Memaparkan catatan dengan label Food Review. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Food Review. Papar semua catatan

Isnin, 20 April 2015

Le Meridien Kuala Lumpur Latest Recipe Dinner Buffet Review

Salam Warahmah Hari ini saya ingin Kongsikan Pengalaman kami ke Le Meridien Kuala Lumpur, sambut Hari Jadi Isteri Tercinta, kebetulan mencari tempat yang dekat dengan kami dan ingin rasa kelainan, saya review banyak entri dari Blogger yang recommend untuk datang ke sini.


Hotel ini terletak di kawasan KL Sentral, ia berkembar dengan Hotel Hilton di sebelahnya.

Selepas parking kita akan naik ke aras Lobby, dan kita akan sampai ke Pintu utama mengasingkan antara 2 Hotel ini, kami ambil keputusan untuk ke pintu kanan hehehe

Sabtu, 4 April 2015

Dim Sum Halal Islamic Canteen, Masjid Ammar Hong Kong

Salam Warahmah, Hari ini saya ingin kongsikan pengalaman kedua bercuti ke Hongkong, kali pertama pada 2008, dan kali kedua adalah pada 2014.

Entri ini mengenai Kunjungan kami ke Masjid Ammar, kami memang teringin merasai Dim Sum yang Halal dan waktu yang kami pergi adalah tengahari, memang paling best sebab kita boleh berjumpa dengan komuniti Islam yang turut sama menjamu selera.

 

 Sampai di Kompleks Masjid ini, terus naik ke Tingkat 5, ada lift disediakan. Kepada yang ingin makan dimsum pastikan datang waktu tengahari, waktu malam biasanya hanya ala-carte dan tiada dim sum.

 Apabila kita dapat tempat duduk, boleh ke kaunter untuk isi borang ini, kita boleh minta jenis dimsum yang kita suka kalau tidak tahu pesan pada kaunter secara main tunjuk tunjuk hehehe.

 Saya ambil pau, samosa dan juga siew mai 

Rabu, 1 April 2015

Serene Intercontinental Kuala Lumpur Dinner Buffet Review

Salam Warahmah, Kami dapat peluang untuk berkongsi pengalaman menikmati juadah di Intercontinental Kuala Lumpur, ada Promosi Luar Biasa kali ini, untuk makan lebih daripada 10 orang.Kebetulan saya liked page Intercontinental dapatlah info ini.

Hotel ini terletak di Jalan Ampang, depan Ampang Park.Kalau kita perasan ada Citi Bank sebelahnya.Hotel ini sebelumnya dikenali sebagai Hotel Nikko.


Sagano Japanese Restaurant, Rennaissance Hotel Kuala Lumpur Review

Salam Warahmah, Hari ini kami ingin kongsikan cerita semalam, selepas urusan di Kuala Lumpur, singgah untuk Dinner di Rennaisance Hotel, disebabkan ia termasuk dalam List CIMB Fine Dining so kami boleh dapat 50% diskaun guna kad World Master / Visa Infinite.Ada 3 restoran yang kita boleh pilih di Hotel ini, asalnya ingin ambil ala carte di Vouge Cafe, bila sampai ramai sangat orang jadi kami nak cari tempat yang lebih santai dan tenang untuk sambut birthday anak kami Riduan 3 Tahun.


Restoran Sagano terletak di Tingkat 1, lama juga tidak makan makanan Jepun yang ada Proper Setting dan Enviroment.Dulu masa di Jepun kami puas makan masa Herbalife Trip ke Tokyo.Tahun ini kami tengah berusaha untuk ke Hokkaido pula, doakan dapat bawa atief pulak jalan jalan sana.



Restoran ini ada 3 bahagian, kalau ambil buffet kita boleh mulakan di bilik hadapan, bahagian Pembuka Selera. Ada Sushi yang segar, Sashimi , dan Salads.Saya suka salmon sashimi memang terasa kesegarannya.Satu lagi Chukae Sea Weed memang sedap.

Sesi memilih sushi , ada banyak jenis juga


Penggemar Udang pasti akan ambil Cold Prawn ini, kami bukan jenis suka sangat so skip yang ini


Pelbagai Salad, yang saya suka warna hijau, rasa macam jeli

Kobis Ungu Pun ada bersama dressing yang kita suka

Tamat Tangkapan Round Pertama, Satu plate yang comel

Saya bukan reti pakai chopstik, last minta sudu garfu jugak hahahaha

Atief Suka sangat dapat Jagung Manis hari ini
Sushi Segar , Udang dan Telur Ikan


Ok Masuk Round Kedua, ada bilik seterusnya, Hot Pot, Tenpayaki dan Tempura

Tempura di Goreng Panas Panas, ada Udang Ayam, Keledek, sedap!

Nasi Goreng Daging, dan Chawan Mushi (Kastard Telur)

Aneka Teppanyaki Sayuran, Udang, Daging

Sos Pencicah dan Kicap
Mee Goreng Udon dengan Udang lagi

Chef Speciality, ada lala yang sedap tak pasti masak apa

Saya ambil Green Tea Soba bersama Miso Soup


Round Ketiga ada Bilik Pencuci Mulut, ada Ais Kacang
Kek dan Kuih Muih

Kek dan Buah Buahan

Ada Tembikai, Papaya, Honey Dew dan Jelly

Bubur Kacang Merah dan Bread Pudding

Green Tea Ice Cream, sangat terasa teh hijaunya, sedap! teringat makan di Jepun dulu

Chawan Mushi

Tambah lagi Green Tea Ice Cream


Harga untuk Buffet Dinner adalah RM 103++, kami dapat diskaun 50% jadi bayar 1 untuk makan berdua, anak 6 tahun kebawah percuma.


Ambil Gambar depan Restoran sebelum balik

Terima Kasih Mr Eean Tan yang melayani kami, sangat bagus!


Ada juga Bilik untuk buat Majlis Hari Jadi, siap boleh duduk ala jepun, ada Rezeki boleh bawa rakan rakan perniagaan kita buat Meeting kat sini

Review :

Restoran ini sangat sesuai untuk mereka yang mencari kelainan, menunya lebih sihat sebab banyak segar dan kurang makanan berproses, green tea sangat tinggi antioksidan



Sagano
Renaissance Kuala Lumpur Hotel
Corner of Jalan Sultan Ismail and Jalan Ampang 
Federal Territory of Kuala Lumpur 50450
 03-2162 2233

Jumaat, 27 Mac 2015

Kluang Station Tesco Extra Shah Alam

Salam Warahmah, semalam kami ke Tesco untuk beli barangan keperluan harian, biasanya kami akan makan Subway cuma rasa nak cuba pula kedai lain. 

Kluang Station ini terletak dihadapan Food Court, first time juga rasa dan kebetulan dapat 10 peratus diskaun.

Isnin, 2 Mac 2015

China Imam Qin Restaurant, Mee Tarik Shah Alam Review

Salam Warahmah, Hari ini saya ingin kongi pengalaman kami makan tengahari di Restoran Baru di Seksyen 7, Shah Alam.
 
Saya dan keluarga memang suka mencari peluang untuk menikmati juadah komuniti Islam dari Tanah Besar China, sebelum ini pernah merasai Dim Sum Halal di Hong Kong, dan Steamboat di Beijing.   
Lokasi Restoran ini adalah di Pusat Komersil Seksyen 7, Area Jakel dan ia bersempadan dengan Restoran Wong Solo dan Garuda.
 

Jumaat, 20 Februari 2015

Putrajaya Shangri-La Palm Hill Cafe Review


Salam Warahmah, Alhamdulillah kami baru balik dari Retreat 3 hari 2 malam di Country Heights Resorts Kajang.Kebetulan hari yang sama kami nak raikan Birthday Atief Setahun! Saya buat keputusan untuk contact Hotel Shangri-La Putrajaya, sebab lokasinya Putrajaya easy access.

Portion Makanan Anda - Ahli Bebas Herbalife 0162090812







Tips mudah untuk kita dapatkan saiz makanan yang sesuai semasa makan tengahari kita.
PROTEIN
Pertama kita pastikan Protein yang kita ambil sebesar tapak tangan kita, biasanya kalau kita beli nasi ayam kadang kala saiz ayamnya kecil sangat dan termasuk kulit dan minyak lagi.Jadi saya biasa buang kulit dan ambil 2 ketul, untuk portion protien yang diperlukan.
 
KARBOHIDRAT
 Sumber karbohidrat adalah seperti nasi (nasi perang paling baik) kentang, pasta, mee, bihun pastikan satu genggam atau kurang sikit dari satu genggam kita, kalau kita badan besar dan penumbuk kita besar maknanya kita boleh makan lebihlah heheh.

SERAT
 Sayur walaupun termasuk dalam karbohidrat tetapi ia tinggi serat, boleh letakkan banyak banyak penuhkan pingggan, paling bagus sayur ini warna warni, kalau anda beli di kedai pesan sayur campur kurang minyak dan kurang garam.Buah Buahan juga boleh digunakan untuk meningkatkan tahap fibre dalam makanan kita



Selamat Menjamu Selera, boleh nak makan cuma makan ikut keperluan badan kita, kunyah slow slow dan enjoy!

Hubungi saya untuk Program Pengurusan Berat Badan, Sarapan Sihat dan Rendah GI
Dr Kamarul 0162090812 
Herbalife Independent Member

Selasa, 6 Januari 2009

Makan Dim Sum, Quality Hotel KL


Semalam Menjamu Selera Di Kuala Lumpur.. dah lama dah tak makan buffet dim sum nie.. kebetulan dah ada kat kl time tue.. CUTI lagi !!!
Dim Sum adalah koleksi makanan tea time china.. dulunya makanan santapan diraja maharaja.. biasa dihidangkan dengan chinese tea dan juga pada waktu pagi sampai tengahhari.
Kalau nak makan sikit sikit, sebakul harganya mau 5-6 ringgit.. tapi kalau banyak baik amik buffet nie.. memang berbaloi mulut, walaupun ia tidak berbaloi bagi diet dan juga menjaga duit..
Restoran Meisan Quality Hotel (Jln Raja Laut) memang menyediakan makanan sechuan, halal dan sedap.
Harga dim sum buffet tue RM26.50++, ada promosi 4+1. Dah lama dah Quality Hotel ada buffet nie.. last sekali pergi dengan arwah mak.. time tue ramai ramai saudara mara...


Update Entri ini : Harga Sekarang  RM52.50 dan boleh contact terus Hotel Quality untuk Tempahan



 http://www.quality.com.my/events-promotion/
  
Quality Hotel City Centre Kuala Lumpur
Jalan Raja Laut, P.O. Box 11586
Kuala Lumpur, 50750, Malaysia

Phone Number: +60-03-26148000
Email: qhcc@quality.com.my



Hubungi saya untuk Program Pengurusan Berat Badan, Sarapan Sihat dan Rendah GI
Dr Kamarul 0162090812 
Herbalife Independent Member

Isnin, 24 November 2008

Saba Consult Dinner, Putrajaya

Semalam dijemput ke Majlis Pra Ulang Tahun Syarikat Saba Consult, yang ditubuhkan pada 1984.Program tersebut juga meraikan kejayaan syarikat mendapat pengiktirafan iso dan penganugerahan darjah kebesaran kepada Pengarah Syarikat.




Function diadakan di Putrajaya International Convention Center, bangunan bentuk topi tue..


Malam tadi consider "Cuti Half Day Herbalife" sebab sarapan dan lunch tetap minum shake tue.Cuma malam jer dinner,yang banyak amik pun protein.. tak per sekali sekala holiday kan...

Caterer adalah Eden Catering, Menunya



1) Crispy Fried Crab Fritter
2) Daging Dendeng
3) Ayam Merah
4) Ikan dengan Kerabu Mangga
5) Udang Ala Korea
6) Fried Siew Pak Choy Oyster Sauce
7) Nasi Goreng
8) Creme Caramel

Tempat majlis tue memang cantik,betul betul dibawah topi tue...menu malam tue oklah.. yang penting ada kerabu mangga dan sayur sos tiram tue hehehe.. dalam bercuti nie pun kalau ada peluang amiklah makanan berfiber gak..
Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812