"Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia dan amal-amal salih yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan."
Ketika itu hati ini amat sayu, Allah sudah memberikan petunjuk bahawa mak tidak lama lagi..
Arwah mak seorang yang amat penyayang, sangat berusaha, peniaga yang amat gigih , sentiasa beribadah untuk memperbaiki diriNYA.
Kami amat mewah ketika arwah ada… setiap tahun kami akan menunaikan umrah satu keluarga… semasa orang lain gawat 1990-1998 kami amat selesa dan amat gembira… hari ini apabila saya lihat semula kejayaan arwah ibu mendidik kami saya akur dan sedar bahawa masih panjang lagi pengorbanan dan usaha yang kita perlu lakukan.
Bayangkan seorang ibu yang SPM pangkat 3, tidak pandai berbahasa inggeris tetapi mampu membesarkan kami sekeluarga, membantu abah yang juga telah bekorban sama sama membina asas kehidupan kami.Saya akan kongsi juga rahsia kejayaan mak dalam entri akan datang
Apa saya lakukan sekarang bagi membalas jasa mak? Masih banyak lagi perlu lakukan
Fenomena sekarang, ramai yang ada kemampuan tetapi masih jahil mengenai pemakanan dan menderita sakit disebabkan gaya hidup
Sekarang saya bersama isteri tercinta melakukan misi nutrisi, mengubah tabiat dan gaya hidup masyarakat.. saya hanya melatih mereka yang benar benar serius dan sedia berubah.
Semoga usaha ini dipermudahkan dan Semoga Allah sentiasa memberikan kami kekuatan..