Isnin, 23 Mac 2015

Anjung Kasih Hospital Tuanku Jaafar Seremban

 Salam Warahmah, Hari ini saya ingin kongsikan pengalaman kami berada di Hospital Seremban, Hospital Tuanku Jaafar.
 
Jumaat lepas Kami baru sahaja kehilangan Makcu kesayangan keluarga, kemalangan di Nilai,
Acu dan anak-anak masih di rawat di Hospital.


Kami mendapat makluman daripada Staff Hospital ada Rumah Transit Anjung Kasih berdekatan.Rumah ini dibina untuk membantu ahli keluarga yang dalam kesusahan bagi mendapatkan rawatan di Hospital, asalnya di bina di Hospital Selayang dan sekarang ada banyak lokasi di bina dan akan di bina lagi.

Kalau dari Hospital Seremban, ada papan tanda menuju ke Kuarters Hospital, lokasinya dalam 600 meter dari Hospital, Rumah ini berdekatan dengan Kolej Pembantu Perubatan Seremban.




September 02, 2013 22:46 PM
Anjung Kasih Bakal Ditambah Sebelum Hujung Tahun - Rohani Karim
MIRI, 2 Sept (Bernama) -- Anjung Kasih Yayasan Kebajikan Negara (YKN), yang menjadi penginapan sementara keluarga pesakit di hospital terpilih di negara ini, akan ditambah.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim berkata lima Anjung Kasih YKN bakal dibuka tidak lama lagi iaitu Kuching dan Sibu di Sarawak; Temerloh, Pahang; Seremban, Negeri Sembilan dan Ipoh, Perak.

"Anjung Kasih yang terbesar di negara ini terletak di Kuching dan akan dibuka tidak lama lagi," katanya semasa merasmikan Anjung Kasih Miri, yang pertama di negeri ini, hari ini.

Beliau berkata Anjung Kasih YKN Sibu dan Seremban dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan bulan ini dan beroperasi pada awal Oktober depan manakala Temerloh dan Ipoh masing-masing dijangka beroperasi pada November dan Disember tahun ini.

Katanya, dua Anjung Kasih YKN yang dibuka di Semenanjung sejak 2006 mendapat reaksi positif keluarga pesakit.

Rohani berkata Anjung Kasih YKN pertama ialah di Hospital Selayang yang beroperasi sejak 2006 diikuti Hospital Tengku Ampuan Afzan di Kuantan, Pahang yang dibuka pada 2009.

Beliau berkata kemudahan Anjung Kasih YKN mampu mengurangkan perbelanjaan harian yang dianggar RM80 hingga RM100 sehari jika menginap di hotel atau rumah tumpangan berbayar.

-- BERNAMA


Kalau anda kenal sesiapa yang memerlukan Rumah Singgahan semasa membantu keluarga di Hospital, cuba rujuk kepada Rumah Anjung Kasih, Bayaran amat minima, dan ada kalanya diberikan percuma sahaja.Satu unit ada 2 bilik, ruang tamu dan ruang makan.Kita hanya diminta menjaga kebersihan dan buang sampah dengan betul.

Setakat entri ini ditulis, boleh Telefon Warden yang bertugas 019-8320354 dan boleh buat tempahan kalau masih kosong lagi.

http://www.yknm.org/

Semoga Allah cepat menyembuhkan, Semoga Allah berikan Kekuatan kepada Kita Semua


Hubungi saya untuk Program Pengurusan Berat Badan, Sarapan Sihat dan Rendah GI
Dr Kamarul 0162090812 
Herbalife Independent Member

Tiada ulasan:

Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812