Khamis, 6 November 2008

Hong Kong

Balik Malaysia!!!! Awal julai 2008 dapat tiket.... disebabkan semua airline dari middle east penuh... option terbaik adalah naik Cathay Pacific... So bolehlah singgah ke Hong Kong




Masa dalam Flight kami dihidangkan Special Request Meal, MOML(Muslim Meal).Sedap gak nasi goreng dengan ikan sweet sour.Catering daripada Airport Dubai.


Saya nie jenis suka merantau ke tempat orang... lagipun dalam Islam memang menggalakkan kita bermusafir bagi mencari rahmat dan melihat keagungan ciptaan Allah di lembaran muka bumi ini.. memang seronok melihat terutamanya tamadun dan keunggulan islam di seluruh alam.Semasa bermusafir kita dapat berkongsi ilmu dengan masyarakat setempat.Tempat utama mesti pergi adalah komuniti islam dan mencari hidangan halal di sana.Semasa lawatan hongkong ini sempat ke Masjid Ammar, Pusat Islam Hong Kong... bangunan 5 tinggat siap ada dewan solat,pusat dakwah dan juga kantin.

Makan Malam hari tue selepas Solat Maghrib, di kantin banyak menu tapi nak cuba yang lain... yee mee dengan daging... sedap


Destinasi utama pelancong datang ke Hong Kong semestinya Disney Land... walaupun tak sebesar di US tapi oklah banyak permainan yang menyeronokkan


Kami jalan satu hari... plan terbaik adalah pergi lepas solat zohor dan asar di hotel, sebab kalau tak nanti payah nak cari tempat di dalam taman tema tue.. bab solat nie WAJIB dititik beratkan selagi mana mampu.Pergi ke disneyland paling mudah naik MRT.. siap ada gerabak khas bercorak ala mickey


Kami book hotel di Regal Oriental Kowloon, Alhamdulillah walking distance jer ke 2 restoran Muslim... memang mudah kalau nak makan kat hongkong.. dengan syarat kena tahu mana tempat nak pergi

Mee Goreng dengan ayam shreddded... agak masin sikit.. tapi oklah dah lapar


Yang ni Beef Cake.. dalam ada isi daging dengan kuahnya.. rasa cam sambosa murtabak...


Pekerja Restoran Muslim nak sediakan beef cake tue.Nampak cam mudah.. buat belum tentu mudah hehehe

Hidangan terakhir sebelum berlepas naik flight ke Malaysia, pergi singgah ke Popeye Hong Kong International Airport, siap tampal sijil halal dan ada signboard... so mesti belasahlah.Ikutkan diet herbalife, memang kena kurangkan fast foods nie... tapi sekali sekala tak pa cuti diet hehehe...bukan lapar sangat pun.. nak alas perut... kebetulan jumpa makanan halal

Ni baru betul betul balik Malaysia.... sambung semula flight cathay pacific... dari Hong Kong Airport ke KLIA.... direct flight 4 jam...

Cam biasa... mesti dah request MOML(Muslim Meal)... kali ini dapat nasi pilau dengan kari kambing.. sedap sebab pedas... siap ada jeruk buah

Tiada ulasan:

Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812