Sabtu, 4 April 2015

Dim Sum Halal Islamic Canteen, Masjid Ammar Hong Kong

Salam Warahmah, Hari ini saya ingin kongsikan pengalaman kedua bercuti ke Hongkong, kali pertama pada 2008, dan kali kedua adalah pada 2014.

Entri ini mengenai Kunjungan kami ke Masjid Ammar, kami memang teringin merasai Dim Sum yang Halal dan waktu yang kami pergi adalah tengahari, memang paling best sebab kita boleh berjumpa dengan komuniti Islam yang turut sama menjamu selera.

 

 Sampai di Kompleks Masjid ini, terus naik ke Tingkat 5, ada lift disediakan. Kepada yang ingin makan dimsum pastikan datang waktu tengahari, waktu malam biasanya hanya ala-carte dan tiada dim sum.

 Apabila kita dapat tempat duduk, boleh ke kaunter untuk isi borang ini, kita boleh minta jenis dimsum yang kita suka kalau tidak tahu pesan pada kaunter secara main tunjuk tunjuk hehehe.

 Saya ambil pau, samosa dan juga siew mai 




Acara Minum Teh Cina, sangat unik rasanya dan apabila kita minum terasa kesegarannya





Boleh tengok menu menu ala carte, saya pilih hari ini Mee dan Nasi Goreng
 Mee ini saya pernah makan dahulu, masih sedap dan rasa nak tambah jer lagi hahaha
 Sedap Riduan menjamu selera hehe
 Semua ingin di rasai
 Butter Cake kukus, bentuk macam pelik tapi rasa best!
 Pau dan juga Wantan Goreng
 Jumpa Rakan rakan baru di sini, ada Doktor Perubatan ada Student ada Peniaga
 Kebetulan hari ini ada yang pernah tinggal di Bristol, mereka berhijrah ke Hongkong mencari Rezeki yang Halal
 Amaran : Makan apa yang kita mampu makan, dilarang membazir.Menu ini bukan buffet tetapi Alacarte Dim Sum.



Hubungi saya untuk Program Pengurusan Berat Badan, Sarapan Sihat dan Rendah GI
Dr Kamarul 0162090812 
Herbalife Independent Member

Tiada ulasan:

Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812