Memaparkan catatan dengan label Pemakanan Sihat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pemakanan Sihat. Papar semua catatan

Khamis, 26 Mac 2015

Homemade Soy Hummus

Salam Warahmah, Alhamdulillah hari ini saya ingin kongsi resepi Hummus variasi berikutnya, biasanya kita makan kacang kuda, hari ini saya dan isteri masak menggunakan kacang soya pula.
Jom tengok langkah ini, ada video sekali ya.


Rabu, 18 Mac 2015

Homemade Baked Spaghetti With Chicken Lentils

 

Salam Warahmah, hari ini saya ingin kongsikan menu seterusnya.Saya dan Isteri tercinta memang suka masak makanan yang simple dan cepat disediakan, pakai oven atau pemanggang ajaib pun boleh.Ramai yang tanya butiran lengkap resepi kami, maaf ya saya jenis agak agak jer sukatannya hehehe tak reti nak tulis berapa gm setiap bahan.Insya Allah ilmu ini saya nak belajar lagi.

Selasa, 17 Mac 2015

Homemade Hummus Kacang Kuda

Salam Warahmah Semua, Hari ini saya ingin kongsikan Snek Sihat yang saya suka makan sebagai pengganti minum petang kebiasaan kita.Makanan ini berasal dari Timur Tengah dan saya masa belajar dahulu memang suka makan, mereka ambil untuk Sarapan pagi dan juga sebagai Pembuka Selera (Mezze)


Jumaat, 20 Februari 2015

Portion Makanan Anda - Ahli Bebas Herbalife 0162090812







Tips mudah untuk kita dapatkan saiz makanan yang sesuai semasa makan tengahari kita.
PROTEIN
Pertama kita pastikan Protein yang kita ambil sebesar tapak tangan kita, biasanya kalau kita beli nasi ayam kadang kala saiz ayamnya kecil sangat dan termasuk kulit dan minyak lagi.Jadi saya biasa buang kulit dan ambil 2 ketul, untuk portion protien yang diperlukan.
 
KARBOHIDRAT
 Sumber karbohidrat adalah seperti nasi (nasi perang paling baik) kentang, pasta, mee, bihun pastikan satu genggam atau kurang sikit dari satu genggam kita, kalau kita badan besar dan penumbuk kita besar maknanya kita boleh makan lebihlah heheh.

SERAT
 Sayur walaupun termasuk dalam karbohidrat tetapi ia tinggi serat, boleh letakkan banyak banyak penuhkan pingggan, paling bagus sayur ini warna warni, kalau anda beli di kedai pesan sayur campur kurang minyak dan kurang garam.Buah Buahan juga boleh digunakan untuk meningkatkan tahap fibre dalam makanan kita



Selamat Menjamu Selera, boleh nak makan cuma makan ikut keperluan badan kita, kunyah slow slow dan enjoy!

Hubungi saya untuk Program Pengurusan Berat Badan, Sarapan Sihat dan Rendah GI
Dr Kamarul 0162090812 
Herbalife Independent Member

Selasa, 27 Januari 2015

Solusi Turun Berat Badan 2015

 

Ramai yang mencari SOLUSI Turun Berat Badan pada awal 2015, kaedah paling bagus dan selamat adalah dengan mengetahui kadar metabolisma kita, contohnya BMR kita 1500-2000 sehari

Kalau ingin turun berat badan kita boleh kurangkan 300-500 kalori setiap hari, tambah dengan 30 minit senaman sehari, yang paling penting setiap coach akan memantau progress anda, kalau ada yang tinggal di Shah Alam, kami ada 24 Fit Challenge setiap bulan untuk membantu dapatkan hasil terbaik.

Hubungi saya untuk Program Pengurusan Berat Badan, Sarapan Sihat dan Rendah GI
Dr Kamarul 0162090812 
Herbalife Independent Member

Selasa, 4 November 2014

Protein Komponen Penting

Salam Warahmah, semoga hari ini lebih sihat ceria dan gembira, kita sudah hampir ke penghujung tahun ini, jadi bagi kita yang ada matlamat untuk sihat dan langsing sebelum 2015 bolehlah mulakan tabiat gaya hidup sihat.

Hari ini saya ingin berkongsi mengenai protein, saya merujuk kepada panduan daripada Dr David Heber, M.D., Ph.D




Kita Lihat ramai yang mempromosikan diet baru yang mementingkan kuasa protein.Ia amat penting termasuklah bagi kita yang ingin menurunkan berat badan, mengekalkannya dan menambah berat.Kepentingan protein melangkaui paras rupa fizikal dan pembinaan otot

Keperluan Bagi Semua

Protein ialah komponen yang penting bagi setiap sel dalam badan.Ia adalah sebatian organik, yang terdiri daripada 22 asid amino, juga dikenali sebagai blok pembina hayat.Protein disimpan dalam otot dan organ, dan badan menggunakannya untuk membina dan memperbaiki tidu, juga untuk pengeluaran enzim dan hormon.Protein juga membolehkan darah membawa oksigen ke seluruh badan.Bersama sama lemak dan karbohidrat, protgein ialah "nutrien makro" bermakna badan memerlukan sejumpah yang agak besar.Institut Perubatan di Akademi Sains Kebangsaan USA membuat kesimpulan bahawa keperluan protein harian kita sepatutnya 10 peratus hingga 35 peratus daripada keseluruhan pengambilan kalori kita, dengan orang lelaki memerlukan lebih banyak sedikit berbanding wanita (Suka saya dapat bahagian protein lebih).Kekurangan protein boleh menyebabkan kehilangan jisim otot, keimunan yang berkurang, juga menjadikan jantung dan sistem respirator lemah.

Bagaimana Protein Memberi Kesan kepada Berat Badan Anda

Populariti meluas diet berprotein tinggi adalah sebahagian besar kerana kebolehannya mengurus rasa lapar.Apabila Protein diserap, ia menghantar signal kepada Otak untuk mengurangkan rasa lapar anda.Lagi satu kelebihan protein ialah meningkatkan Metabolisme dengan mengekalkan jisim otot.Semakin kita menjadi tua, jisim otot semakin berkugan tanpa senaman, jadi kekal sihat ialah kunci kepada membakar lemak dengan mengekalkan metabolisme tinggi.Protein jjuga membawa kepada pengurangan peningkatan pantan naik dan turun gula darah dan insulin, jadi anda mengelakkan "tinggi dan rendah gula" selepas makan gula-gula tanpa protien yang mencukupi.Makanan tertentu, bagaimanapun, menyediakan sumber protein yang lebih sihat berbanding yang lain.

Mempertimbangkan Punca

Anda boleh mendapat sumber protein yang menyihatkan tanpa kadar tinggi lemak tepu.Contohnya kacang soya, kacang dan bijian sempurna menyediakan protein tanpa banyak lemak tepu dan menawarkan banyak serat dan nutrien mikri yang menyihatkan juga.Jika anda sedang mencari lagi satu cara hebat untuk mendapatkan protein menyihatkan sumber protein sayur-saruran yang ditemui dalam Shake Formula 1 Herbalife, berkualiti tinggi dan mempunyai kadar kalori yang lebih rendah tanpa lemak tambahan langsung.Produk herbalife mengatur secara peribadi pengambilan protein harian anda untuk dipadankan dengan keperluan harian tubuh badan anda.Dengan pelbagai shake dan snek program pengurusan berat badan Herbalif membantu anda membina dan mengekalkan otot tanpa lemak sambil menyediakan sokongan pengurusan berar badan yang menyihatkan.

Anda kita telah menambah pengetahuan anda mengenai protein, oleh itu anda secara efektif boleh mempertingkatkan diet anda dan membolehkan pembentukan kesihatan yang baik

Beriku adalah senarai makanan dan kandungan proteinnya dalam gram.

Produk Tenusu

• Putih Telur: 7 putih = 25 gram
• Keju Cottage (Tanpa lemak): 1 cawan = 28 gram
• Keju Mozzarella (Tanpa Lemak): sebatang = 8 gram
• Yogurt (Tanpa Lemak, sugar-free): 165g = 5 gram
• Yogurt (Tanpa Lemak, plain): 1 cawan = 14 gram
• Susu (Tanpa Lemak): 1 cawan = 10 gram

Daging

• Daging Lembu (tanpa lemak): 85g (berat selepas masak) = 25 gram
• Dada Ayam: 85g (selepas masak) = 25 gram
• Dada Ayam Belanda:85g (selepas masak) = 25 gram

Ikan

• Ikan Laut: 113g (berat selepas dimasak) = 25 - 31 gram
• Udang, ketam, lobster: 113g (berat selepas dimasak) = 22-24 gram
• Ikan Tuna: 113g (dalam air) = 27 gram
• Scallops 113g (selepas dimasak) = 25 gram

Kacang, Dhal, Bijirin

• Kacang (hitam, pinto, dll.): ½ cawan (dimasak) = 7 gram
• Kacang Dhal: ½ cawan (dimasak) = 9 gram
• Kuinoa: ½ cawan (dimasak) = 6 gram
• Tauhu: ¼ blok = 7 gram
• Burger Sayur: one burger = 5 -20 gram
Note: Sesetengah bijirin sarapan yang sedia dimakan ada punca protein 10gm setiap hidangan

Makanan HERBALIFE 

• Formula 1 shake dengan 500ml (susu tanpa lemak): satu hidangan = 18 gram
• Formula 3 Whey Protein satu sudu = 5 gram
• Protein Bar: Satu bar 36g = 12 gram



Menu Makan tengahari semalam, home made kacang dhal bersama tauhu dan brokoli dimakan dengan lempeng whole wheat

Ahad, 16 Februari 2014

Kurus Tetapi Perut Buncit?



Elak perut boroi MANA ada lelaki yang tidak mendambakan perut rata ataupun tubuh sasa seperti yang dimiliki bintang-bintang filem ataupun ahli sukan antarabangsa?. Antara nama-nama yang cukup popular dengan memiliki susuk tubuh sasa ialah Van Diesel, Robert Downey JR dan Cristiano Ronaldo. Taktik menahan nafas atau cuba menegapkan badan bukan lagi tip terbaik kerana ia hanya bersifat sementara. Oleh itu, bagi remaja lelaki di luar sana, mari ikuti dan mulakan petua ini.

Pelbagai senaman




Tubuh kamu akan terbiasa dengan senaman sama yang dibuat berulang kali. Untuk meningkatkan kadar stamina, kamu perlu mempelbagaikan jenis senaman seperti latihan kardiovaskular dan menguatkan otot abdomen meliputi aspek berlari dan ‘push up’, menaiki tangga dan berjalan kaki sama ada di pejabat ataupun rumah.

Perhati nutrisi

Membaca terlebih dahulu label pada makanan yang hendak dibeli adalah penting. Jauhi membeli makanan yang mempunyai lemak tran dan kandungan gula yang tinggi, sebaliknya nikmati makanan yang memiliki serat tinggi serta segar termasuk buah dan sayur, sekurang-kurangnya 3gram (gm) di dalam diet anda.

Pilih kawan

Malaysia terkenal dengan sajian makanan yang mampu menggugat selera kamu kerana keenakannya. Maka, kamu perlu mencari kawan yang mempunyai cita-cita sama kerana ia akan memberi motivasi tambahan, selain bersemangat untuk bersaing secara sihat.

Reka sajian


Memasak sendiri pastinya lebih berkhasiat dan sihat. Kamu digalakkan memasak dengan cara gril, bakar atau kukus berbanding kaedah menggoreng. Masak dengan menggunakan minyak zaitun atau jagung yang lebih berkhasiat berbanding minyak kelapa sawit jika memiliki bajet lebih. Gantikan snek harian daripada kuih muih dengan menguyah lobak merah atau batang seleri. Jika berasa loya, hidangkannya bersama roti atau yogurt!.

  - DHIYA‘ZULHILMI DAUD  Utusan Malaysia

Rabu, 29 Mei 2013

Panduan Makan Paling Mantap di Dunia

Anda lapar dan ingin makan? saya ingin kongsi kaedah yang saya baru belajar semalam.

Jenis Makanan Makanan yang ada di Malaysia.Anda Makan apa setiap hari? Tahukah kita apa yang kita makan setiap hari.

Kita banyak mengambil makanan tinggi Perasa, Pengawet dan Pewarna, Kalori Sangat Tinggi, Lemak dan Garam pun Sangat tinggi.Sedap di Mata dan Mulut, tetapi sebenarnya Racun kepada Tubuh badan kita,sekiranya kita mengamalkan pemakanan ini setiap hari.
Akhirnya kita menjadi PENAGIH PEMAKANAN.Saya sebelum herbalife sama seperti kawan kawan yang lain, yang penting nafsu kenyang dan kita sudah lupa kepada asas kenapa kita perlu makan, Hidup untuk makan atau makan untuk hidup?


Cara Makan Sihat


Panduan Mudah ini, kita amalkan untuk setiap menu makanan kita,

1) Karbohidrat
genggamkan tangan anda, itu adalah porsi terbaik untuk Karbohidrat,iaitu Nasi, Mee, Roti, Mihun, Kuih Muih dan apa apa setaraf dengannya.

2) Protein
Sebesar telapak tangan kita, jumlah paling sesuai untuk protien setiap hari, bagus ambil Ikan, Ayam bahagian dada, biasanya sekiranya ada di kedai saiznya sangat kecil, boleh ambil 2 ketul setiap hidangan supaya cukup kadar yang disyorkan

3) Sayur dan Serat
Separuh pinggan adalah sayur yang diperlukan, jadi sekiranya anda di Buffet Line, ambil sayur dahulu sebelum ambil nasi

Cakap mengenai sayur, pastikan ia banyak warna, 7 warna kalau boleh sebab setiap warna ada vitamin khas mewakili zat yang diperlukan, kalau tidak cukup warna, minum shake formula 1 herbalife untuk dapatkan zat seimbang.

 Terima Kasih kepada Super Coach Eugene yang datang berkongsi di Wellness Center Seksyen 7 Kami semalam, Sangat teruja dengan hasil nutrisi yang sangat luar biasa.Sangat Manfaat kepada mereka yang SERIUS BERUBAH jadi SIHAT dan CERIA


Hubungi saya untuk Program Pengurusan Berat Badan, Get Fit Challenge, Sarapan Sihat dan Rendah GI
Dr Kamarul 0162090812 
Herbalife Independent Member

Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812