Ingin Meningkatkan Tahap Kesihatan Anda? Alhamdulillah Saya dah berjaya TURUN 50kg!

Salam Warahmah dan Salam Sejahtera... beforeaf Saya Dr.Kamarul,Sebelum ini saya cepat letih, jalan cepat termengah-mengah, dan obese 125kg SAHAJA . Alhamdulillah Selepas mengamalkan nutrisi ini saya bertambah sihat dan ceria, bonusnya saya berjaya TURUN 50kg lemak. SAYA BERSEDIA BERKONGSI PENGALAMAN DAN MEMBANTU ANDA DAN KELUARGA YANG SERIUS UNTUK BERUBAH. ISI BORANG DI BAWAH INI UNTUK TINDAKAN SELANJUTNYA
Nama:
Email Address:
Alamat
No Tel
Masa Sesuai Untuk Dihubungi
Apakah Target Anda Dapatkan Healthy Breakfast
Turunkan Berat Badan
Tambahkan Berat Badan
Berat Badan Anda (kg)
Ketinggian (cm)
Umur
Pernahkan anda mencuba untuk menurunkan / menaikkan berat badan sebelum ini? Adakah berkesan?
Masalah Kesihatan Lain (Jika Ada)
Saya berminat untuk dapatkan keterangan lanjut melalui Jemputan Ke Taklimat Kesihatan / Hari Pelanggan
Respond Melalui Email
Hubungi Telefon
Temujanji Berjumpa Terus

Monday, February 6, 2012

Alfatihah..

Alfatihah kepada Allahyarham Mak yang amat disayangi, Esok genap 8 tahun meninggalkan kami sekeluarga.. saya masih ingat kata kata amanat yang mak sampaikan..6 bulan sebelum beliau dijemput ke hadrat Illahi. Allahyarham meninggal pada usia 43 tahun, pada 7 Feb 2003, menderita kanser paru paru.

"Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia dan amal-amal salih yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan."

Ketika itu hati ini amat sayu, Allah sudah memberikan petunjuk bahawa mak tidak lama lagi..

Arwah mak seorang yang amat penyayang, sangat berusaha, peniaga yang amat gigih , sentiasa beribadah untuk memperbaiki diriNYA.

Kami amat mewah ketika arwah ada… setiap tahun kami akan menunaikan umrah satu keluarga… semasa orang lain gawat 1990-1998 kami amat selesa dan amat gembira… hari ini apabila saya lihat semula kejayaan arwah ibu mendidik kami saya akur dan sedar bahawa masih panjang lagi pengorbanan dan usaha yang kita perlu lakukan.

Bayangkan seorang ibu yang SPM pangkat 3, tidak pandai berbahasa inggeris tetapi mampu membesarkan kami sekeluarga, membantu abah yang juga telah bekorban sama sama membina asas kehidupan kami.Saya akan kongsi juga rahsia kejayaan mak dalam entri akan datang

Apa saya lakukan sekarang bagi membalas jasa mak? Masih banyak lagi perlu lakukan
Fenomena sekarang, ramai yang ada kemampuan tetapi masih jahil mengenai pemakanan dan menderita sakit disebabkan gaya hidup

Sekarang saya bersama isteri tercinta melakukan misi nutrisi, mengubah tabiat dan gaya hidup masyarakat.. saya hanya melatih mereka yang benar benar serius dan sedia berubah.

Semoga usaha ini dipermudahkan dan Semoga Allah sentiasa memberikan kami kekuatan..


Wednesday, January 25, 2012

Kenapa Susah sangat nak minum air?


Alhamdulillah hari ini disaat ramai yang bergembira bercuti sempena tahun baru cina, kita masih ada lagi nyawa untuk meneruskan kehidupan kita setiap hari.Syukur Allah merahmati kita dengan segala nikmat yang tidak terkira. Tahun 2012 ini pasti memberikan sinar kepada kita semua disaat kita bersedia menjadi insan yang diredhai Allah.

Posting ini saya nak kongsi mengenai kepentingan kita positif setiap hari, kita bangun pagi dengan penuh harapan untuk berbakti kepada diri kita setiap hari, membina diri untuk membantu ahli keluarga, sahabat handai dan juga masyarakat.

Setiap kali apabila ada yang datang ke kelab nutrisi saya di shah alam, atau setiap kali saya berkongsi pengalaman di taklimat kesihatan saya selalu berkongsi mengenai kepentingan minum air putih.

Ramai masyarakat kita sekarang tidak ada masa untuk minum air! Heheh.. alasan saja tue.. 





Bayangkan kita time bercuti ini nak berjalan jauh, dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, kereta kita kita tidak pastikan ada air yang cukupnya didalam radiator, apa akan jadi? PANAS ENJIN!… dan lama lama kalau kita biarkan enjin akan rosak dan kita kena ganti kereta baru… 

Itu cerita kereta… tapi kalau kita nak bandingkan dengan badan kita, kita perlukan air secukupnya untuk seluruh anggota badan, cuba ambik pisau dan kerat tangan… yang keluar adalah darah yang kandungannya adalah "air"

Kenapa kadang kala kita stress dan susah nak berfikir… cuba check balik pengambilan air setiap hari… Otak kita perlukan air juga untuk teruskan fungsinya…sebab itu penting kalau kita cukup minum air badan kita akan berfungsi dengan sempurana.

TIPS Minum Air:

Mudah sahaja,

1) Berdoa untuk sentiasa sihat, doa makan pun boleh (air adalah rezeki yang tiada bandingannya)
2) Satu Gelas setiap kali sebelum solat, dan satu gelas selepas solat fardhu (5x2 = 10 gelas)
3) Setiap 5 minit satu teguk

Boleh layari posting sebelum ini, Kepentingan Air Pada tubuh badan:




Monday, January 9, 2012

Alhamdulillah tahun 2012 pasti bermakna

Salam Warahmah…

Maaf dah lama tidak update, insya Allah isteri tercinta saya sedang menyiapkan entri "Best of 2011"… daripada kami menikah pada april 2011 sehinggalah honeymoon di bali, ke bangkok, menunaikan umrah, ke korea dan paling terkini Alhamdulillah kami menunggu menjadi seorang bapa dan ibu kepada zuriat pertama kami insya Allah mac 2012 nanti..

Wednesday, September 21, 2011

Jalan-jalan korea unversity APAC HBL 2011

Alhamdulillah... syukur dapat ke korea 15 sep - 20 sep baru baru ini... pengalaman cukup menarik selepas dua tahun lepas berkunjung ke sana.Kali ini hadir training peringkat tinggi,bersama isteri,adik dan untie sue. leadership asia pacific, ada 13,000 yang layak untuk melatih diri, berkongsi pengalaman dan menimba ilmu bermanfaat.Misi nutrisi adalah membuka 10,000 kelab di malaysia dalam 2 tahun ini.Kita lihat korea, taiwan  dan indonesia sekarang sangat fokus dan malaysia pun akan sertai momentum ini.Next year percutian seterusnya adalah ke OSAKA! insya Allah nak bawa keluarga, sahabat handai dan rakan rakan kelab yang berminat..

Wednesday, September 14, 2011

Korea lagi!

Salam warahmah... Saya bersyukur baru balik menunaikan umrah bersama isteri tercinta... nikmat yang Allah berikan kepada kami yang baru mendirikan rumah tangga... sudah mengembara dan berhoneymoon ke bali(apr) bangkok(apr) goldcoast(jun) umrah(ogos) dan sekarang nak sambung pula ke seoul... menghadiri acara Asia Pacific World Team School... lebih dari 15ribu seluruh APAC akan hadir... Esok terbang bersama isteri, adik adik dan kemudian akan diikuti oleh untie sue

Sunday, July 10, 2011

Hari Bahagia



Alhamdulillah… selesai urusan akad nikah pada 16 April 2011, baru nak update sekarang dalam blog ini.Syukur dikurniakan rezeki yang melimpah… dan isteri yang solehah… insya Allah saya akan kembali ke blog ini untuk berkongsi pengalaman kami bersama misi nutrisi dan kembara kehidupan yang penuh bermakna ini.

Tuesday, May 25, 2010

Singapura

Salam Warahmah...

Lama sungguh tak buat posting dalam blog ini...

Alhamdulillah saya sedang siapkan catatan perjalanan kami ke Singapura, Extravaganza 2010...

Saya Amat bersyukur bersama sama mewakili malaysia ke International Event seramai 18 Ribu orang yang amat berjiwa besar.

Antara yang menarik adalah semasa mengikuti Persidangan Doktor Perubatan Asia Pasifik, Mengenai "Transasi Nutrisi Antarabangsa" sebagai wakil negara Malaysia

Keyakinan saya amat tinggi sekarang.. apabila dapat melihat sendiri pakar pakar terkemuka dunia seperti Dr David Herber. Dr Steve Hening dan ramai lagi...

Ok... nantikan pengalaman kembara kami....