Jumaat, 27 Februari 2015

Homemade Zuccchini Pasta

Homemade Zucchini Pasta
 
Salam Warahmah, Hari ini saya ingin kongsi resepi sihat baru kami hari ini, sejenis makanan yang biasa dihidangkan di Negara Mediterranean menggantikan Pasta disebabkan tidak boleh hadam gluten ataupun diet yang ingin kurangkan karbohidrat.

Zucchini atau labu kecil ialah sejenis sayur daripada keluarga labu dalam spesies cucurbita pepo yang boleh mencapai hampir satu meter panjang dan jangan terkejut ia boleh menjadi sepanjang kayu pemukul bola lisut. dalam bahasa Melayu kita panggil Pokok Labu Mie



Boleh beli di Supermarket an pastikan jangan silap dengan Timun Jepun.Ada Warna Kuning dan Hijau, saya beli pek ada kedua dua warna sekali, harga RM 5 (Tidak pasti ia murah atau tidak)

 Proses pertama kita guna pemotong untuk dapatkan bentuk yang kita suka, tebal dan saiz kita boleh pilih.Banyak cara rupanya untuk dapatkan hasil yang berbeza beza





 Selepas dah potong guna sagat dan pisau kita perlu rebus pula, didihkan air dan masukkan sedikit garam dan minyak zaitun.Masak selama 1 minit sahaja dan keluarkan terus,jirus air sejuk untuk mengelakkan terlebih masak.Selepas itu toskan dan siap sedia untuk ditambah dengan sos atau dressing kegemaran anda.Saya nak yang healthier version guna tomato based

 Masak seperti masak merah, guna tomato segar, bawang putih, oregano dan minyak zaitun.Kebetulan saya ada air rebusan ayam semalam, saya masukkan juga untuk cairkan kuah.Kalau nak guna pes tomato atau sos pun boleh
 Ok Pasta sudah siap untuk kita masukkan kuahnya pula

 Menu Sihat tanpa cheese, saya letak telur putih yang didadar untuk tambah sumber protein





 Kalau nak tambah cheese pun boleh tapi letak sikit jer atasnya

Boleh makan sebagai hidangan utama (pastikan cukup protein) atau minum petang sihat


Hubungi saya untuk Program Pengurusan Berat Badan, Sarapan Sihat dan Rendah GI
Dr Kamarul 0162090812 
Herbalife Independent Member

Tiada ulasan:

Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812