Jumaat, 23 Mei 2014

Tidur Lewat punca gemuk

 
Hafiz (bukan nama sebenar)baru berusia enam tahun tetapi tabiat tidurnya seperti orang dewasa. Dia sering berjaga lewat malam hingga kadang kala mencecah pukul 1 pagi biarpun esoknya merupakan hari sekolah.
Arahan ibu bapanya agar tidur awal langsung tidak diendah, sebaliknya dia terus leka menghadap permainan video atau menonton televisyen. Sepanjang tempoh itu dia akan berulang-alik ke dapur mencari apa saja yang boleh dikunyah bagi mengisi perut yang lapar.

Tabiat tidur lewat malam Hafiz bukan sahaja akan memberi kesan pada rutinnya di sekolah keesokan hari, malah mengambil makanan pada lewat malam juga mendedahkannya pada risiko obesiti.
Menurut Pakar Perunding Kanak-kanak, Pusat Perubatan Kpj Damansara, Dr.Mohammad Iqbal Mohammad Sarwar, kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan waktu tidur yang mencukupi bagi membantu proses perkembangan mental dan fizikal berlaku dengan baik.
“Kanak-kanak yang tidur awal mempunyai kualiti tidur yang mencukupi. Tidur yang berkualiti akan membuatkan tubuh badan dan minda lebih cergas serta bertenaga pada siang hari.
“Di Barat, ibu bapa membiasakan anak mereka tidur pada awal waktu. Kebiasaannya pada pukul 7 atau 8 malam anak-anak akan disuruh masuk tidur. Menjelang waktu itu, mereka sudah tidak digalakkan bermain dan melakukan aktiviti lasak.
“Budaya ini berbeza dengan di Malaysia. Di sini, kanak-kanak tidak dibiasakan dengan rutin tidur awal. Kebanyakan mereka pada pukul 9 malam masih aktif bermain, menonton televisyen dan sebagainya," katanya.
Menurut Dr. Mohammad Iqbal, apabila kanak-kanak dibiarkan berjaga sehingga lewat malam tidak kira sama ada bermain mahupun menonton televisyen, kecenderungan perut mereka berasa lapar adalah lebih tinggi.
Perut yang lapar akan mendorong mereka mengambil makanan pada lewat malam yang akhirnya membawa kepada masalah seterusnya iaitu obesiti.


 




"Satu hidangan berat diambil pada lewat malam menyebabkan tubuh terpaksa bekerja keras untuk mencernakan makanan tersebut.
“Ini juga akan menyebabkan tubuh kepenatan kerana organ-organ pencernaan tidak mendapat rehat yang secukupnya apabila terpaksa bekerja sepanjang malam bagi mencernakan makanan yang diambil," katanya.
Dalam pada itu kata Dr. Mohammad Iqbal, kanak-kanak yang tidur awal juga menunjukkan kesan yang positif pada diri dan aktiviti seharian mereka.
Mereka yang mempunyai tidur cukup akan mudah bangun di awal pagi. Selain itu, mental dan fizikal turut cergas membuatkan mereka lebih konsisten dan fokus ketika di sekolah.
“Kanak-kanak ini juga mempunyai masa yang mencukupi untuk mengambil sarapan pagi. Kajian menunjukkan pengambilan sarapan pagi dapat membantu seseorang terutama kanak-kanak memberi tumpuan penuh ketika di sekolah dan membantu meningkatkan prestasi pembelajaran.
“Mengambil sarapan pagi sebenarnya membantu juga mengurangkan masalah berat badan berlebihan, kerana ia mengelakkan seseorang itu daripada mengambil makanan ringan atau snek sebelum tiba waktu makan tengah hari," katanya.

 

Menurut Dr. Mohammad Iqbal lagi, melihat situasi kanak-kanak yang gemar tidur lewat malam, bukan sahaja mengundang tabiat pemakanan lewat malam, malah keadaan itu turut menyumbang kepada peningkatan jumlah kanak-kanak obesiti.
“Kajian Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2006, menunjukkan 43 peratus rakyat Malaysia berada dalam kategori obes dan daripada jumlah tersebut 38 peratus adalah kanak-kanak.
“Kajian dari institut kesihatan awam pula menunjukkan 19.6 peratus kanak-kanak sekolah berusia dari 7 hingga 12 tahun mengalami masalah obesiti.
“Kajian juga menunjukkan kanak-kanak yang mengalami masalah berlebihan berat badan pada usia selepas tiga tahun, akan membesar menjadi orang dewasa yang obes.
“Jika mereka obes pada usia enam tahun, kemungkinan untuk menjadi obes pada usia dewasa adalah 15 peratus lebih tinggi. Bagi kanak-kanak yang obes ketika usia 12 tahun, kecenderungan menjadi obes apabila dewasa ialah 70 peratus," katanya.
Dr. Mohammad Iqbal menambah, pelbagai faktor lain mendorong kepada masalah obesiti di kalangan kanak-kanak, yang perlu mendapat perhatian serius terutamanya di kalangan penjaga mereka.
“Faktor genetik seperti sejarah keluarga yang mempunyai berat badan berlebihan mempengaruhi pertumbuhan kanak-kanak tersebut.
“Selain itu, persekitaran dan cara hidup yang kurang melakukan aktiviti sihat seperti kurang bersenam dan mengambil makanan yang tidak sihat seperti tinggi kandungan gula dan garam turut mempengaruhi kesihatan mereka.
“Sebaiknya, ibu bapa digalakkan mengurangkan kadar pengambilan jus buahan yang mudah dibeli di pasar raya. Kebanyakan jus tersebut mempunyai kandungan gula yang tinggi," katanya. - Siti Aishah Yusoff

Khamis, 22 Mei 2014

How to prepare shake on the go

Salam Warahmah, Cara buat shake yang sangat simple untuk yang sibuk dan tiada masa tetapi mempunyai impian untuk Fit dan Kurus.


Egg white omelete with chili tuna

Salam Semua, hari ini saya ingin kongsi Menu Sihat untuk Makan Tengahari, Healthy Home cooked Lunch.


Selasa, 20 Mei 2014

Online Shopping Tesco Malaysia

Salam Warahmah, hari ini saya ingin kongsi pengalaman pertama kali menggunakan online shopping tesco, sangat bagus untuk mereka yang sibuk bekerja, dan ia menjimatkan masa tenaga dan wang kita berbanding kita pergi sendiri ke supermarket membeli barang, pengalaman kami kalau beli barang sendiri memang sukar untuk buat budget, pergi balik minima perlu 2 jam juga tidak termasuk kalau berhenti makan dan pusing pusing bersama anak anak.

1. Lokasi Liputan Tesco 


Check dahulu lokasi anda termasuk dalam service tesco ini, seperti kami di Alam Impian sebelum ini tidak termasuk dalam list, setelah beberapa bulan baru ada.

http://www.tesco.com.my/eshop/html/Check-Service-Availability.aspx


Setakat ini mereka hantar ke Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru

2. Layari Laman Web Tesco Malaysia

eshop.tesco.com.my



3. Daftar Pengguna Baru



4. Pilih Barangan yang diperlukan


Staff Tesco yang datang hantar barang tadi beritahu jangan risau dengan kesegaran barangan yang ingin dibeli, mereka akan pilih yang terbaik untuk kita dan sekiranya kita tidak berpuas hati kita tidak perlu bayar mana mana barangan yang kita rasa tidak bagus.



5. Tempah Waktu Penghantaran


Harga penghantaran bergantung kepada Lokasi dan Masa yang kita inginkan boleh pilih mengikut kesesuaian  dan Bayar Menggunakan Kad Kredit semasa barang sampai di rumah kita

6. Lori Tesco Sampai Di Rumah Kita





7. Pembayaran 

Apabila Barang Sudah sampai kita boleh semak semula senarai order yang kita tempah dan boleh buat pembayaran secara kad kredit atau kad debit



 9. Promosi Pembelian Online

Tesco siap bagi pencuci pinggan percuma  untuk pelanggan yang menempah secara online, ia bergantung kepada promosi terkini tesco dan kami dapat Voucher diskaun ke Legoland


10. Hasilnya

 Saya boleh terus masak dan makan tengahari siap dalam masa 30 minit sahaja.Sekarang kami mengamalkan menu sihat sempena Healthy Active Lifestyle, dan saya ingin Fit Sebelum Raya
Menu Lunch hari ini Brown Rice bersama Grilled Chicken, Sun Dried Tomato, Kangkung dengan Tauhu, Alhamdulillah Kenyang


Khamis, 15 Mei 2014

Departure KLIA2 First Time

Salam warahmah, nak kongsi pengalamam first time klia2, perjalanan hari ini dari shah alam ke klia2, kami berangkat jam 5pagi dan sampai jam 5.40 pagi.Waktu seperti ini memang jalan lengang. 

Kepada yang first time ke KLIA2, terminal ini terletak di sebelah KLIA main terminal.Panduannya selepas tol klia, kita terus kehadapan tanpa melalui simpang ke LCCT.Jalan ini seperti ke KLIA, cuma apabila nampak stesen petronas di kiri dan kanan kita, itu tandanya kita dah dekat dengan 

Rabu, 7 Mei 2014

Buat passport baru di pkns shah alam


Salam Warahmah, Mesti ramai yang ingin membuat passport baharu terutama musim cuti sekolah dan perayaan.

Boleh Rujuk Link di bawah untuk butiran lengkap permohonan.

Pengalaman saya sekeluarga membuat passport di Shah Alam, kami datang awal untuk dapatkan no di kaunter.Biasanya memang akan ramai dan kita perlu menunggu lama.Kebetulan kami datang berempat dengan baby dan kanak kanak, kami dapat no yang lebih cepat sedikit.

Tips utama hanyalah senyum dan mohon kalau ada no lebih cepat.Kemudian rancang waktu kita ingin luangkan, adakalanya sehingga separuh hari kalau musim peak.Boleh tanya pada Pegawai bertugas lebih kurang berapa lama baru nama kita akan dipanggil, biasanya mereka akan estimate berapa jam kita ada sebelum nama dipanggil

Saya ingat lagi masa tersebut saya ada 3 jam sebelum nama dipanggil, jadi sempat turun bawah untuk Solat Zohor dan juga Makan Tengahari.PKNS bagus sebab ruangnya selesa dan banyak tempat untuk membeli belah.

Apabila nama kita dipanggil, kita akan ambil gambar di ruang yang disediakan, dan prosesnya lebih kurang 1 jam kita akan dapat passport kita.



Selasa, 6 Mei 2014

Diet Tanpa Lapar


DIET TANPA LAPAR?

Program Penurunan Berat Badan yang betul akan menyeimbangkan sistem tubuh badan TANPA membuat kita menjadi LAPAR dan PEMBUANGAN LEMAK berlaku dengan CEPAT 

Apa bezanya sekiranya kita BERDIET untuk TURUN BERAT BADAN?

Biasanya apabila kita mula BERDIET kita akan mula mengurangkan makanan harian, termasuk mengurangkan jumlah NUTRISI yang diperlukan untuk sistem badan.

Apa yang berlaku seterusnya ? Badan menerima nutrisi yang kurang dan kurang nutrien dan hasilnya mereka mula KEHILANGAN JISIM OTOT. Dalam erti kata lain kita memakan OTOT kita Sendiri!. Apabila kita berhenti berdiet, Kita kembali makan seperti sebelum ini TETAPI Kita mempunyai KURANG JISIM OTOT dan ini menyebabkan kita akan kembali ke tubuh badan asal sebelum diet atau yang paling teruk berat badan kita jadi berganda bertambah!
 


Mengapa Sistem Penurunan Berat Badan Herbalife berbeza?

Sistem Penurunan Berat Badan Herbalife adalah berbeza kerana ia benar-benar memberi keperluan badan kita dengan betul , jadi kita TIDAK LAPAR

Apa yang berlaku apabila anda tidak menyerap nutrien ? Pertama sekali, anda mula berasa seperti anda memerlukan lebih banyak makanan - peningkatan selera anda seperti juga keinginan anda . Ini adalah reaksi biologi yang mudah: badan anda tidak menyerap nutrien supaya otak anda berkata "Saya tidak mendapat nutrien yang mencukupi , saya mesti lapar" , jadi anda mengidamkan makanan dan anda makan lebih banyak - tetapi anda tidak pernah berpuas hati . Anda kemudiannya menjadi penat daripada kekurangan pemakanan. Apabila villi anda tidak sihat , badan anda difikirkan ia kelaparan dan kedai bukannya lemak terbakar.

Produk-produk Herbalife adalah Nutrisi Selular . Hanya memakan makanan yang baik dan menambah pemakanan tambahan tidak akan membuat apa-apa perbezaan kepada cara anda rasa jika badan anda tidak dapat sepenuhnya dihadam dan menyerap semua nutrisi yang anda makan.


Sebab sebenarnya kebanyakan orang menjadi berat badan berlebihan adalah disebabkan oleh “KEKURANGAN ZAT” pemakanan. 
Apabila anda tidak memberi makan badan dengan betul ia keinginan makanan yang banyak ia sebenarnya keperluan ; badan kita keinginan GULA dan LEMAK. Orang sering berputus asa diet atau " CHEATING" kerana mereka tidak tahan dengan rasa LAPAR . Ia menjadi terlalu SUSAH dan PERIT dan Kita akan BERHENTI dan GIVEUP!

Tidak kira bagaimana baik pemakanan anda , jika anda tidak menyerap nutrien – Ia seperti membazir!

Dalam usus kecil anda terdapat jejari-jejari seperti dipanggil villi atau villus . Adalah melalui villi ini penyerapan berlaku.

Saban tahun demi tahun , villi anda menjadi rosak dan pecah Perkara-perkara yang merosakkan villi anda termasuk:


Nutrisi Sellular Menggunakan ilmu yang diperolehi dari Kejayaan Dunia Botanikal, sepanjang 6000 tahun.Pemakanan makanan dari sumber Asli tanpa pengawetan, racun dan juga reaksi kimia yang membahayakan kita seperti yang terdapat di makanan generasi sekarang seperti makanan segera, makanan yang diproses dan makanan diawet.
 Pemakanan Herba dengan menggunakan teknologi moden yang terbaik untuk membantu badan kita membersihkan dan menyahtoksik supaya sel-sel - unit hidup paling kecil - boleh sebagai disuburkan sepenuhnya yang mungkin.
 Ini membolehkan sel-sel untuk berkembang, menambah pembaikan dan untuk melaksanakan fungsi mereka dengan kecekapan yang terbaik supaya kita RASA dan KELIHATAN lebih BAIK dan lebih mampu untuk MENCEGAH dan MELAWAN PENYAKIT. Apabila badan bermula untuk membersihkan dirinya daripada toksin dengan lebih cekap dapat menyerap nutrisi .

Sekiranya kita ingin mengekalkan berat badan kita supaya sentiasa IDEAL, kita perlu pastikan kita memberikan terbaik kepada Fungsi Sel kita supaya badan kita boleh membina semula VILLI yang lebih SIHAT seperti kita berada di zaman muda / kanak kanak dahulu

Mencari Solusi diet tanpa berlapar? Klik disini 

Isnin, 5 Mei 2014

Bahaya Bersenam

Alhamdulillah Saya amat bersyukur hari ini, genap 6 tahun saya bertemu kaedah dan Konsep Gaya Hidup Sihat.Kisahnya saya memang mencari solusi untuk turun berat badan saya sejak sekolah menengah lagi

 

Sebelum ini saya merupakan Aktif Sukan Taekwondo, Sehingga jadi Kapten Sekolah.Apabila kita aktif bersukan, metabolisme kita akan tinggi dan senang hadam makanan.Masalah bagi atlet atau ahli sukan adalah semasa bersukan badan kita memerlukan kalori yang secukupnya bagi mengekalkan jisim otot yang telah burn semasa senaman dilakukan.

Ahad, 4 Mei 2014

Parking di KLIA2

Salam Warahmah, KLIA2 baru dibuka dan bakal dikunjungi 30 juta penumpang setiap tahun.Kebetulan kami ingin ke Singapura pada 15 Mei ini, kami survey harga parking sama ada ingin membawa kereta atau menaiki teksi

Daripada Website KLIA, ada diletakkan kadar parking

Terbaru =


Boleh rujuk website =
http://gatewayklia2.com.my/services.aspx?cat=4&cid=11


Alhamdulillah kami berjaya park kereta kami di KLIA2, kami sampai terus ke Block B, masa park kereta memang banyak space kosong, dan sangat mudah untuk yang berkeluarga seperti kami, ada troli disediakan dan terus boleh masuk ke Lift

Parking area ini satu bangunan dengan Gateway KLIA2, Shopping Center yang buka 24 jam untuk kemudahan pelancong dan juga rakyat tempatan yang ingin membuat last minute shopping, siap ada Jaya Grocers, jadi boleh membeli barang dapur di airport



Kami ke Singapura selama 4 hari, apabila sampai kadar bayaran untuk selama tempoh ini RM 184, dikira RM 46 sehari dan baginya mengikut kadar jam.Ia amat berbaloi untuk perjalanan kami dibandingkan menggunakan airport limo (kadar midnight surcharge dikenakan)

Kepada Pembaca blog saya, didoakan semoga perjalanan anda selamat pergi dan selamat pulang ke destinasi dan semoga sihat ceria dan gembira sentiasa

Update 20 April 2015

 Kami baru pergi ke KLIA untuk menghantar Bibik balik Bercuti, kali pertama datang selepas pelaksanaan GST.

 Apabila Sampai Kawasan Parking kami terus ke Tingkat CP4, kalau ada kosong tempat parking memang senang satu level dengan Gateway Mall KLIA2

 Pembayaran boleh dibuat menggunakan Touch & Go (mesti touch masa masuk) atau secara Tunai di Stesen CP1, CP4 atau CP7

 Kadar terkini saya tidak pasti ada GST atau tidak dalam Kadar ini

 Jumlah Pembayaran untuk hari ini RM 12 termasuk GST RM 0.68.Park selama dua jam lima puluh minit, waktu masuk 4.59 pagi keluar 7.49 pagi
 


Hubungi saya untuk Program Pengurusan Berat Badan, Get Fit Challenge, Sarapan Sihat dan Rendah GI
Dr Kamarul 0162090812 
Herbalife Independent Member

Jumaat, 2 Mei 2014

Anniversary Retreat di Pullman Bangsar

Income applicable to the individuals (or examples) depicted and not average.







Salam Warahmah.. Hari Ini Saya ingin kongsi pengalaman kami sekeluarga meraikan Ulang Tahun Perkahwinan Kami ke 3 dan Ulang Tahun Isteri Tercinta di Pullman Bangsar.Alhamdulillah suka duka selama ini kita bersama satu keluarga

Khamis, 1 Mei 2014

Fit Challenge Shah Alam; 4 week challenge, Sit up; Push up; 1.8KM Run

Jom Sertai Fit Challenge Shah Alam, Kini kita boleh bersama sama fokus untuk tingkatkan stamina sihat dan Fit!

Boleh Call atau Wassap Dr Kamarul 0162090812 untuk penerangan lanjut


Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812