Ok Jom kita bincang mengenai protein, ramai yang mencari apa sebenarnya protein dan kenapa kita perlu pastikan kita mengambilnya dengan secukupnya mengikut keperluan badan kita setiap hari.Saya biasa berkesempatan memberikan Taklimat Kesihatan dan Seminar Gaya Hidup Sihat, selalu tanya pada hadirin yang datang belajar.Paling kelakar ada yang cakap Nasi Pun Protein, kita boleh bantu komuniti kita dengan berkongsi ilmu kesihatan supaya boleh memberikan manfaat kepada semua
Protein adalah komponen penting bagi mengamalkan gaya pemakanan Sihat.Kalau kita masih ingat masa kecil kita selalu diberitahu mengenai protein dapat membina tubuh badan yang sihat dan perkembangan yang sempurna.Perkataan Protein adalah diambil dari Bahasa Yunani, bermaksud Protos, Pangkat Pertama atau Kedudukan Pertama, sebab itu sangat penting dalam kehidupan kita.
Protein yang kita makan dan juga yang terkandung dalam tubuh badan kita dibina dari unit unit kecik Asid Amino.Kita selalu dengar mengenai fungsi asid amino yang menjadi Blok Asas Pembinaan kerana Protein adalah Molekul besar daripada unit-unit kecil asid amino.
Kita boleh bayangkan Asid Amino seperti huruf huruf dalam satu Abjad ABC.Kita hanya menggunakan 26 huruf untuk membina perkataan untuk kita menulis dan bercakap.Ada kalanya perkataan ia panjang ada yang pendek, tetapi dengan susun atur ini kita boleh berkomunikasi dengan berjuta juta perkataan dengan hanya menggunakan asas 26 huruf
Sama seperti protein, kita ada 20 asid amino yang dirantai bersama membina unit unit Protein.Seperti mana kita membina perkataan, kita tidak menggunakan kesemua 26 huruf untuk setiap perkataan, Protein juga tidak semua memerlukan semua asid amino kerana setiap protein ada perbezaannnya.Apabila proses ia selesai protein ini akan ada Fungsi tertentu dan Struktur khasnya.
Apabila kita mengambil protein, ia akan masuk dalam tubuh badan dan terungkai sebagai unit unit asid amino, terdapat lebih dari 50,0000 jenis struktur protein
Kita memerlukan kumpulan asid amnio sebagai bahan mentah asas membina protien badan kita, seperti enzim, hormon, fungsi immun, pengangkutan nutrient , dan protein yang membina struktur tulang, kulit, rambut, kuku, otot
Semua stok stok protein ini apabila ada terdapat di badan kita, ia akan digunakan bila bila masa yang diperlukan, apabila asid amino ini berada di dalam darah kita, kita tidak boleh bezakan dari mana asalnya, sama ada dari Telur, dari Kekacang, dari Daging atau dari Shake Protein Herbalife.
Kita mesti pastikan sumber asid amino ini cukup dengan memastikan Keperluan Pemakanan Protein kita cukup setiap hari.
Kita sudah bincang mengenai asid amino dan asas binaan protein, jadi kita sudah faham kepentingan protein ini dan kenapa kita perlu memastikan kita mengambil protein yang secukupnya.Sebagai Coach Herbalife, saya boleh bantu anda membina Pelan Pemakanan dan juga kita aturkan jumlah Protein Harian yang diperlukan, menggunakan kiraan Lean Protein Estimator.
Fungsi Protein adalah membina dan mengekalkan jism otot, kita tidak mahu turun berat badan dan turun juga otot, nanti jadi gelebeh dan badan tidak sihat, pastikan setiap diet kita ada protein untuk pengekalan otot.
Protein juga memberikan kita tenaga untuk setiap hari untuk aktiviti harian kita
Jadi apabila kita kurang protein dalam badan kita, kita akan menjadi Lemah, Cepat letih tidak bermaya, bayangkan banyak proses tubuh badan kita perlukan protein, apabila kurang protien dimakan, maka badan akan makan protein dari tubuh kita sendiri, itu sebabnya jumlah otot akan jadi berkurangan.
Di Manakah terdapatnya Protein dalam Makanan kita? Kita mesti tertanya tanya jenis jenis protien yang boleh dimakan.
Paling bagus ambil Protein dari Sumber Daging Putih, Ikan, Telur, Soya, dan juga semestinya Herbalife Protein Shake
Herbalife menggunakan Protein dari Soy yang Tinggi Zat, Non GMO dan juga sangat selamat untuk tubuh badan kita, Soya sangat bagus kerana rendah lemak dan juga kandungan asid amino yang tinggi untuk pencernaan dalam tubuh badan kita.
Ramai yang takut mengambil protein haiwan kerana sumber protein ini walaupun tinggi zat asid amino, tetapi ia turut serta bersama lemak lemak kolesterol yang tidak sihat, jadi kita syorkan protein tumbuhan dan dari banyak banyak tumbuhan kandungan protein dari Soya adalah lengkap dan kualitinya tinggi.
Kita juga ambil kita Faktor Pencernaan, Protein dari Soya paling senang untuk dicerna berbanding dari pemakanan yang lain, apabila pencernaan sempurna barulah badan senang mengambil nutrient ini membina tubuh badan sihat.
Pastikan kita mengambil 30% dari Pemakanan kita dari Sumber Protein, sama ada makanan ataupun supplement yang sihat.
Boleh baca Entri Kepentingan Protein untuk mengetahui Jumlah Protein yang biasa ada dalam makanan seharian kita
Terima Kasih Pakar Nutrisi Susan Bowerman, MS, RD, CSSD, FAND untuk perkongsian ini.Boleh rujuk pada Website Discover Good Nutrition
Pastikan Protein kita cukup terutama Waktu Kenduri Perayaan dan Makan makan Hujung Minggu
Hubungi saya untuk Program Pengurusan Berat Badan, Sarapan Sihat dan Rendah GI
Dr Kamarul 0162090812
Herbalife Independent Member
Tiada ulasan:
Catat Ulasan