Memaparkan catatan dengan label Rehlah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rehlah. Papar semua catatan

Sabtu, 4 April 2015

Dim Sum Halal Islamic Canteen, Masjid Ammar Hong Kong

Salam Warahmah, Hari ini saya ingin kongsikan pengalaman kedua bercuti ke Hongkong, kali pertama pada 2008, dan kali kedua adalah pada 2014.

Entri ini mengenai Kunjungan kami ke Masjid Ammar, kami memang teringin merasai Dim Sum yang Halal dan waktu yang kami pergi adalah tengahari, memang paling best sebab kita boleh berjumpa dengan komuniti Islam yang turut sama menjamu selera.

 

 Sampai di Kompleks Masjid ini, terus naik ke Tingkat 5, ada lift disediakan. Kepada yang ingin makan dimsum pastikan datang waktu tengahari, waktu malam biasanya hanya ala-carte dan tiada dim sum.

 Apabila kita dapat tempat duduk, boleh ke kaunter untuk isi borang ini, kita boleh minta jenis dimsum yang kita suka kalau tidak tahu pesan pada kaunter secara main tunjuk tunjuk hehehe.

 Saya ambil pau, samosa dan juga siew mai 

Ahad, 4 Mei 2014

Parking di KLIA2

Salam Warahmah, KLIA2 baru dibuka dan bakal dikunjungi 30 juta penumpang setiap tahun.Kebetulan kami ingin ke Singapura pada 15 Mei ini, kami survey harga parking sama ada ingin membawa kereta atau menaiki teksi

Daripada Website KLIA, ada diletakkan kadar parking

Terbaru =


Boleh rujuk website =
http://gatewayklia2.com.my/services.aspx?cat=4&cid=11


Alhamdulillah kami berjaya park kereta kami di KLIA2, kami sampai terus ke Block B, masa park kereta memang banyak space kosong, dan sangat mudah untuk yang berkeluarga seperti kami, ada troli disediakan dan terus boleh masuk ke Lift

Parking area ini satu bangunan dengan Gateway KLIA2, Shopping Center yang buka 24 jam untuk kemudahan pelancong dan juga rakyat tempatan yang ingin membuat last minute shopping, siap ada Jaya Grocers, jadi boleh membeli barang dapur di airport



Kami ke Singapura selama 4 hari, apabila sampai kadar bayaran untuk selama tempoh ini RM 184, dikira RM 46 sehari dan baginya mengikut kadar jam.Ia amat berbaloi untuk perjalanan kami dibandingkan menggunakan airport limo (kadar midnight surcharge dikenakan)

Kepada Pembaca blog saya, didoakan semoga perjalanan anda selamat pergi dan selamat pulang ke destinasi dan semoga sihat ceria dan gembira sentiasa

Update 20 April 2015

 Kami baru pergi ke KLIA untuk menghantar Bibik balik Bercuti, kali pertama datang selepas pelaksanaan GST.

 Apabila Sampai Kawasan Parking kami terus ke Tingkat CP4, kalau ada kosong tempat parking memang senang satu level dengan Gateway Mall KLIA2

 Pembayaran boleh dibuat menggunakan Touch & Go (mesti touch masa masuk) atau secara Tunai di Stesen CP1, CP4 atau CP7

 Kadar terkini saya tidak pasti ada GST atau tidak dalam Kadar ini

 Jumlah Pembayaran untuk hari ini RM 12 termasuk GST RM 0.68.Park selama dua jam lima puluh minit, waktu masuk 4.59 pagi keluar 7.49 pagi
 


Hubungi saya untuk Program Pengurusan Berat Badan, Get Fit Challenge, Sarapan Sihat dan Rendah GI
Dr Kamarul 0162090812 
Herbalife Independent Member

Sabtu, 8 November 2008

Kembara Ke Bumi Anbiya


Pada 9 Oktober 2007 yang lalu, penulis bersama-sama rakan rakan seperjuangannya Ustaz Aziz Che Omar, Ustaz Mokhtaruddin Ahmad dan Dr.Helmy Hassan telah berangkat ke Bumi Mesir yang terletak di utara Republik Sudan.

Tujuan kami adalah untuk menyambut Aidil Fitri di sana serta menjelajahi bumi mesir yang terkenal dengan kesan kesan sejarah dan sirah nabawiah.Kami juga ingin mengambil iktibar diatas kejadian dan kekuasaan Allah di muka bumi ini.Firman Allah dalam Surah Al Imran,


إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلاَفِ الأَلْبَابِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِّأُوْلِي

Khamis, 6 November 2008

Hong Kong

Balik Malaysia!!!! Awal julai 2008 dapat tiket.... disebabkan semua airline dari middle east penuh... option terbaik adalah naik Cathay Pacific... So bolehlah singgah ke Hong Kong

Isnin, 3 November 2008

UAE


Akhir bulan Mei 2008 terus ke Dubai, United Arab Emirates.
Negara arab yang paling maju dari segi infra dan kuasa ekonomi negara teluk.Memang banyak keajaiban dan syurga dunia dibina disini.Kekayaan tersebut ditafsirkan melalui pembangunan yang begitu pesat sekali.

Sudan


Kamarul mula amik herbalife nie pada 10 Mei, ketika itu berada di Sudan.


Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812