Sabtu, 29 September 2012
Raya Part 1
Salam Warahmah...
Tadi baru balik dari Rumah di Klang.. teringat pula kenangan masa dahulu, sebagai anak pertama pasangan luar biasa Haji Kassim dan Allahyarham Hajjah Mastura.
Rasa sungguh bersyukur dapat meneruskan kehidupan harian dengan penuh bermakna setiap hari.
Masa naik ke tingkat atas, sempat lihat gambar ini.. hehe nak bandingkan dengan gambar baby riduan yang comel seperti walidnya juga hehehe.Tatkala kita gembira ini, rasa sungguh insaf kerana ada juga rakan taulan dan sahabat handai yang sampai sekarang belum mendapat rezeki menimang cahaya mata pertama mereka.Semoga Allah meringankan dan mempermudahkan cabaran mereka.
Raya tahun ini memang penuh bersejarah, Kami kembali ke Serkam Melaka selepas hampir 15 tahun tidak beraya di sana.Seronok apabila melihat suasana kampung dan budaya mereka.Hari raya pertama disajikan dengan Ketupat daun nipah penuh lemak bersantan, hehehe sebab tue ramai yang gain weight lepas raya ni.
Hari Raya kedua balik ke Shah Alam, kemudian meneruskan perjalanan ke Perak.Raya ketiga dapat peluang ke Taiping, dan dapat melihat keindahan ciptaan Allah, Pokok yang daunnya mencecah tasik.Dapat juga kami ziarah MRSM taiping tempat Isteri belajar di bangku sekolah dahulu.
Walaupun dalam musim perayaan, misi kami membantu masyarakat menjadi sihat tidak pernah berhenti.Kami berjaya membantu pak uncu dan keluarga untuk memulakan misi menjadi sihat dan hasilnya sangat menggembirakan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812
Tiada ulasan:
Catat Ulasan