Saya amat bersyukur ada satu hari untuk ubah masa depan saya dan keluarga, hari ini sudah 2 minggu mak cu meninggalkan kita semua, Sangat cepat masa berlalu.Walaupun Acu masih belum sedar dari Separa koma, sudah nampak progres yang baik.Sama sama kita doakan semoga Allah cepat menyembuhkan keadaan ini.
Kita dalam hidup ini hanyalah sementara, segala perbuatan dan amalan kita akan dihitung kelak, masih teringat ayat Allahyarham Ibu saya yang tercinta, dari Surah Al-Kahfi "
"Harta dan anak - anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amal kebajikan yang terus - menerus adalah lebih baik di sisi Tuhan-mu serta lebih baik untuk menjadi harapan." (Surah Al-kahfi: ayat 46)
Saya ingin mencari keredaan Allah, itu yang paling penting dalam kehidupan ini, Banyak perkara yang kita boleh lakukan setiap hari.Niat kita paling penting dan tindakan setiap hari kita sangat penting.
Setiap manusia akan menghadapi Cabaran dalam kehidupan, dan segala Ujian ini sebenarnya adalah tanda untuk kita lebih rapat dengan Allah.
Saya masih ingat lagi hari ini 4 tahun yang lepas, saya baru balik dari Los Angeles.Tinggal 2 minggu sahaja untuk Akad Nikah dan Walimah.Ketika itu duit simpanan hanyalah cukup untuk hantaran dan boleh bayar perbelanjaan ringkas untuk persiapan perkahwinan.Saya inginkan keadaan yang simple dan paling jimat sebaiknya, ya saya faham bukan semua orang boleh terima keadaan dan pandangan kita, tetapi itu sahaja yang saya mampu lakukan.
Kalau anda rasa TIDAK ADA DUIT dan TIDAK ADA JODOH itu sebenarnya perasaan dan ganguan mental sendiri sahaja, Ingat Rezeki Allah itu sangat luas.Saya tiada duit yang cukup dan tiada calon langsung.
Allah memberikan rezeki dari Sumber yang kita tidak tahu sebenarnya.Kita perlu yakin, berdoa dan bermunajat sentiasa agar dipermudahkan Urusan.
Saya jarang luahkan atau berkongsi cabaran saya mata umum, saya yakin tidak semua tahu dan tidak semua akan faham keadaan sebenarnya.Perkara yang baik bagus kita sebarkan dan perkara yang menjadi cabaran kepada kita bagus kita selesaikan dan tidak membawa beban kepada orang lain pula.
Kembali kepada Peristiwa 4 tahun lepas, Allah memberikan saya ujian agar bersabar dan sentiasa bertaqwa kepadaNYA. Alhamdulillah 2 minggu sebelum majlis dilangsungkan, Duit Amanah Raya dari Bank Rakyat Arwah Mak berjaya disalurkan kepada semua Waris yang layak, Sujud Syukur dan Rasa amat rendah diri kepada Allah, kami tunggu selama 7 tahun untuk dapat transaksi ini dan Allah membantu pada saat yang amat memerlukan.
Bulan April 2011 juga perniagaan saya mendapat Bonus Pertama, saya dikelilingi dengan Rakan rakan perniagaan yang positif dan amanah, mereka masih bersama saya sehinggalah sekarang, semoga Allah merahmati dan memberikan kekuatan kepada anda semua.
Kesimpulan Tazkirah kepada diri sendiri hari ini, kita perlu sentiasa bermuhasabah dan memohon kepada Allah, semasa kita dalam diuji dengan kesusahan dan kesenangan.Rezeki Allah sangat luas, dan yang paling penting apa yang kita akan tinggalkan apabila kita mengadap Allah Azza Wajalla, carilah Amal Jariah, Ilmu Bermanfaat dan Anak-anak yang Solihin.
Semoga Allah sentiasa memberikan kekuatan kepada kita semua, kepada para peniaga dan para usahawan, teruskan muamalah setiap hari dengan jujur dan Amanah.
Fi Amanillah Fi Riayatillah
Dr Kamarul
Jumaat 3 April 2015
Tiada ulasan:
Catat Ulasan