Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan

Jumaat, 2 September 2016

Grill Chicken With Wild Black Rice


Salam Semua, hari ini saya ingin kongsikan menu sihat yang boleh di masak di rumah, biasanya masa cuti hujung minggu kita banyak makan gorengan, makanan proses dan juga banyak minum air manis, apa kata kita ubah kepada pemakanan lebih sihat, tinggi zat dan kalau terbaik elakkan berminyak dan msg.

Grill Chicken

Bahan Bahan =

250gm daging ayam ambil bahagian dada

2 sudu kecil kicap manis

Sedikit Lada Hitam

Sedikit Garam

Cara Penyediaan

 Perap Ayam bersama kicap, lada hitam dan garam, dalam 10 minit.Kemudian bakar menggunakan pemanggang ajaib atau pan kuali yang tidak melekat.Bakar tanpa menggunakan minyak dan bakar sampai ayam masak, biasanya dalam 15minit- 20 minit.




Mashed Green Peas

Bahan Bahan=

Satu Tin Kacang Peas atau kalau terbaik dapatkan yang segar

Garam dan Lada Hitam

Cara Penyediaan

Rebus Kacang (kalau yang segar sahaja) kemudian selepas itu boleh lenyekkan menggunakan garfu dan taburkan sedikit garam dan lada hitam

Beras Hitam Boleh di beli di Supermarket, biasanya terletak di bahagian organik, jangan silap beri beras pulut sudah, yang terbaik Wild Organic Black Rice.

Telur Rebus ikut masa kalau inginkan tekstur yang lembut diluar dan dalam separuh masak, rebus dalam 2-3 minit sahaja.

 

Isnin, 6 April 2015

Percubaan Pertama Homemade Mee Calong Beserah

Salam Warahmah, saya ingin kongsikan Menu Tradisi dari Beserah Kuantan, Mee Calong.


Saya dilahirkan di Kuantan dan Ahli keluarga banyak tinggal di Beserah.Menurut Mak saudara saya @ Mak ngah Arbaeyah mee calong ini terhasil berdasarkan peristiwa seorang yang ingin bertanding menjadi wakil rakyat, beliau sebelum ini memang ada gerai jualan mee.Satu hari palsunya terjatuh ke dalam periuk dan sampai heboh, mee jadi terkenal kerana calon = calong ikut bahasa orang beserah.Kebenaran kisah ini saya tidak boleh sahkan harap maklum hahaha

Homemade Mee Kuning

Salam Warahmah, hari ini saya ingin kongsi cara membuat Mee Kuning Sendiri

 
Kepada penggemar mee, mungkin ada yang ingin cuba buat sendiri di Rumah, ia bagus sebab kita dapat rasa kesegarannya, bebas asid borik dan kurang berminyak.

Khamis, 2 April 2015

Siakap Steam In Ginger Tamarind

Salam Warahmah, Hari ini saya ingin kongsi menu masak simple di Rumah.Sangat bagus di sediakan untuk Bulan Ramadan dan apabila anda ingin makanan yang kurang minyak, lebih protein dan sihat.

Kami beli Ikan Siakap di Supermarket 2 ekor untuk menu makan tengahari

Prosesnya,pastikan buang sisik dan bersihkan bahagian perut ikan ini, kalau tidak pandai boleh minta staf di Supermarket atau Pasar buatkan.

Khamis, 26 Mac 2015

Homemade Soy Hummus

Salam Warahmah, Alhamdulillah hari ini saya ingin kongsi resepi Hummus variasi berikutnya, biasanya kita makan kacang kuda, hari ini saya dan isteri masak menggunakan kacang soya pula.
Jom tengok langkah ini, ada video sekali ya.


Isnin, 23 Mac 2015

Homemade Fava Beans Ala Latino

Salam Warahmah, Semoga sihat ceria dan gembira setiap hari.


Hari ini saya ingin kongsikan Menu yang saya buat awal tahun baru-baru ini.Menu ini menggunakan Protein dari Kacang Parang, Fava Beans atau kalau di Negara Arab dipanggil Foul Misri.Kalau semasa di Negara Arab saya biasa lihat Masyarakat Tempatan akan mengambilnya sebagai Sarapan Pagi, Sumber Protein Tumbuh-tumbuhan lebih sihat berbanding kebanyakan menu di Malaysia yang penuh karbohidrat pada waktu pagi.

Rabu, 18 Mac 2015

Homemade Baked Spaghetti With Chicken Lentils

 

Salam Warahmah, hari ini saya ingin kongsikan menu seterusnya.Saya dan Isteri tercinta memang suka masak makanan yang simple dan cepat disediakan, pakai oven atau pemanggang ajaib pun boleh.Ramai yang tanya butiran lengkap resepi kami, maaf ya saya jenis agak agak jer sukatannya hehehe tak reti nak tulis berapa gm setiap bahan.Insya Allah ilmu ini saya nak belajar lagi.

Selasa, 17 Mac 2015

Homemade Hummus Kacang Kuda

Salam Warahmah Semua, Hari ini saya ingin kongsikan Snek Sihat yang saya suka makan sebagai pengganti minum petang kebiasaan kita.Makanan ini berasal dari Timur Tengah dan saya masa belajar dahulu memang suka makan, mereka ambil untuk Sarapan pagi dan juga sebagai Pembuka Selera (Mezze)


Isnin, 16 Mac 2015

Homemade Oven Baked Chicken

Salam Warahmah. Menu hari ini dimasak oleh Isteri Tercinta, Siti Aisyah.

Cara menyediakan

Selasa, 10 Mac 2015

Homemade Grill Chicken With Snow Peas Tofu

Salam Warahmah Semua.. Cuti Sekolah tidak lama lagi, mungkin ada ahli keluarga dan sahabat akan ziarah di rumah kita, apa kata kita hidangkan menu yang lebih sihat semampu kita.

 

Jumaat, 27 Februari 2015

Homemade Zuccchini Pasta

Homemade Zucchini Pasta
 
Salam Warahmah, Hari ini saya ingin kongsi resepi sihat baru kami hari ini, sejenis makanan yang biasa dihidangkan di Negara Mediterranean menggantikan Pasta disebabkan tidak boleh hadam gluten ataupun diet yang ingin kurangkan karbohidrat.

Zucchini atau labu kecil ialah sejenis sayur daripada keluarga labu dalam spesies cucurbita pepo yang boleh mencapai hampir satu meter panjang dan jangan terkejut ia boleh menjadi sepanjang kayu pemukul bola lisut. dalam bahasa Melayu kita panggil Pokok Labu Mie

Khamis, 22 Mei 2014

How to prepare shake on the go

Salam Warahmah, Cara buat shake yang sangat simple untuk yang sibuk dan tiada masa tetapi mempunyai impian untuk Fit dan Kurus.


Egg white omelete with chili tuna

Salam Semua, hari ini saya ingin kongsi Menu Sihat untuk Makan Tengahari, Healthy Home cooked Lunch.


Jumaat, 22 November 2013

Homemade Grilled Chicken with Rocket Salad

Hari ini menu Grill Chicken dengan Sayur Rocket (Jerjer)

 
Salam Semua, Menu hari ini masak di rumah, Saya pilih seperti biasa Ayam bahagian dada, perap dengan lemon, bawang putih, lada hitam dan juga sedikit garam.Selepas itu bakar guna pemanggang ajaib sehingga masak.

Khamis, 31 Oktober 2013

Tandoori fish

Salam Warahmah, Menu hari ini Ikan Dory Masak Tandoori.Bersama Sayur Brokoli dan Kobis Unggu

 

Cara penyediaan, saya gunakan cili serbuk, yogurt, dan sedikit rempah kari, garam, lemon.Macam biasa bakar gunakan pemanggang ajaib atau kalau tidak ada boleh guna ketuhar atau pan biasa.

Beras saya guna herbaponni yang rendah glycemic index, bagus untuk kawal gula dalam darah.

Isnin, 28 Oktober 2013

Sabtu, 22 November 2008

Aiskrim Goreng


Heheheh... Sementara dalam Musim Cuti Sekolah nie.. saja nak buat adik adik kat umah happy... so terpikir nak buat aiskrim goreng.. memang makanan nie famous di Pantai Batu Buruk,Terengganu.

Tapi entahlah resepi nie sama ker tak.. sebab try pakai roti untuk salut luarnya...

Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812