Cerita
Tentang Biskut, Thanks pada Sepupu saya Fareez Noor Hanafi
Seorang
wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya. Sambil
menunggu, dia makan biskut Famous Amos yang dibelinya sebelum itu dan membaca
buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya turut
mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak di sebelahnya.
Setiap
keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama. Di dalam hati
wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu.
“Tak malunya
lelaki ni… Dah la tak mintak daripada aku.. Makan sama banyak dengan aku pulak
tu… Pencuri!! ” Rungut wanita itu dalam hati.
Dalam pada
itu, lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya.
Hinggalah sampai ke biskut terakhir yang terdapat dalam bungkusan itu. Wanita
itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lelaki itu mengambil
biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya
kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan
dirinya dari memarahi lelaki itu.
Sambil merampas
dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam
mencuka, wanita itu berkata dalam hatinya.
“Berani
sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar.” kata hatinya dengan
marah.
Kedua-dua
wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat
untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu
kejadian yang menakutkan, wanita itu bergerak menaiki pesawatnya.
Apabila dia
sampai di tempat duduknya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang.
Alangkah terkejutnya dia apabila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam
begnya dan ia masih elok belum terbuka.
“Jika biskut
ini ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi…”
getusnya.
Ya…biskut
yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu. Alangkah malunya dia atas
segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi
biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biarpun dari awal lagi wanita
itu telah menunjukkan reaksi marahnya.
Untuk meminta
maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan
tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah
pencuri biskut yang sebenar.
~Jangan buruk sangka dengan orang lain. Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang ikhlas bukan dari pandangan seseorang.
Allah SWT
mengingatkan :-
يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ
الظَّنِّ إِثْمٌ
Ertinya :
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan
(supaya kamu tidak tergelincir ke dalam sangkaan yang dilarang) kerana
sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa..." [Surah
al-Hujurat, Ayat 12]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan