Isnin, 23 Mac 2015

Homemade Fava Beans Ala Latino

Salam Warahmah, Semoga sihat ceria dan gembira setiap hari.


Hari ini saya ingin kongsikan Menu yang saya buat awal tahun baru-baru ini.Menu ini menggunakan Protein dari Kacang Parang, Fava Beans atau kalau di Negara Arab dipanggil Foul Misri.Kalau semasa di Negara Arab saya biasa lihat Masyarakat Tempatan akan mengambilnya sebagai Sarapan Pagi, Sumber Protein Tumbuh-tumbuhan lebih sihat berbanding kebanyakan menu di Malaysia yang penuh karbohidrat pada waktu pagi.





Cara menyediakannya, Boleh beli kacang parang, ada yang jual di kedai runcit barangan kering, kalau tidak sempat boleh beli yang dalam tin, kita rebuskan sehingga masak.Kalau di Sudan dahulu mereka rendam semalaman kemudian baru rebus menggunakan periuk seperti di bawah.Harga biasanya 1 - 2 Pound lebih kurang RM 2-4 semangkuk

Daripada Blog =  https://outofthebox5.wordpress.com

 Kalau di Malaysia dan Singapura biasanya kita kenal dengan nama Kacang Pool

http://eatingcorner.blogspot.com/2012/08/kacang-pool-or-foul-medames.html




Ok yang saya buat baru baru ini Masak Kacang Pool ini dengan bawang, pes tomato, paprika, rempah cajun, bawang putih dan letak sayur brokoli dan tomato ceri.Simple seperti masak merah.Kalau ingin pedas boleh tambah cili ikut selera kita.


Saya hidangkan dengan Roti Bakar (Sorry Hangit sebab tak perasan masa masak) dan saya makan bersama Ayam Grill.

Selamat Mencuba!

Hubungi saya untuk Program Pengurusan Berat Badan, Sarapan Sihat dan Rendah GI
Dr Kamarul 0162090812 
Herbalife Independent Member

Tiada ulasan:

Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812