Salam Warahmah, hari ini saya ingin kongsi cara membuat Mee Kuning Sendiri
Kepada penggemar mee, mungkin ada yang ingin cuba buat sendiri di Rumah, ia bagus sebab kita dapat rasa kesegarannya, bebas asid borik dan kurang berminyak.
Prosesnya Pertama kita pilih jenis tepung yang kita suka, saya biasanya akan ambil tepung whole wheat, gandum penuh, atau tepung atta pun boleh.
Kaedahnya saya gunakan telur untuk menggantikan air abu soda, kita kira berapa orang yang akan makan, satu orang satu biji telur, saya uli dengan 3-4 sudu besar tepung, warna kuning adalah daripada kuning telur tanpa menggunakan pewarna.
Selepas itu saya akan memotong mee menggunakan Mesin Pasta Maker, biasanya boleh beli di Supermarket dala harga RM 30 - RM 50.
Cara untuk memotong mee ini, kita uli pakai penguli sampai dapat bentuk segi empat, dan mulakan menipis doh ini dari paling besar sehingga nombor yang kita inginkan, biasanya saya akan pakai no 3 untuk mee saiz biasa.
Tips untuk mengelakkan pecah dan melekat, tabur tepung setiap kali menggunakan mesin mee, lipat 2 kali sambil letak taburan tepung.
Selepas sampai ke nombor yang kita inginkan boleh pindah ke bahagian pemotong dan bentuk mee akan terhasil .Kalau ingin bentuk seperti koey tiaw boleh pilih pemotong yang besar.
Sementara proses memotong boleh sediakan periuk dan didihkan air , letak sedikit minyak zaitun.
Mee kuning ini cepat masak dan kita celur sekejap sahaja, dan toskan.Siap dan boleh digunakan untuk hidangan mee yang kita suka.
Selamat Mencuba!
Hubungi saya untuk Program Pengurusan Berat Badan, Sarapan Sihat dan Rendah GI
Dr Kamarul 0162090812
Herbalife Independent Member
Tiada ulasan:
Catat Ulasan