Sabtu, 18 Ogos 2012

Malam 29 Ramadan

Alhamdulillah Syukur dirahmati dengan Bulan Ramadan tahun ini, first time dengan kehadiran baby riduan dalam kehidupan kami.Selama sebulan hampir setiap malam kami beriftar di Kelab nutrisi, dapat peluang memberi inspirasi kepada rakan rakan yang hadir.Ramai yang mencari peluang untuk lebih sihat pada tahun ini, lebih ceria dan lebih cergas untuk beribadah.Sangat sayu untuk meninggalkan kemeriahan bulan ramadan ini, teringat hari pertama kami dirikan solat taraweh di dalam kelab, lagi banyak kita rapatkan diri kepadaNYA lagi banyak rahmat akan dilimpahkan kepada kita.




Ujian dan cabaran adalah perkara biasa kepada kita sebagai manusia, untuk sesuatu berubah kita perlu banyak bersabar dan istiqamah dalam aktiviti seharian kita.

Hari ini saya berpeluang berjumpa dengan tuan haji allen, seronok dapat inspirasi betapa gembiranya kita melihat seorang yang tinggi pendapatan tetapi sangat humble dan rendah diri.Beliau baru balik dari pasar di kuala lumpur dan melihat suasana persiapan hari raya tahun ini.Kita sekiranya ingin berjaya, perlu ada coach dan mentor bagi membantu kita fokus kepada impian dan hajat kita.

Kalau tahun lalu di malam 29 ramadan ini saya dan isteri berada di tanah suci makkah.. malam khatam al Quran..



sangat sayu mengenangkan ketenangan jiwa apabila berada dikalangan Tetamu tetamu Allah.Saya ingin membawa seluruh ahli keluarga terutama Abah, Cek di Klang dan Abah Mak di Perak menunai kan umrah tahun hadapan.. itu harapan dari seorang anak yang inginkan kebahagiaan dan restu dari keluarga.

Apa pun selagi masih ada peluang, kita teruskan munajat dan doa kita pada malam ini.. mana tahu malam ini adalah malam lailatul qadar.. malam yang lebih baik dari seribu satu malam.. Ya Allah permudahkan hidup kami sebagai khalifah didunia ini.. berikan kami kekuatan meneruskan misi kami membantu ramai insan jadi lebih sihat , ceria dan ubah gaya hidup mereka.

Semoga apa yang kita hajat sama sama akan kita dapat pada tahun ini.Mintalah kepada Allah yang Maha Mengasihani HambaNYA yang sentiasa Beriman dan sentiasa Beramal kepadaNYA

Jumaat, 3 Ogos 2012

Penting untuk anak

Salam Warahmah... rasa amat bersyukur dapat dikurniakan baby riduan dalam kehidupan kami ini, daripada hari lahir beliau, saya dapat peluang untuk azan dan memegang anak pertama kami ini.Setiap hari bersama beliau dapat melihat perkembangan milestone yang amat menarik.Ingat masa mula nak diberi susu ibu, ummi bekerja keras nak pastikan riduan pandai menyusu..kalau orang yang tidak sabar dah terus give up dan startlah ambil susu formula.

Rutin Seorang Bapa


Majoriti kawan kawan saya atau rakan seusia saya dalam lingkungan 30an-40an selalunya si Ayah@Bapa akan sibuk mencari rezeki dari pagi sampai malam..lepas subuh sudah gerak ke tempat kerja.. balik petang atau kalau ada urusan kena stayback di pejabat.. sampai rumah dah malam.. hanya boleh spend sedikit masa untuk anak.. perkara ini sudah menjadi rutin biasa rakyat malaysia.Kata nak tumpu cari rezeki supaya bila dah stabil nanti bolehlah beri masa kepada keluarga.. betul ker? Hakikatnya kita makin berumur.. kerja di tempat kerja makin banyak.. setiap minggu akan jadi lebih sibuk.. cuti makin susah nak dapat..kalau ada pun time raya atau cuti peristiwa sahaja.. Apabila kita sudah ada kewangan.. anak anak kita sudah besar.. kalau bonding kita bagus syukurlah..ramai juga yang tidak ada ukhwuah kekeluargaan disebabkan jarang bersama sejak kecil lagi..

Kalau dah puas hati dengan cara sekarang no problem.. saya nak kongsi pengalaman saya sekeluarga mana tahu ia dapat memberikan inspirasi dan jalan keluar kepada situasi anda sekarang.. inginkan lebih keceriaan? inginkan lebih kewangan? inginkan lebih masa untuk kelurga yang disayangi?


Bayangkan dengan baru 4 bulan riduan sudah mengembara ke Kota Kinabalu, Singapura, Jepun, dan ikut kami ke bandar bandar di Semenanjung Malaysia = Shah Alam,Ipoh,Melaka,Kuantan, Segamat,Batu Pahat, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kuala Lumpur, Seremban,Kuala Pilah, Seri Menanti.. check in check out hotel.. dan selain itu majoriti di rumah dan kelab nutrisi kami.Kalaulah saya masih jadi doktor perubatan dan isteri masih jurutera.. segalanya amat berbeza.. kerja dan rutin kami menyebabkan anak akan dijaga oleh pengasuh setiap hari..mana ada peluang nak bawa anak ketempat kerja.. heheheh.. contohnya takkan saya nak bawa riduan ikut masa wardwork atau masa menjalani pembedahan.. atau isteri saya pergi kerteh bawa riduan duduk di atas pelantar minyak.. hehe.. sebab itu kami pilih untuk bekerja sendiri.. bekerja dari rumah.. kerja yer bukan tido kat umah.banyak masa dalam rumah.. ada office kami sendiri.. dan kalau ada temujanji dan sesi kelab nutrisi baru kami akan keluar.. itu pun 2-4 jam sahaja setiap hari.


Para parents yang sekarang Fulltime jadi Bos Sendiri, Bekerja dari Rumah



Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812