Memaparkan catatan dengan label Islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Islam. Papar semua catatan

Jumaat, 3 April 2015

Rahmat Allah datang kepada HambaNYA yang Bertaqwa

Alhamdulillah hari ini baru balik dari Solat Jumaat, saya rasa amat tenang sebab dapat peluang beribadah bersama sahabat satu kariah di Seksyen 8 Shah Alam.

Saya amat bersyukur ada satu hari untuk ubah masa depan saya dan keluarga, hari ini sudah 2 minggu mak cu meninggalkan kita semua, Sangat cepat masa berlalu.Walaupun Acu masih belum sedar dari Separa koma, sudah nampak progres yang baik.Sama sama kita doakan semoga Allah cepat menyembuhkan keadaan ini.

Kita dalam hidup ini hanyalah sementara, segala perbuatan dan amalan kita akan dihitung kelak, masih teringat ayat Allahyarham Ibu saya yang tercinta, dari Surah Al-Kahfi "


"Harta dan anak - anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amal kebajikan yang terus - menerus adalah lebih baik di sisi Tuhan-mu serta lebih baik untuk menjadi harapan." (Surah Al-kahfi: ayat 46)

Saya ingin mencari keredaan Allah, itu yang paling penting dalam kehidupan ini, Banyak perkara yang kita boleh lakukan setiap hari.Niat kita paling penting dan tindakan setiap hari kita sangat penting.

Setiap manusia akan menghadapi Cabaran dalam kehidupan, dan segala Ujian ini sebenarnya adalah tanda untuk kita lebih rapat dengan Allah.

Saya masih ingat lagi hari ini 4 tahun yang lepas, saya baru balik dari Los Angeles.Tinggal 2 minggu sahaja untuk Akad Nikah dan Walimah.Ketika itu duit simpanan hanyalah cukup untuk hantaran dan boleh bayar perbelanjaan ringkas untuk persiapan perkahwinan.Saya inginkan keadaan yang simple dan paling jimat sebaiknya, ya saya faham bukan semua orang boleh terima keadaan dan pandangan kita, tetapi itu sahaja yang saya mampu lakukan.

Kalau anda rasa TIDAK ADA DUIT dan TIDAK ADA JODOH itu sebenarnya perasaan dan ganguan mental sendiri sahaja, Ingat Rezeki Allah itu sangat luas.Saya tiada duit yang cukup dan tiada calon langsung.
 
Allah memberikan rezeki dari Sumber yang kita tidak tahu sebenarnya.Kita perlu yakin, berdoa dan bermunajat sentiasa agar dipermudahkan Urusan.

Saya jarang luahkan atau berkongsi cabaran saya mata umum, saya yakin tidak semua tahu dan tidak semua akan faham keadaan sebenarnya.Perkara yang baik bagus kita sebarkan dan perkara yang menjadi cabaran kepada kita bagus kita selesaikan dan tidak membawa beban kepada orang lain pula.

Kembali kepada Peristiwa 4 tahun lepas, Allah memberikan saya ujian agar bersabar dan sentiasa bertaqwa kepadaNYA. Alhamdulillah 2 minggu sebelum majlis dilangsungkan, Duit Amanah Raya dari Bank Rakyat Arwah Mak berjaya disalurkan kepada semua Waris yang layak, Sujud Syukur dan Rasa amat rendah diri kepada Allah, kami tunggu selama 7 tahun untuk dapat transaksi ini dan Allah membantu pada saat yang amat memerlukan.

Bulan April 2011 juga perniagaan saya mendapat Bonus Pertama, saya dikelilingi dengan Rakan rakan perniagaan yang positif dan amanah, mereka masih bersama saya sehinggalah sekarang, semoga Allah merahmati dan memberikan kekuatan kepada anda semua.

Kesimpulan Tazkirah kepada diri sendiri hari ini, kita perlu sentiasa bermuhasabah dan memohon kepada Allah, semasa kita dalam diuji dengan kesusahan dan kesenangan.Rezeki Allah sangat luas, dan yang paling penting apa yang kita akan tinggalkan apabila kita mengadap Allah Azza Wajalla, carilah Amal Jariah, Ilmu Bermanfaat dan Anak-anak yang Solihin.

Semoga Allah sentiasa memberikan kekuatan kepada kita semua, kepada para peniaga dan para usahawan, teruskan muamalah setiap hari dengan jujur dan Amanah.

Fi Amanillah Fi Riayatillah

Dr Kamarul
Jumaat 3 April 2015

Jumaat, 6 Disember 2013

Taqwa Penyelesaiannya

Salam Jumaat Semua, semoga hari ini diberikan kita keberkatan hidup ini dan diberikan sinar harapan untuk meneruskan misi kita di dunia ini.

Saya terpanggil untuk berkongsi hari ini selepas menghadiri Solat Jumaat di Masjid Sungai Kandis, Khatib yang bertugas menyampaikan khutbah mengenai Taqwa.

Apa yang dimaksudkan Taqwa?

Maksud taqwa ialah menunaikan perkara yang diwajibkan oleh Allah ta’ala serta meninggalkan perkara yang dilarang olehNya.
Hamba Allah yang bertaqwa itu adalah mereka yang menunaikan kewajipan dan meninggalkan larangannya.
Sekiranya mereka mati dalam keadaan tersebut nescaya mereka terpelihara dari azab neraka dan akan terus dimasukan ke dalam syurga

Cuba kita tanya pada diri kita sendiri, Bagaimana kita boleh melihat sedangkan ada yang memiliki mata tetapi Buta, bagaimana kita boleh berjalan sedangkan ada yang memiliki kaki tetapi lumpuh, bagaimana kita boleh mendengar sedangkan ada yang memiliki telinga tetapi pekak, bagaimana kita boleh bernafas sedangkan ada yang memiliki paru paru tetapi terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.

Apa Tujuan sebenar kita dilahirkan? Dari kecil kita dibesarkan kemudian dihantar ke sekolah kemudian sambung belajar di menara gading dan selepas lulus sambung kerja, berkeluarga dan teruskan lagi kitaran ini.

Seringkali kita dilanda musibah, bencana dan masalah dan ketika itu kita perlu kembalikan diri kepadaNYA, tidak kita apa waktunya, semasa senang atau semasa diuji.Kita diuji di dunia ini adalah untuk mendekatkan diri kepada Pencipta, kita adalah hambaNYA.

Setiap kali kita melangkah keluar mencari rezeki, paling utama kita perlu bijak memilih perkara yang baik dalam semua aspek kehidupan kita.

Seperti pemakanan, ada yang halal ada yang haram ada yang syubahat.Allah merahmati kita dengan panduan daripada Al-quran dan As Sunnah untuk menentukan setiap ketetapan.Bila kali terakhir kita membuka Al-Quran, membaca dan menghayati isi kandungannya?

Allah akan memelihara hidup kita sekiranya kita sentiasa mengingatiNYA, meningkatkan iman dan taqwa kita setiap hari

 The Law Of Attraction, hukum menarik ada dikupaskan dalam

http://muslimtribune.org/reviews/new-age/law-attraction-islamic-perspective-0

Semoga Allah merahmati kita setiap hari, memberikan kita kekuatan untuk meneruskan kehidupan kita dan sentiasa meletakkan kita dikalangan hambanya yang Soleh dan Solehah.

Mari kita hayati Ayat ini

Khamis, 20 Disember 2012

Cerita Tentang Biskut



Cerita Tentang Biskut, Thanks pada Sepupu saya Fareez Noor Hanafi


Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunggu, dia makan biskut Famous Amos yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak di sebelahnya.
Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama. Di dalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu. 
“Tak malunya lelaki ni… Dah la tak mintak daripada aku.. Makan sama banyak dengan aku pulak tu… Pencuri!! ” Rungut wanita itu dalam hati.
Dalam pada itu,  lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut terakhir yang terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki itu.
Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka, wanita itu berkata dalam hatinya. 
“Berani sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar.” kata hatinya dengan marah.
Kedua-dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian yang menakutkan, wanita itu bergerak menaiki pesawatnya.
Apabila dia sampai di tempat duduknya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya dan ia masih elok belum terbuka.
“Jika biskut ini ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi…” getusnya. 
Ya…biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biarpun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya.
Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar.
 


~Jangan buruk sangka dengan orang lain. Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang ikhlas bukan dari pandangan seseorang.
Allah SWT mengingatkan :- 
ÙŠَا Ø£َÙŠُّÙ‡َا الَّذِينَ آمَÙ†ُوا اجْتَÙ†ِبُوا ÙƒَØ«ِيرًا Ù…ِّÙ†َ الظَّÙ†ِّ Ø¥ِÙ†َّ بَعْضَ الظَّÙ†ِّ Ø¥ِØ«ْÙ…ٌ 
Ertinya : Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak tergelincir ke dalam sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa..." [Surah al-Hujurat, Ayat 12]

Ahad, 11 Januari 2009

Isu Palestine

Kali ini nak cakap pasal palestine.. Bumi para anbiya, ulama dan pejuang islam.

Mengenai serangan terkini di Gaza, bolehlah rujuk berita daripada http://english.aljazeera.net/

Selama ini kita asyik dimainkan dengan retorik dan propaganda barat dan zionis.. sudah tiba masanya umat Islam bersatu, membebaskan tanah suci kita daripada terus ditindas.

Apa peranan kita yang tidak ada kuasa, tidak ada pengaruh dan tidak ada kekuatan material?

Saya senaraikan cadangan yang boleh dikongsi untuk diri saya amalkan dan hayati dan juga diperbincangkan kepada seluruh umah.

1) Setiap individu muslim perlulah berusaha meningkatkan keimanan dan ketakwaan.Ingat bahawa umat islam perlu menjaga solat dan akhlak mereka, kerana itulah senjata paling mahal.Tidak ada gunanya sibuk berjuang tapi lalai bab yang paling asas dalam agama.

2) Pelajari Ilmu dan Sejarah ketamadunan islam supaya kita tidak ditipu oleh fakta yang terpesong mengenai penubuhan negara haram zionis.Pelajari apa itu Hamas,apa itu Fattah dan apa itu Hizbullah.Supaya kita tidak silap melabel mereka.

3) Ketahui bahawa perjuangan palestine adalah perjuangan membebaskan bumi dari dijajah, tidak kira bangsa dan keturunan.Ia bukan perjuangan Bangsa Arab semata-mata.Bukan perjuangan nasionalisme

4)Kita perlulah selalu dapatkan maklumat terkini mengenai isu ini daripada sumber-sumber yang benar benar sahih dan jangan terpedaya dengan media yang dikuasai pihak musuh.

5) Mulakan perjuangan dari apa jua platform yang kita duduki sekarang.Sebagai contoh, para bloggers boleh kempen mengenai isu palestine, ahli keluarga boleh mulakan boikot produk pro zionis, ahli kariah bolehlah mulakan solat hajjat dan doa, ahli akademik dan ulama bolehlah kemukakan idea yang boleh membantu menyelesaikan masalah, ahli politik dan umara bolehlah aplikasikan idea yang diperbincangkan.Semua pihak ada tanggung jawab.

6) Hulurkan bantuan dan dana kepada mereka.Kalau ada duit,bagi jer apa yang mampu tetapi perlu juga lihat kepada siapa yang diberikan supaya tidak tersilap membantu.Kalau kaya bagi jer lebih seperti mana umat islam di UAE sedekah berbilion dirham.

Ahad, 28 Disember 2008

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1430H

SELAMAT MAAL HIJRAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA RAKAN TAULAN DAN SEMUA YANG MENGUNJUNGI BLOG INI.
SEMOGA TAHUN 1430 INI DIBERIKAN REZEKI YANG MELIMPAH RUAH, DIRAHMATI DAN DIAMPUNKAN SEGALA KESILAPAN DAN DOSA
SEMOGA TAHUN 1430 INI MEMBERIKAN SINAR BARU KEPADA KEHIDUPAN INI,MENINGKATKAN KETAHANAN DIRI DI ZAMAN YANG PENUH MENCABAR KEIMANAN,KESABARAN,KEKUATAN DAN MINDA
YA ALLAH, PERMUDAHKANLAH URUSAN HAMBA-HAMBAMU INI.

Selasa, 25 November 2008

Kenangan Ibadah Haji 2007


Musim Haji sudah hampir, ketika ini umat Islam yang mendapat jemputan Allah akan bersiap sedia menuju ke Tanah Suci.

Selasa, 11 November 2008

Kepentingan Air Kepada Tubuh Badan


Surah Al Anfal Ayat 11:

Ø¥ِذْ ÙŠُغَØ´ِّيكُÙ…ُ النُّعَاسَ Ø£َÙ…َÙ†َØ©ً Ù…ِÙ†ْÙ‡ُ ÙˆَÙŠُÙ†َزِّÙ„ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ Ù…ِÙ†َ السَّÙ…َاءِ Ù…َاءً Ù„ِÙŠُØ·َÙ‡ِّرَÙƒُÙ…ْ بِÙ‡ِ ÙˆَÙŠُذْÙ‡ِبَ عَÙ†ْÙƒُÙ…ْ رِجْزَ الشَّÙŠْØ·َانِ
ÙˆَÙ„ِÙŠَرْبِØ·َ عَÙ„َÙ‰ٰ Ù‚ُÙ„ُوبِÙƒُÙ…ْ ÙˆَÙŠُØ«َبِّتَ بِÙ‡ِ الْØ£َÙ‚ْدَامَ

Ingatlah) ketika kamu diliputi perasaan mengantuk sebagai satu (pemberian) aman dari Allah (untuk menghapuskan kecemasan kamu) dan (ingatlah ketika) Ia menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengannya dan menghapuskan dari kamu gangguan Syaitan dan juga untuk menguatkan hati kamu dan menetapkan dengannya tapak pendirian (kamu di medan perjuangan).

Ahad, 9 November 2008

Solat dan kepentingan memelihara kesihatan


Ibadah menunaikan Solat adalah termaktub dalam Rukun Islam, dan Seruan untuk Solat adalah perlu dititikberatkan dan tiada alasan boleh diberikan untuk mengabaikan tanggung jawab ini.

Menjadi kewajipan kepada kita sebagai muslim supaya menjaga kesihatan tubuh dan badan kita, kerana dengan kesihatan tersebut kita boleh melakukan ibadah dengan lebih sempurna.

Solat tetap wajib sama ada kita Sihat Wal Afiat dan juga kepada yang uzur dan sakit.


Hadis Riwayat Al Bukhari :


"Solatlah dengan berdiri, jika tidak kuasa berdiri, Solatlah dengan duduk, jika tiada kuasa solat dengan berbaring, jika tiada kuasa juga solatlah dengan melentang."


Jelaslah bahawa kepentingan solat ini meliputi apa jua status kesihatan kita, oleh yang demikian menjadi tanggung jawab kepada kita bagi memelihara tubuh badan agar senatiasa mudah untuk beramal dan beribadah.Dalam keadaan kita yang uzur, usaha perlu dilakukan untuk menunaikan ibadah walaupun mungkin terdapat rintangan yang menjadi ujian kepada kita supaya lebih bersabar dan merapatkan diri kepada Allah.

Sabtu, 8 November 2008

MEROKOK DARI PERSPEKTIF PERUBATAN DAN ISLAM



Merokok adalah budaya buruk yang sering diamal oleh masyarakat kita.Kebiasaannya perbuatan ini adalah disebabkan pengaruh rakan sebaya dan juga persekitaran. Agama Islam mampu memenuhi segala keperluan bagi setiap masalah yang berbangkit dalam kehidupan seharian umatnya, sehingga tidak satu perkara pun terlepas daripada sorotan Islam yang memberikan kaedah atau aturan cara melaksanakannya, supaya tidak membawa mudarat terhadap manusia itu sendiri. Dengan demikian, terjaminlah tindak-tanduk umat ini daripada terjerumus ke lembah dosa dan kerosakan akal, jasmani dan harta benda. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu yang tidak dijelaskan hukumnya secara tegas, maksudnya tidak ditemui nas yang khusus membicarakannya. Hadith Rasullullah s.a.w. :"Halal itu jelas, haram itu pun jelas, dan antara keduanya ada beberapa perkara yang syubhat (samar) yang banyak dari manusia tidak mengetahuinya. Maka barangsiapa memelihara dirinya dari segala kesamaran, sesungguhnya ia memelihara bagi agama dan kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh ke dalam perkara kesamaran jatuhlah ia ke dalam haram,"(H.R. Muslim)
Dari segi perubatan, tabiat merokok ini terbukti menjadi penyebab kepada pelbagai jangkitan kepada manusia. Tabiat merokok mengakibatkan 90% daripada kesemua kes kanser paru-paru, 75% kes kerosakan paru-paru (chronic bronchitis & emphysema) serta 25% kes jantung di kalangan lelaki berumur di bawah 65 tahun. Beberapa lagi jenis kanser paru-paru dan juga komplikasi dalam sistem pernafasan kanak-kanak, turut dikaitkan dengan merokok di kalangan ahli keluarga.
Ibubapa yang merokok bukan sahaja meletakkan anak-anak mereka pada bahaya penyakit, tetapi juga kemungkinan bagi kecacatan anggota serta menggugat pertumbuhan fizikal dan minda ahli keluarga mereka sendiri. Kanak-kanak dari ibubapa yang merokok juga adalah lebih cenderung mencontohi tabiat buruk ini apabila mereka meningkat dewasa kelak. 'Baik buruknya kebangkitan tunas baru di antara kita, bergantung rapat dengan apa yang dibiasakan oleh ayahnya'. Ibubapa bertanggungjawab sepenuhnya dalam membentuk perlakuan anak-anak mereka.
Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap termasuklah bahan radioaktif (polonium -201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun yang paling penting adalah tar, nikotin dan karbon monoksida.
Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.
Nikotin, seperti dadah heroin bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerens dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah
Oleh itu kepada mereka yang merokok, diharap dapat berusaha untuk berhenti daripada terus terlibat dalam aktiviti yang tak berfaedah ini.Memang sukar untuk berhenti pada mulanya namun tekat dan azam yang kuat perlu ditanamkan kerana segara perubahan kepada sikap adalah ditentukan oleh diri sendiri tanpa perlu bantuan luar semata matanya.
Islam melarang kita melakukan sesuatu yang boleh merosakkan kesihatan kita dan yang boleh mengancamkan kehidupan kita. Apa saja yang dimasukkan ke dalam tubuh dan uratsaraf kita hendaklah yang baik, bersih dan yang menjaminkan keselamatan jasmani, akal dan rohani kita. Tabiat merokok yang diamalkan dengan cara menyedut madat masuk ke dalam badan kita adalah satu tabiat yang merosak dan mengancamkan diri kita. Oleh itu berhentilah merokok. Allah berfirman dengan maksud menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka yang buruk-buruk. (Al-A'raf: 157)
Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812