Memaparkan catatan dengan label Info Sihat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info Sihat. Papar semua catatan

Jumaat, 17 April 2015

Protein dan Anda

Salam Warahmah, Kalau anda ingin turun berat badan membina otot dan mengekalkannya kita mesti mengetahui kepentingan Protein ini.

 

Ok Jom kita bincang mengenai protein, ramai yang mencari apa sebenarnya protein dan kenapa kita perlu pastikan kita mengambilnya dengan secukupnya mengikut keperluan badan kita setiap hari.Saya biasa berkesempatan memberikan Taklimat Kesihatan dan Seminar Gaya Hidup Sihat, selalu tanya pada hadirin yang datang belajar.Paling kelakar ada yang cakap Nasi Pun Protein, kita boleh bantu komuniti kita dengan berkongsi ilmu kesihatan supaya boleh memberikan manfaat kepada semua

Sabtu, 28 Mac 2015

Satu Suapan Kasih Sayang

Salam warahmah, Hari ini Weekend terakhir sebelum GST di Malaysia, mesti ada yang merancang untuk membeli barang atau ada jemputan makan makan bersama Ahli Keluarga dan Sahabat handai.


Saya ingin kongsi TIPS Ringkas ketika makan bersama Keluarga, Amalkan Suapan Sesudu,kita Suap insan yang kita sayang dan mohon disuap kembali hehehe.. Sambil bersantap dan berhibur sama sama.Cuma cakap nak makan makanan lebih sihat so Suapan dengan kurangkan Karbohidrat, Lebihkan Protein dan Senyuman!

Suami Isteri dan Anak Ibu bapa pun boleh lakukan

Gambar di Atas berlaku di Incheon International Airport Korea, Jun 2009

Masa ambil gambar ini di Plaza Pantai, terima kasih Aqila yang bantu jadi Guide kami di Korea



Hubungi saya untuk Program Pengurusan Berat Badan, Sarapan Sihat dan Rendah GI
Dr Kamarul 0162090812 
Herbalife Independent Member

Jumaat, 27 Mac 2015

Apakah yang Membuatkan Kita Makan Berlebihan?

Oleh Susan Bowerman, M.S., R.D., C.S.S.D.

 

Ramai daripada kita berfikir kita lebih tahu berapa banyak kita boleh makan. Kita yakin perut kita boleh memberitahu kita apabila kita kenyang, dan selepas kita selesai, kita tahu berapa banyak kita telah dimakan.


Isnin, 23 Mac 2015

Anjung Kasih Hospital Tuanku Jaafar Seremban

 Salam Warahmah, Hari ini saya ingin kongsikan pengalaman kami berada di Hospital Seremban, Hospital Tuanku Jaafar.
 
Jumaat lepas Kami baru sahaja kehilangan Makcu kesayangan keluarga, kemalangan di Nilai,
Acu dan anak-anak masih di rawat di Hospital.


Kami mendapat makluman daripada Staff Hospital ada Rumah Transit Anjung Kasih berdekatan.Rumah ini dibina untuk membantu ahli keluarga yang dalam kesusahan bagi mendapatkan rawatan di Hospital, asalnya di bina di Hospital Selayang dan sekarang ada banyak lokasi di bina dan akan di bina lagi.

Kalau dari Hospital Seremban, ada papan tanda menuju ke Kuarters Hospital, lokasinya dalam 600 meter dari Hospital, Rumah ini berdekatan dengan Kolej Pembantu Perubatan Seremban.




September 02, 2013 22:46 PM
Anjung Kasih Bakal Ditambah Sebelum Hujung Tahun - Rohani Karim
MIRI, 2 Sept (Bernama) -- Anjung Kasih Yayasan Kebajikan Negara (YKN), yang menjadi penginapan sementara keluarga pesakit di hospital terpilih di negara ini, akan ditambah.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim berkata lima Anjung Kasih YKN bakal dibuka tidak lama lagi iaitu Kuching dan Sibu di Sarawak; Temerloh, Pahang; Seremban, Negeri Sembilan dan Ipoh, Perak.

"Anjung Kasih yang terbesar di negara ini terletak di Kuching dan akan dibuka tidak lama lagi," katanya semasa merasmikan Anjung Kasih Miri, yang pertama di negeri ini, hari ini.

Beliau berkata Anjung Kasih YKN Sibu dan Seremban dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan bulan ini dan beroperasi pada awal Oktober depan manakala Temerloh dan Ipoh masing-masing dijangka beroperasi pada November dan Disember tahun ini.

Katanya, dua Anjung Kasih YKN yang dibuka di Semenanjung sejak 2006 mendapat reaksi positif keluarga pesakit.

Rohani berkata Anjung Kasih YKN pertama ialah di Hospital Selayang yang beroperasi sejak 2006 diikuti Hospital Tengku Ampuan Afzan di Kuantan, Pahang yang dibuka pada 2009.

Beliau berkata kemudahan Anjung Kasih YKN mampu mengurangkan perbelanjaan harian yang dianggar RM80 hingga RM100 sehari jika menginap di hotel atau rumah tumpangan berbayar.

-- BERNAMA


Kalau anda kenal sesiapa yang memerlukan Rumah Singgahan semasa membantu keluarga di Hospital, cuba rujuk kepada Rumah Anjung Kasih, Bayaran amat minima, dan ada kalanya diberikan percuma sahaja.Satu unit ada 2 bilik, ruang tamu dan ruang makan.Kita hanya diminta menjaga kebersihan dan buang sampah dengan betul.

Setakat entri ini ditulis, boleh Telefon Warden yang bertugas 019-8320354 dan boleh buat tempahan kalau masih kosong lagi.

http://www.yknm.org/

Semoga Allah cepat menyembuhkan, Semoga Allah berikan Kekuatan kepada Kita Semua


Hubungi saya untuk Program Pengurusan Berat Badan, Sarapan Sihat dan Rendah GI
Dr Kamarul 0162090812 
Herbalife Independent Member

Selasa, 4 November 2014

Protein Komponen Penting

Salam Warahmah, semoga hari ini lebih sihat ceria dan gembira, kita sudah hampir ke penghujung tahun ini, jadi bagi kita yang ada matlamat untuk sihat dan langsing sebelum 2015 bolehlah mulakan tabiat gaya hidup sihat.

Hari ini saya ingin berkongsi mengenai protein, saya merujuk kepada panduan daripada Dr David Heber, M.D., Ph.D




Kita Lihat ramai yang mempromosikan diet baru yang mementingkan kuasa protein.Ia amat penting termasuklah bagi kita yang ingin menurunkan berat badan, mengekalkannya dan menambah berat.Kepentingan protein melangkaui paras rupa fizikal dan pembinaan otot

Keperluan Bagi Semua

Protein ialah komponen yang penting bagi setiap sel dalam badan.Ia adalah sebatian organik, yang terdiri daripada 22 asid amino, juga dikenali sebagai blok pembina hayat.Protein disimpan dalam otot dan organ, dan badan menggunakannya untuk membina dan memperbaiki tidu, juga untuk pengeluaran enzim dan hormon.Protein juga membolehkan darah membawa oksigen ke seluruh badan.Bersama sama lemak dan karbohidrat, protgein ialah "nutrien makro" bermakna badan memerlukan sejumpah yang agak besar.Institut Perubatan di Akademi Sains Kebangsaan USA membuat kesimpulan bahawa keperluan protein harian kita sepatutnya 10 peratus hingga 35 peratus daripada keseluruhan pengambilan kalori kita, dengan orang lelaki memerlukan lebih banyak sedikit berbanding wanita (Suka saya dapat bahagian protein lebih).Kekurangan protein boleh menyebabkan kehilangan jisim otot, keimunan yang berkurang, juga menjadikan jantung dan sistem respirator lemah.

Bagaimana Protein Memberi Kesan kepada Berat Badan Anda

Populariti meluas diet berprotein tinggi adalah sebahagian besar kerana kebolehannya mengurus rasa lapar.Apabila Protein diserap, ia menghantar signal kepada Otak untuk mengurangkan rasa lapar anda.Lagi satu kelebihan protein ialah meningkatkan Metabolisme dengan mengekalkan jisim otot.Semakin kita menjadi tua, jisim otot semakin berkugan tanpa senaman, jadi kekal sihat ialah kunci kepada membakar lemak dengan mengekalkan metabolisme tinggi.Protein jjuga membawa kepada pengurangan peningkatan pantan naik dan turun gula darah dan insulin, jadi anda mengelakkan "tinggi dan rendah gula" selepas makan gula-gula tanpa protien yang mencukupi.Makanan tertentu, bagaimanapun, menyediakan sumber protein yang lebih sihat berbanding yang lain.

Mempertimbangkan Punca

Anda boleh mendapat sumber protein yang menyihatkan tanpa kadar tinggi lemak tepu.Contohnya kacang soya, kacang dan bijian sempurna menyediakan protein tanpa banyak lemak tepu dan menawarkan banyak serat dan nutrien mikri yang menyihatkan juga.Jika anda sedang mencari lagi satu cara hebat untuk mendapatkan protein menyihatkan sumber protein sayur-saruran yang ditemui dalam Shake Formula 1 Herbalife, berkualiti tinggi dan mempunyai kadar kalori yang lebih rendah tanpa lemak tambahan langsung.Produk herbalife mengatur secara peribadi pengambilan protein harian anda untuk dipadankan dengan keperluan harian tubuh badan anda.Dengan pelbagai shake dan snek program pengurusan berat badan Herbalif membantu anda membina dan mengekalkan otot tanpa lemak sambil menyediakan sokongan pengurusan berar badan yang menyihatkan.

Anda kita telah menambah pengetahuan anda mengenai protein, oleh itu anda secara efektif boleh mempertingkatkan diet anda dan membolehkan pembentukan kesihatan yang baik

Beriku adalah senarai makanan dan kandungan proteinnya dalam gram.

Produk Tenusu

• Putih Telur: 7 putih = 25 gram
• Keju Cottage (Tanpa lemak): 1 cawan = 28 gram
• Keju Mozzarella (Tanpa Lemak): sebatang = 8 gram
• Yogurt (Tanpa Lemak, sugar-free): 165g = 5 gram
• Yogurt (Tanpa Lemak, plain): 1 cawan = 14 gram
• Susu (Tanpa Lemak): 1 cawan = 10 gram

Daging

• Daging Lembu (tanpa lemak): 85g (berat selepas masak) = 25 gram
• Dada Ayam: 85g (selepas masak) = 25 gram
• Dada Ayam Belanda:85g (selepas masak) = 25 gram

Ikan

• Ikan Laut: 113g (berat selepas dimasak) = 25 - 31 gram
• Udang, ketam, lobster: 113g (berat selepas dimasak) = 22-24 gram
• Ikan Tuna: 113g (dalam air) = 27 gram
• Scallops 113g (selepas dimasak) = 25 gram

Kacang, Dhal, Bijirin

• Kacang (hitam, pinto, dll.): ½ cawan (dimasak) = 7 gram
• Kacang Dhal: ½ cawan (dimasak) = 9 gram
• Kuinoa: ½ cawan (dimasak) = 6 gram
• Tauhu: ¼ blok = 7 gram
• Burger Sayur: one burger = 5 -20 gram
Note: Sesetengah bijirin sarapan yang sedia dimakan ada punca protein 10gm setiap hidangan

Makanan HERBALIFE 

• Formula 1 shake dengan 500ml (susu tanpa lemak): satu hidangan = 18 gram
• Formula 3 Whey Protein satu sudu = 5 gram
• Protein Bar: Satu bar 36g = 12 gram



Menu Makan tengahari semalam, home made kacang dhal bersama tauhu dan brokoli dimakan dengan lempeng whole wheat
Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812