hilton Kuching  dan Hilton Batang AirResort

Langkah pertama Check dalam website HHONORS.COM  dan Log in Akaun dan juga Pin, boleh search tarikh yang kita inginkan dan boleh pilih pakej mana yang kita suka.Saya pilih Hilton Kuala Lumpur kerana dekat, tidak perlu travel panjang dan kebetulan ada promosi Family Package, 25% Peratus Diskaun bersama Welcome Drink, dan Double HHonor Points.

Saya dapat Harga RM 358  untuk Bilik King Deluxe, termasuk servis caj dan GST. Memang berbaloi sebab biasanya bilik berharga sekitar RM 400++


Kami Sampai Hilton jam 2.30 Petang, selepas Solat Jumaat di Masjid Bukit Aman.
Check in dibuat di Kaunter Lobby, Front Desk Person menerangkan dengan baik Stay kami kali ini,saya sempat Email kepada Hotel terlebih awal kehadiran kami kali ini untuk menyambut Anniversary dan juga Hari hari Jadi Isteri.

Alhamdulillah kami dapat upgraded kepada Bilik Executive Plus King Bed Non Smoking Room.

Bilik yang diberikan kepada kami ditingkat paling atas, Level 35.Kami juga diberikan akses kepada Executive Lounge, Wifi Percuma, Voucher Minum di Pool dan juga Voucher Spa Upgrade.


Sementara Front Desk membuat urusannya, kami dihidangkan dengan Welcome Drink dan Cold Towel.
Saya Dokong Abang Long Riduan yang kepenatan sebab ini memang waktu tidurnya
Litte Atief dalam Bobba Wrap bersama Ummi Aisyah
Barang barang di ambil dan kami terus bergerak ke Lift berdekatan.
Kami dibantu oleh Staff Mr Lau
 Mr Lau sangat peramah, menerangkan keadaan Bilik, Arah Kiblat dan juga servis yang ada

Terima Kasih Hilton Kuala Lumpur! Dekorasi yang sangat cantik menyebabkan anak anak kami super excited! Siap ada Lovely Swan, Belon dan Bunga Bunga

Isnin, 20 April 2015

Le Meridien Kuala Lumpur Latest Recipe Dinner Buffet Review

Salam Warahmah Hari ini saya ingin Kongsikan Pengalaman kami ke Le Meridien Kuala Lumpur, sambut Hari Jadi Isteri Tercinta, kebetulan mencari tempat yang dekat dengan kami dan ingin rasa kelainan, saya review banyak entri dari Blogger yang recommend untuk datang ke sini.


Hotel ini terletak di kawasan KL Sentral, ia berkembar dengan Hotel Hilton di sebelahnya.

Selepas parking kita akan naik ke aras Lobby, dan kita akan sampai ke Pintu utama mengasingkan antara 2 Hotel ini, kami ambil keputusan untuk ke pintu kanan hehehe

Jumaat, 17 April 2015

Protein dan Anda

Salam Warahmah, Kalau anda ingin turun berat badan membina otot dan mengekalkannya kita mesti mengetahui kepentingan Protein ini.

 

Ok Jom kita bincang mengenai protein, ramai yang mencari apa sebenarnya protein dan kenapa kita perlu pastikan kita mengambilnya dengan secukupnya mengikut keperluan badan kita setiap hari.Saya biasa berkesempatan memberikan Taklimat Kesihatan dan Seminar Gaya Hidup Sihat, selalu tanya pada hadirin yang datang belajar.Paling kelakar ada yang cakap Nasi Pun Protein, kita boleh bantu komuniti kita dengan berkongsi ilmu kesihatan supaya boleh memberikan manfaat kepada semua

Selasa, 14 April 2015

Japan Day 2 Kameya Tampura & Udon Set Lunch with Wasabi Ice Cream

 Disclaimer = Income applicable to the individuals (or examples) depicted and not average

Salam warahmah, selepas kita bergerak dari Kakkai Village, masa untuk Makan tengahari, memang masing masing sudah kelaparan.

 Lokasi Makan Lunch kami di Restoran Tradisi Jepun
 Siap Sedia untuk ke Restoran

 Menu Hari ini Tempura Sayur Sayuran bersama Salmon, Sangat Sedap!
Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812