Salam Warahmah, saya ingin kongsikan Menu Tradisi dari Beserah Kuantan, Mee Calong.
Saya dilahirkan di Kuantan dan Ahli keluarga banyak tinggal di Beserah.Menurut Mak saudara saya @ Mak ngah Arbaeyah mee calong ini terhasil berdasarkan peristiwa seorang yang ingin bertanding menjadi wakil rakyat, beliau sebelum ini memang ada gerai jualan mee.Satu hari palsunya terjatuh ke dalam periuk dan sampai heboh, mee jadi terkenal kerana calon = calong ikut bahasa orang beserah.Kebenaran kisah ini saya tidak boleh sahkan harap maklum hahaha
Proses pertama adalah beli barang barang persiapan, kalau resepi yang original kita pakai ikan sahaja untuk kuah supnya, saya beli ikan tenggiri untuk ambil isinya.
Terdapat kesilapan teknikal yang besar pada cubaan pertama ini, hahaha saya terlupa isi ikan patutnya di blend, kami gentel sikit sikit guna tepung dan terus rebus guna air rebusan ikan, jadilah bentuk macam bakso la pulak! Wrong Wrong
Ok Sup ikan ini pakai bawang putih, bawang merah, bunga lawang, buah pelaga, saya letak halia sikit.Sambil itu potong tahu dan masukkan isi ikan dan masak sekali dalam periuk sup.
Air lada boleh disediakan, saya guna cili yang segar dan dikisar
Apabila semua sudah siap dah sedia untuk dimakan, kalau ingin buat mee sendiri boleh tengok entri sebelum ini.
Rindu nak balik kampung pulak huhuhuhu
Hubungi saya untuk Program Pengurusan Berat Badan, Sarapan Sihat dan Rendah GI
Dr Kamarul 0162090812
Herbalife Independent Member
Tiada ulasan:
Catat Ulasan