Khamis, 11 Disember 2014

Saya Gemuk boleh ker Bersenam?

Salam Warahmah, semoga sihat ceria dan gembira hari ini.

Kalau anda seorang yang gemuk atau obes, mesti banyak persoalan yang timbul mengenai senaman ini.

Boleh Ker saya bersenam? Tidak bahaya ker?

Jawapannya BOLEH, dan AMAT DIGALAKKAN, yang penting mesti tahu kaedah terbaik untuk bersenam.Kalau sakit lutut atau banyak cabaran kesihatan, kita perlu pastikan jenis senaman yang sesuai dahulu.Tanya Doktor yang merawat anda sebelum memulakan senaman yang aktif.

Saya ingin kongsi apa yang saya lakukan dan boleh juga ditambah dengan tips yang bermanfaat.PALING PENTING fokus kepada hasil diri sendiri, jangan banding dengan orang lain kerana hasil tidak sama berdasarkan usaha dan juga sejauh mana kita boleh adaptasi.

1) Berjalan Kaki



Khamis, 4 Disember 2014

Enam Tabiat yang akan merosakkan Diet Sihat Anda

 Penurunan Berat Badan,  Pemakanan Sihat, Gaya Hidup lebih Aktif, Berusaha ke arah bentuk badan yang lebih baik. Apa jua matlamat anda, pasti ada tabiat yang perlu diperbaiki walaupun kita sudah berimpian besar untuk berjaya.

Kejayaan bukan sahaja mencapai impian tetapi mengekalkannya selama lamanya.Saya ingin kongsi dibawah kebiasaan tabiat pemakana yang perlu dititikberatkan.







1.  Boleh Turun Berat Badan Tanpa Senaman



Syarat untuk menjadi Sihat, Langsing dan Kekalkan bentuk badan ideal memerlukan aktiviti Senaman Sentiasa, Faedahnya anda dapat mencapai bentuk badan yang di impikan dengan tonning otot, membantu meningkatkan metabolisma, membantu  meningkatkan tahap fitness dan ketahanan, bonusnya ia bagus untuk minda!
 

2. Minuman Tinggi Kalori

 

 Elakkan minuman bergas memang kaedah terbaik, tetapi jangan pula kita gantikan air tersebut dengan terlalu banyak jus buah buahan.Sebagai panduan, jumlah kalori dalam jus adalah sama dengan kalori air bergas.Pastikan lihat label dahulu kerana kebanyakan jus di pasaran ditambah juga gula dan ia meningkatkan jumlah kalori,dan tiada zat serat.Paling terbaik kita makan buah buahan yang asli, daripada minum jus kotak
 

3. Semua Lemak Jahat

 

Sebenarnya lemak tidak tepu adalah lemak yang baik, terutamanya omega 3, dan omega 6, yang biasanya terdapat pada setengah jenis ikan seperti Salmon, Kekacang dan Bijirin.Lemak juga penting untuk kesihatan kita tetapi kita perlu awasi lemak tepu dan lemak trans.

4. Diet Sihat adalah gaya hidup dan bukan hanya sementara


 

Kita boleh raikan kejayaan kita capai impian dan berat ideal, namun ia bukan sebab untuk kita berhenti untuk makan dengan cara yang sihat.Jangan terperangkap dengan tabiat buruk sebelum ini, ramai yang gagal mengekalkan tahap kesihatan disebabkan perkara ini.Kita boleh makan tetapi perlu dengan kuantiti dan kualiti yang sesuai.
 

5. Sering mengunyah sehingga tidak tahu bila ingin berhenti makan


 

Boleh untuk ambil makanan sedikit dan kerap sepanjang hari , tetapi perlu pastikan ia seimbang dan jangan lupa apa yang kita telah makan.Ramai yang makan sambil bekerja bercakap sampai terlupa bahawa sebenarnya sudah kenyang dan sudah tidak perlu lagi.Ia adalah tabiat yang perlu dijaga, sedikit demi sedikit kalori bertambah akan menjadi tinggi, contohnya mengambil bertih jagung pop corn ketika menonton wayang, kunyangan demi kunyahan sehingga 1000 kalori boleh dihabiskan!
 

6. Hilang Semangat dan Motivasi



 

Motivasi adalah faktor penting bagi kita konsisten untuk mengikut pelan pemakanan dan pelan senaman.Minta bantuan ahli keluarga dan rakan rakan untuk sentiasa membantu dan mengingati kita.Ini amat penting terutamanya semasa dalam proses Plateau, berat tidak turun, inci pun tidak turun.Boleh sediakan nota ringkas, kata kata semangat yang ditampal di semua ruangan di rumah, tempat kerja, kereta , dapur supaya sentiasa kita ingat perjalan ini dan impian kita.
 


Perlu diingatkan, sangat mudah untuk kita lalai dan kembali mengamalkan tabiat buruk, paling penting dapatkan ahli keluarga, rakan rakan yang positif dan jurulatih untuk sentiasa mengingatkan kita dan memberi semangat untuk berjaya!


Hubungi saya untuk Program Pengurusan Berat Badan, Sarapan Sihat dan Rendah GI
Dr Kamarul 0162090812 
Herbalife Independent Member
Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812