Sabtu, 18 Ogos 2012

Malam 29 Ramadan

Alhamdulillah Syukur dirahmati dengan Bulan Ramadan tahun ini, first time dengan kehadiran baby riduan dalam kehidupan kami.Selama sebulan hampir setiap malam kami beriftar di Kelab nutrisi, dapat peluang memberi inspirasi kepada rakan rakan yang hadir.Ramai yang mencari peluang untuk lebih sihat pada tahun ini, lebih ceria dan lebih cergas untuk beribadah.Sangat sayu untuk meninggalkan kemeriahan bulan ramadan ini, teringat hari pertama kami dirikan solat taraweh di dalam kelab, lagi banyak kita rapatkan diri kepadaNYA lagi banyak rahmat akan dilimpahkan kepada kita.




Ujian dan cabaran adalah perkara biasa kepada kita sebagai manusia, untuk sesuatu berubah kita perlu banyak bersabar dan istiqamah dalam aktiviti seharian kita.

Hari ini saya berpeluang berjumpa dengan tuan haji allen, seronok dapat inspirasi betapa gembiranya kita melihat seorang yang tinggi pendapatan tetapi sangat humble dan rendah diri.Beliau baru balik dari pasar di kuala lumpur dan melihat suasana persiapan hari raya tahun ini.Kita sekiranya ingin berjaya, perlu ada coach dan mentor bagi membantu kita fokus kepada impian dan hajat kita.

Kalau tahun lalu di malam 29 ramadan ini saya dan isteri berada di tanah suci makkah.. malam khatam al Quran..



sangat sayu mengenangkan ketenangan jiwa apabila berada dikalangan Tetamu tetamu Allah.Saya ingin membawa seluruh ahli keluarga terutama Abah, Cek di Klang dan Abah Mak di Perak menunai kan umrah tahun hadapan.. itu harapan dari seorang anak yang inginkan kebahagiaan dan restu dari keluarga.

Apa pun selagi masih ada peluang, kita teruskan munajat dan doa kita pada malam ini.. mana tahu malam ini adalah malam lailatul qadar.. malam yang lebih baik dari seribu satu malam.. Ya Allah permudahkan hidup kami sebagai khalifah didunia ini.. berikan kami kekuatan meneruskan misi kami membantu ramai insan jadi lebih sihat , ceria dan ubah gaya hidup mereka.

Semoga apa yang kita hajat sama sama akan kita dapat pada tahun ini.Mintalah kepada Allah yang Maha Mengasihani HambaNYA yang sentiasa Beriman dan sentiasa Beramal kepadaNYA

Tiada ulasan:

Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812