Ahad, 26 April 2015

Anniversary Retreat Hilton Kuala Lumpur Part 5 Turn Down Service dan Pool

Income applicable to the individuals (or examples) depicted and not average.

Alhamdulillah dah kenyang dan dah ready untuk balik ke Bilik.Kami sampai sahaja House Keeping sudah menyediakan servis Turn Down mereka.

Servis ini  http://en.wikipedia.org/wiki/Turndown_service

Secara umumnya pada petang hari House Keeping akan datang dan mengemas semuala bilik kita dan menyiapkan cadar dan selipar untuk kita tidur.Air mineral tambahan diberikan dan kadang kala ada Chocolate diletakkan di atas katil.

 Cadar dilipat untuk memudahkan kita masuk


 Selipar untuk kita

Anniversary Retreat Hilton Kuala Lumpur Part 4, Evening Canapes Cocktail Executive Lounge

Income applicable to the individuals (or examples) depicted and not average.

Sambung dari Entri sebelum ini, pada jam 6.30 petang kami turun semula ke Executive Lounge untuk minum petang merangkap Dinner juga.Kami muslim jadi kami tidak minum minuman alkohol.


 Kami ambil tempat yang sama tadi, dan mula makan, cuma kali ini kami ambil sedikit demi sedikit, ambil masa sikit, saya sempat Solat Maghrib dan sambung balik untuk lengkapkan dessert.

 Pada jam 6pm-8pm ada disediakan Hot and Cold Canapes, dan Minuman.

Biskut untuk dimakan bersama Cheese

Anniversary Retreat Hilton Kuala Lumpur Part 3, Birthday Cake & Fruit Platter

Income applicable to the individuals (or examples) depicted and not average.

Sambungan dari Entri sebelum ini, kami dari Executive Lounge untuk Afternoon Tea kemudian balik semula ke Bilik untuk berehat.Staff dari House Keeping datang dan memberikan kami Hadiah Birthday Cake dan Welcome Fruit Platter sebagai HHonors Gold Member.Terima Kasih sangat


 Dapat kedua duanya seretak

 Special Chocolate Cake

 Fruit Platter (Apple, Mango, Orange, Salak)

Anniversary Retreat Hilton Kuala Lumpur Part 2, Afternoon Tea Executive Lounge

Income applicable to the individuals (or examples) depicted and not average

Chef Paul Gardin, Chef Pastry terkemuka menyediakan Afternoon tea untuk Tetamu di Executive Lounge, Lokasi di Tingkat 33.

Selepas gembira melihat bilik kami, kami bersedia untuk ke Lounge, tadi tak sempat Lunch jadi kami minum tengahari disini.Afternoon Tea tersedia dari jam 2.30pm- 4.30 pm.

Sampai sahaja Ruang Executive Lounge, kami disambut dengan cerianya oleh Staff di sini, ada ruang untuk Keluarga dan ada ruang untuk Ahli Perniagaan.Kami diberikan tempat ada Sofa dan senang untuk berehat sambil menikmati juadah yang disediakan.


Semua super excited dan kelaparan hahaha

 Menu Hari ini

 Tuna Sandwich, Cream Cheese Sandwich, Turkey Ham Sandwich

Anniversary Retreat Hilton Kuala Lumpur Part 1 Check in

Income applicable to the individuals (or examples) depicted and not average.

Salam Warahmah, Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman Sambutan Ulang Tahun Perkahwinan kami keempat.Alhamdulillah syukur sangat dapat rezeki kali ini bersama Isteri Tercinta dan 2 orang anak kami.

Bahagian pada Entri ini

Anniversary Retreat Hilton Kuala Lumpur

Part 6 Executive Lounge Breakfast and Vasco Buffet Breakfast
Part 7 Check Out

Kebetulan tahun ini kami dapat Hilton Gold Member, apabila menggunakan Visa Infinite CIMB card.
Di Malaysia ada Hilton di Kuala Lumpur, Double Tree di area KLCC, Hilton Petaling Jaya , Double Tree di JB, Hilton Kuching  dan Hilton Batang AirResort

Langkah pertama Check dalam website HHONORS.COM  dan Log in Akaun dan juga Pin, boleh search tarikh yang kita inginkan dan boleh pilih pakej mana yang kita suka.Saya pilih Hilton Kuala Lumpur kerana dekat, tidak perlu travel panjang dan kebetulan ada promosi Family Package, 25% Peratus Diskaun bersama Welcome Drink, dan Double HHonor Points.

Saya dapat Harga RM 358  untuk Bilik King Deluxe, termasuk servis caj dan GST. Memang berbaloi sebab biasanya bilik berharga sekitar RM 400++


Kami Sampai Hilton jam 2.30 Petang, selepas Solat Jumaat di Masjid Bukit Aman.
Check in dibuat di Kaunter Lobby, Front Desk Person menerangkan dengan baik Stay kami kali ini,saya sempat Email kepada Hotel terlebih awal kehadiran kami kali ini untuk menyambut Anniversary dan juga Hari hari Jadi Isteri.

Alhamdulillah kami dapat upgraded kepada Bilik Executive Plus King Bed Non Smoking Room.

Bilik yang diberikan kepada kami ditingkat paling atas, Level 35.Kami juga diberikan akses kepada Executive Lounge, Wifi Percuma, Voucher Minum di Pool dan juga Voucher Spa Upgrade.


Sementara Front Desk membuat urusannya, kami dihidangkan dengan Welcome Drink dan Cold Towel.
Saya Dokong Abang Long Riduan yang kepenatan sebab ini memang waktu tidurnya
Litte Atief dalam Bobba Wrap bersama Ummi Aisyah
Barang barang di ambil dan kami terus bergerak ke Lift berdekatan.
Kami dibantu oleh Staff Mr Lau
 Mr Lau sangat peramah, menerangkan keadaan Bilik, Arah Kiblat dan juga servis yang ada

Terima Kasih Hilton Kuala Lumpur! Dekorasi yang sangat cantik menyebabkan anak anak kami super excited! Siap ada Lovely Swan, Belon dan Bunga Bunga

Isnin, 20 April 2015

Le Meridien Kuala Lumpur Latest Recipe Dinner Buffet Review

Salam Warahmah Hari ini saya ingin Kongsikan Pengalaman kami ke Le Meridien Kuala Lumpur, sambut Hari Jadi Isteri Tercinta, kebetulan mencari tempat yang dekat dengan kami dan ingin rasa kelainan, saya review banyak entri dari Blogger yang recommend untuk datang ke sini.


Hotel ini terletak di kawasan KL Sentral, ia berkembar dengan Hotel Hilton di sebelahnya.

Selepas parking kita akan naik ke aras Lobby, dan kita akan sampai ke Pintu utama mengasingkan antara 2 Hotel ini, kami ambil keputusan untuk ke pintu kanan hehehe

Jumaat, 17 April 2015

Protein dan Anda

Salam Warahmah, Kalau anda ingin turun berat badan membina otot dan mengekalkannya kita mesti mengetahui kepentingan Protein ini.

 

Ok Jom kita bincang mengenai protein, ramai yang mencari apa sebenarnya protein dan kenapa kita perlu pastikan kita mengambilnya dengan secukupnya mengikut keperluan badan kita setiap hari.Saya biasa berkesempatan memberikan Taklimat Kesihatan dan Seminar Gaya Hidup Sihat, selalu tanya pada hadirin yang datang belajar.Paling kelakar ada yang cakap Nasi Pun Protein, kita boleh bantu komuniti kita dengan berkongsi ilmu kesihatan supaya boleh memberikan manfaat kepada semua

Selasa, 14 April 2015

Japan Day 2 Kameya Tampura & Udon Set Lunch with Wasabi Ice Cream

 Disclaimer = Income applicable to the individuals (or examples) depicted and not average

Salam warahmah, selepas kita bergerak dari Kakkai Village, masa untuk Makan tengahari, memang masing masing sudah kelaparan.

 Lokasi Makan Lunch kami di Restoran Tradisi Jepun
 Siap Sedia untuk ke Restoran

 Menu Hari ini Tempura Sayur Sayuran bersama Salmon, Sangat Sedap!

Japan Day 2 Tokyo - Mount Fuji - Oshino Kakkai Village

  Disclaimer = Income applicable to the individuals (or examples) depicted and not average

Salam Warahmah, Hari ini saya ingin kongsi perjalanan hari kedua kami di Jepun.Selepas Sarapan Pagi di Hotel kami bergerak ke Bas yang disediakan.Perjalan hari ini sangat panjang sebab kita akan ke Mount Fuji dan Lake Kawaguchi.


 Kami disediakan Plastik untuk membuang sampah, untuk pengetahuan semua di Jepun kita dilarang membuang sampah merata rata tempat (Malaysia pun hahaha) jadi kita kena bawa sampah sendiri dalam plastik dan hanya dibuang di lokasi yang dibenarkan.Susah cari tong sampah kat jepun.Denda berat ya kalau kita sengaja buang sampah.Sebab itu Jepun sangat bersih.

 Kami book seat paling belakang supaya boleh baringkan Baby Riduan, Comel kan heheh

Japan Day 1 Hotel Keio Plaza Tokyo

Disclaimer = Income applicable to the individuals (or examples) depicted and not average
 
Sambungan dari Hari Pertama Jalan jalan Jepun, Kami Check in di Hotel Keio Plaza Shinjuku Tokyo.

  Hotel ini Terletak di tengah bandar Tokyo, sangat dekat untuk shopping dan boleh jalan kaki sahaja ke kawasan pelancongan berdekatan.Kami boleh nampak dari jauh lokasi hotel ini, 
ada 2 bangunan berkembar

Standard
.Alhamdulillah kami dapat bilik yang besar untuk kategori hotel di jepun.Ada Free internet.

 Kami request Baby Coat untuk Baby Riduan

Khamis, 9 April 2015

Japan Day 1 Tokyo Shinjuku Area

 Disclaimer = Income applicable to the individuals (or examples) depicted and not average

Salam Warahmah, hari ini saya ingin kongsikan sambungan perjalanan hari pertama di Tokyo, 3 Jun 2012. Selepas mendarat di Narita Airport kami menaiki Bas yang disewa khas oleh Five Star Travel Agent,menuju ke Pusat Bandar Tokyo.Kami ditempatkan di Shinjuku-ku.

  
Sangat seronok melihat kedai kedai di sini

Rabu, 8 April 2015

Japan Airlines Kuala Lumpur (KUL) - Narita Tokyo (NRT) Economy Class

Salam Warahmah, Hari ini saya ingin kongsikan pengalaman mengembara ke Negara Matahari Terbit, Jepun.

Kami memilih untuk menaiki Penerbangan JAL Japan Airlines kerana ingin merasai kelainan.

 Check in di KLIA, penerbangan pada waktu malam


 Kaunter JAL beroperasi di Row J

Selasa, 7 April 2015

The Skyview Lounge Changi Airport Terminal 1

Salam Warahmah, Entri ini adalah sambungan daripada Air Asia Red Carpet Singapore,

Selepas kita mendapat Kad Jemputan ke Lounge, kita terus bergerak untuk Cop Passport dan cari Lounge di kawasan perlepasan. 

 
Lounge ini adalah dibuka untuk Tetamu dari Cathay Pacific, China Airlines, Air Mauritius, Air China, Bangkok Airways, Finnair,Delta Air dan Air Asia

Air Asia Red Carpet

Salam Warahmah, hari ini saya ingin kongsikan pengalaman travel dengan anak anak, kami dalam persiapan untuk lancarkan Panduan Travel bersama Kanak Kanak nanti saya update free ebook kami.


Kembara hari ini adalah dari Singapore Changi Airport ke  LCCT Klia, trip ini pada Mei tahun 2012.Kami bawa Baby Riduan yang baru berumur 2 bulan ketika ini.

Tips dari kami yang sering travel, kalau kita ingin keselesaan bagus tambah sedikit kos untuk perkhidmatan Red Carpet,

Isnin, 6 April 2015

Percubaan Pertama Homemade Mee Calong Beserah

Salam Warahmah, saya ingin kongsikan Menu Tradisi dari Beserah Kuantan, Mee Calong.


Saya dilahirkan di Kuantan dan Ahli keluarga banyak tinggal di Beserah.Menurut Mak saudara saya @ Mak ngah Arbaeyah mee calong ini terhasil berdasarkan peristiwa seorang yang ingin bertanding menjadi wakil rakyat, beliau sebelum ini memang ada gerai jualan mee.Satu hari palsunya terjatuh ke dalam periuk dan sampai heboh, mee jadi terkenal kerana calon = calong ikut bahasa orang beserah.Kebenaran kisah ini saya tidak boleh sahkan harap maklum hahaha

Homemade Mee Kuning

Salam Warahmah, hari ini saya ingin kongsi cara membuat Mee Kuning Sendiri

 
Kepada penggemar mee, mungkin ada yang ingin cuba buat sendiri di Rumah, ia bagus sebab kita dapat rasa kesegarannya, bebas asid borik dan kurang berminyak.

Sabtu, 4 April 2015

Dim Sum Halal Islamic Canteen, Masjid Ammar Hong Kong

Salam Warahmah, Hari ini saya ingin kongsikan pengalaman kedua bercuti ke Hongkong, kali pertama pada 2008, dan kali kedua adalah pada 2014.

Entri ini mengenai Kunjungan kami ke Masjid Ammar, kami memang teringin merasai Dim Sum yang Halal dan waktu yang kami pergi adalah tengahari, memang paling best sebab kita boleh berjumpa dengan komuniti Islam yang turut sama menjamu selera.

 

 Sampai di Kompleks Masjid ini, terus naik ke Tingkat 5, ada lift disediakan. Kepada yang ingin makan dimsum pastikan datang waktu tengahari, waktu malam biasanya hanya ala-carte dan tiada dim sum.

 Apabila kita dapat tempat duduk, boleh ke kaunter untuk isi borang ini, kita boleh minta jenis dimsum yang kita suka kalau tidak tahu pesan pada kaunter secara main tunjuk tunjuk hehehe.

 Saya ambil pau, samosa dan juga siew mai 

Jumaat, 3 April 2015

Rahmat Allah datang kepada HambaNYA yang Bertaqwa

Alhamdulillah hari ini baru balik dari Solat Jumaat, saya rasa amat tenang sebab dapat peluang beribadah bersama sahabat satu kariah di Seksyen 8 Shah Alam.

Saya amat bersyukur ada satu hari untuk ubah masa depan saya dan keluarga, hari ini sudah 2 minggu mak cu meninggalkan kita semua, Sangat cepat masa berlalu.Walaupun Acu masih belum sedar dari Separa koma, sudah nampak progres yang baik.Sama sama kita doakan semoga Allah cepat menyembuhkan keadaan ini.

Kita dalam hidup ini hanyalah sementara, segala perbuatan dan amalan kita akan dihitung kelak, masih teringat ayat Allahyarham Ibu saya yang tercinta, dari Surah Al-Kahfi "


"Harta dan anak - anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amal kebajikan yang terus - menerus adalah lebih baik di sisi Tuhan-mu serta lebih baik untuk menjadi harapan." (Surah Al-kahfi: ayat 46)

Saya ingin mencari keredaan Allah, itu yang paling penting dalam kehidupan ini, Banyak perkara yang kita boleh lakukan setiap hari.Niat kita paling penting dan tindakan setiap hari kita sangat penting.

Setiap manusia akan menghadapi Cabaran dalam kehidupan, dan segala Ujian ini sebenarnya adalah tanda untuk kita lebih rapat dengan Allah.

Saya masih ingat lagi hari ini 4 tahun yang lepas, saya baru balik dari Los Angeles.Tinggal 2 minggu sahaja untuk Akad Nikah dan Walimah.Ketika itu duit simpanan hanyalah cukup untuk hantaran dan boleh bayar perbelanjaan ringkas untuk persiapan perkahwinan.Saya inginkan keadaan yang simple dan paling jimat sebaiknya, ya saya faham bukan semua orang boleh terima keadaan dan pandangan kita, tetapi itu sahaja yang saya mampu lakukan.

Kalau anda rasa TIDAK ADA DUIT dan TIDAK ADA JODOH itu sebenarnya perasaan dan ganguan mental sendiri sahaja, Ingat Rezeki Allah itu sangat luas.Saya tiada duit yang cukup dan tiada calon langsung.
 
Allah memberikan rezeki dari Sumber yang kita tidak tahu sebenarnya.Kita perlu yakin, berdoa dan bermunajat sentiasa agar dipermudahkan Urusan.

Saya jarang luahkan atau berkongsi cabaran saya mata umum, saya yakin tidak semua tahu dan tidak semua akan faham keadaan sebenarnya.Perkara yang baik bagus kita sebarkan dan perkara yang menjadi cabaran kepada kita bagus kita selesaikan dan tidak membawa beban kepada orang lain pula.

Kembali kepada Peristiwa 4 tahun lepas, Allah memberikan saya ujian agar bersabar dan sentiasa bertaqwa kepadaNYA. Alhamdulillah 2 minggu sebelum majlis dilangsungkan, Duit Amanah Raya dari Bank Rakyat Arwah Mak berjaya disalurkan kepada semua Waris yang layak, Sujud Syukur dan Rasa amat rendah diri kepada Allah, kami tunggu selama 7 tahun untuk dapat transaksi ini dan Allah membantu pada saat yang amat memerlukan.

Bulan April 2011 juga perniagaan saya mendapat Bonus Pertama, saya dikelilingi dengan Rakan rakan perniagaan yang positif dan amanah, mereka masih bersama saya sehinggalah sekarang, semoga Allah merahmati dan memberikan kekuatan kepada anda semua.

Kesimpulan Tazkirah kepada diri sendiri hari ini, kita perlu sentiasa bermuhasabah dan memohon kepada Allah, semasa kita dalam diuji dengan kesusahan dan kesenangan.Rezeki Allah sangat luas, dan yang paling penting apa yang kita akan tinggalkan apabila kita mengadap Allah Azza Wajalla, carilah Amal Jariah, Ilmu Bermanfaat dan Anak-anak yang Solihin.

Semoga Allah sentiasa memberikan kekuatan kepada kita semua, kepada para peniaga dan para usahawan, teruskan muamalah setiap hari dengan jujur dan Amanah.

Fi Amanillah Fi Riayatillah

Dr Kamarul
Jumaat 3 April 2015

Khamis, 2 April 2015

Siakap Steam In Ginger Tamarind

Salam Warahmah, Hari ini saya ingin kongsi menu masak simple di Rumah.Sangat bagus di sediakan untuk Bulan Ramadan dan apabila anda ingin makanan yang kurang minyak, lebih protein dan sihat.

Kami beli Ikan Siakap di Supermarket 2 ekor untuk menu makan tengahari

Prosesnya,pastikan buang sisik dan bersihkan bahagian perut ikan ini, kalau tidak pandai boleh minta staf di Supermarket atau Pasar buatkan.

Rabu, 1 April 2015

Serene Intercontinental Kuala Lumpur Dinner Buffet Review

Salam Warahmah, Kami dapat peluang untuk berkongsi pengalaman menikmati juadah di Intercontinental Kuala Lumpur, ada Promosi Luar Biasa kali ini, untuk makan lebih daripada 10 orang.Kebetulan saya liked page Intercontinental dapatlah info ini.

Hotel ini terletak di Jalan Ampang, depan Ampang Park.Kalau kita perasan ada Citi Bank sebelahnya.Hotel ini sebelumnya dikenali sebagai Hotel Nikko.


Sagano Japanese Restaurant, Rennaissance Hotel Kuala Lumpur Review

Salam Warahmah, Hari ini kami ingin kongsikan cerita semalam, selepas urusan di Kuala Lumpur, singgah untuk Dinner di Rennaisance Hotel, disebabkan ia termasuk dalam List CIMB Fine Dining so kami boleh dapat 50% diskaun guna kad World Master / Visa Infinite.Ada 3 restoran yang kita boleh pilih di Hotel ini, asalnya ingin ambil ala carte di Vouge Cafe, bila sampai ramai sangat orang jadi kami nak cari tempat yang lebih santai dan tenang untuk sambut birthday anak kami Riduan 3 Tahun.


Restoran Sagano terletak di Tingkat 1, lama juga tidak makan makanan Jepun yang ada Proper Setting dan Enviroment.Dulu masa di Jepun kami puas makan masa Herbalife Trip ke Tokyo.Tahun ini kami tengah berusaha untuk ke Hokkaido pula, doakan dapat bawa atief pulak jalan jalan sana.



Restoran ini ada 3 bahagian, kalau ambil buffet kita boleh mulakan di bilik hadapan, bahagian Pembuka Selera. Ada Sushi yang segar, Sashimi , dan Salads.Saya suka salmon sashimi memang terasa kesegarannya.Satu lagi Chukae Sea Weed memang sedap.

Sesi memilih sushi , ada banyak jenis juga


Penggemar Udang pasti akan ambil Cold Prawn ini, kami bukan jenis suka sangat so skip yang ini


Pelbagai Salad, yang saya suka warna hijau, rasa macam jeli

Kobis Ungu Pun ada bersama dressing yang kita suka

Tamat Tangkapan Round Pertama, Satu plate yang comel

Saya bukan reti pakai chopstik, last minta sudu garfu jugak hahahaha

Atief Suka sangat dapat Jagung Manis hari ini
Sushi Segar , Udang dan Telur Ikan


Ok Masuk Round Kedua, ada bilik seterusnya, Hot Pot, Tenpayaki dan Tempura

Tempura di Goreng Panas Panas, ada Udang Ayam, Keledek, sedap!

Nasi Goreng Daging, dan Chawan Mushi (Kastard Telur)

Aneka Teppanyaki Sayuran, Udang, Daging

Sos Pencicah dan Kicap
Mee Goreng Udon dengan Udang lagi

Chef Speciality, ada lala yang sedap tak pasti masak apa

Saya ambil Green Tea Soba bersama Miso Soup


Round Ketiga ada Bilik Pencuci Mulut, ada Ais Kacang
Kek dan Kuih Muih

Kek dan Buah Buahan

Ada Tembikai, Papaya, Honey Dew dan Jelly

Bubur Kacang Merah dan Bread Pudding

Green Tea Ice Cream, sangat terasa teh hijaunya, sedap! teringat makan di Jepun dulu

Chawan Mushi

Tambah lagi Green Tea Ice Cream


Harga untuk Buffet Dinner adalah RM 103++, kami dapat diskaun 50% jadi bayar 1 untuk makan berdua, anak 6 tahun kebawah percuma.


Ambil Gambar depan Restoran sebelum balik

Terima Kasih Mr Eean Tan yang melayani kami, sangat bagus!


Ada juga Bilik untuk buat Majlis Hari Jadi, siap boleh duduk ala jepun, ada Rezeki boleh bawa rakan rakan perniagaan kita buat Meeting kat sini

Review :

Restoran ini sangat sesuai untuk mereka yang mencari kelainan, menunya lebih sihat sebab banyak segar dan kurang makanan berproses, green tea sangat tinggi antioksidan



Sagano
Renaissance Kuala Lumpur Hotel
Corner of Jalan Sultan Ismail and Jalan Ampang 
Federal Territory of Kuala Lumpur 50450
 03-2162 2233

Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812