Sabtu, 1 Julai 2017

7 Tips Bakar Lemak Selepas Raya






1. Mulakan Sekarang


Ramai yang nak tunggu lepas cuti seminggu raya baru nak bermula, ada yang nak tangguh sampai habis 30 Syawal baru nak start, ingat makin lama kita tangguh makin menebal lemak kita, makin berat mata memandang berat lagi badan yang dipikul lemaknya.Kalau impian nak kurus sebelum 2018 kita ada lagi 6 Bulan lagi jadi sangat sempat untuk dapat hasil dari sekarang.






2. Timbang Berat Badan kita


Perkara ini yang ramai TAKUT dan MALU lakukan, sebab ingin lari dari realiti bahawa badan dah makin tembam, baju dah makin ketat sebab itu nak lari dari pemantauan penimbangan.Sebenarnya jangan kita takut dengan timbang, sebab apa yang penting bila kita bermula pantau badan kita akan kita jaga dengan lebih baik, tidaklah asyik belasah dengan beribu ribu kalori time raya sahaja.Timbang paling bagus dibuat waktu pagi dan juga seminggu sekali sudah cukup, sabar sebab kita baru bermula nak cairkan lemak.






3. Wajib Buat Regangan


Bayangkan badan kita dah lama sangat tidak bersenam, ada yang sebulan, ada yang berbulan bulan dan ada yang last bersenam tahun lepas pun ada, jadi sangatlah penting regangan ini, setiap kali nak mula bersenam sebab nak elakkan kecederaan, semangat kita dah tinggi tiba tiba injured pulak.










4. Boleh mula dengan Senam Kardio Dahulu


Kita boleh pilih senaman seperti berjalan kaki, berlari, kalau minat aerobic pun bagus, atau kalau suka berzumba pun best juga, berenang pun salah satu senaman yang sangat bagus untuk yang dah lama tak bersenam.Apabila badan dah rasa ok sedikit bolehlah nak buat senaman strength seperti di Gym, mendaki bukit dan Tabata.






5. Permainan Sukan Pun Bagus juga


Kalau nak lagi best boleh join permainan sukan seperti Futsal ker, Badminton ker, Bowling ker bersama member member.Sambil kita bersukan bakar lemak bolehlah kita happy happy dengan kawan kawan kita






6. Cari Coach yang berpengalaman


Kalau kita jenis yang sangat mudah lalai, ataupun yang jenis cepat putus asa bagus join mana mana senaman yang ada jurulatih sekali, ada yang buat personal training, ada yang sertai martial arts, senam robik bersama coach dan boleh join bootcamp dan fit challenge, jurulatih ini akan bantu kita lebih fokus dan paling penting juga senaman yang kita lakukan dengan teknik yang betul dan selamat.






7. Jaga Pemakanan Juga


Senaman tahap gaban pun kalau melantak tahap dinasor tak akan jadi hasilnya! Ingat kalau kita berjongging ker bersenam ker sampai keluar peluh biasanya boleh bakar 300 hingga 500 kalori, sangat rugilah kita lepas bersenam melantak pula sebab itu ramai yang bersenam makin gemuk, jaga juga pengambilan air kita setiap hari sebab peluh yang banyak akan kurangkan jumlah air dalam badan kita.

Tiada ulasan:

Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812