Isnin, 31 Disember 2012

Khamis, 20 Disember 2012

Cerita Tentang Biskut



Cerita Tentang Biskut, Thanks pada Sepupu saya Fareez Noor Hanafi


Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunggu, dia makan biskut Famous Amos yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak di sebelahnya.
Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama. Di dalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu. 
“Tak malunya lelaki ni… Dah la tak mintak daripada aku.. Makan sama banyak dengan aku pulak tu… Pencuri!! ” Rungut wanita itu dalam hati.
Dalam pada itu,  lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut terakhir yang terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki itu.
Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka, wanita itu berkata dalam hatinya. 
“Berani sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar.” kata hatinya dengan marah.
Kedua-dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian yang menakutkan, wanita itu bergerak menaiki pesawatnya.
Apabila dia sampai di tempat duduknya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya dan ia masih elok belum terbuka.
“Jika biskut ini ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi…” getusnya. 
Ya…biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biarpun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya.
Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar.
 


~Jangan buruk sangka dengan orang lain. Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang ikhlas bukan dari pandangan seseorang.
Allah SWT mengingatkan :- 
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ 
Ertinya : Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak tergelincir ke dalam sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa..." [Surah al-Hujurat, Ayat 12]

Rabu, 19 Disember 2012

Free Fun Shake Party!!!


Rasa SEDIH? JEMPUT sertai Shake Party kami!
BERGEMBIRA dengan KENALAN BARU & hidangan SHAKE YANG MENYIHATKAN .
Dapatkan PRODUK HEBAT dengan PERCUMA!



Hubungi Dr Kamarul 0162090812 atau isi form untuk hadir sesi terdekat... sangat seronok!!!




Isnin, 17 Disember 2012

Alhamdulillah Mercedes C200

Income applicable to the individuals (or examples) depicted and not average



Alhamdulillah Syukur padaMU Ya Allah, Semalam Selepas Perkongsian Luar Biasa Kamaliah dan juga 20K Exe Pres Team Kapten dan Kak Rahimah kami buat keputusan untuk Fokus pada impian kami.Saya bukan jenis yang suka bawa kereta selepas 2 kali kemalangan, teringat kisah pertama menaiki Kereta Honda Civic Abah, masa tue nak cepat sangat ke destinasi terus bergegas keluar.. sampai tak sempat jumpa Arwah mak.. walaupun memang sedar beliau ada panggil pada pagi tersebut.. Sebagai Anak.. kita perlu ingat bahawa ibu bapa adalah insan yang paling berharga dan perlu kita senantiasa berusaha menggembirakan mereka.Saya terus accident dan fobia selama 10 tahun tidak mampu bawa kereta..

Kali Kedua adalah semasa Aisyah sarat mengandung Baby Riduan.. dari Rumah ke Seksyen 3 Shah Alam.. namun kerana training dalam herbalife yang sangat luar biasa saya boleh bawa kereta dengan lebih baik selepas itu.. tiada fobia..



Hari ini paling bermakna.. Asalnya ingin bawa abah dan cek untuk test drive dan bincang apa langkah yang kami perlu lakukan.Rezeki Allah berikan kepada kami dan kami dapat peluang yang luar biasa... terima Kasi Abah dan Cek... Asalnya ingin ambil C180.. sebab sold out dan dapat good rate kami upgrade ke C200 elegance.. ikutkan mana reti jenis kereta ini..




Kelakarnya.. kami decide buat booking sampai terlupa buat TEST DRIVE!!! hahah

Kenapa saya ingin sangat Kereta ini?

1. Hadiah untuk Abah dan Cek..

Memang kereta ini nama kami tapi kami ingin berikan untuk mereka rasa kenikmatan apabila bekerja bersungguh sungguh membangunkan herbalife selama ini.. Allhamdulillah Syukur

2. Ingin Tunai Impian Arwah Mak

Arwah mak memang berkenan kepada Mercedes.. beliau ingin sangat yang mata belalang.. dan ingin sangat nak bagi abah pakai.. so kami ingin tunai impian ini dan supaya abah dapat merasa..

3. Upgrade Lifestyle

Kami tahu, untuk mengubah diri kami perlu upgrade kehidupan kami.Cara ini kami boleh beri peluang kepada team dan rakan rakan supaya fokus kepada impian dan kerja terus walaupun diuji dan diberi rejection.. Sekiranya Why kita besar How kita pasti mudah.

Kesimpulannya
Semoga Allah sentiasa meletakkan kami dikalangan hamba yang sangat bersyukur dan kami inginkan lebih lagi kejayaan supaya menjadi Muslim Solehin dan mengesani ramai

Untuk Pengetahuan.. kereta masih dalam proses.. jangka tengah januari baru keluar
Terima Kasih Abah, Cek, Isteri Tercinta Aisyah Patthi, Baby Riduan dan Kaisarah yang bersama sama tadi

Siapa ingin sukses pada 2013? ingin lebih sihat dan bebas kewangan? Saya bersedia coach anda

Jumaat, 23 November 2012

Grand Final Weight Loss Challenge Musim 6




Hari ini penentuan bagi peserta yang bertanding di musim ke enam ini,
Siapa yang bakal menjuarai Biggest Losers 



Kita Tunggu Pengumuman malam ini.

Jemputan Terbuka kepada Semua, 8.30pm di Wellness Center
Fiesta & Potluck Menu Sihat, ada Lucky Draw untuk Tetamu Baru 



Sabtu, 29 September 2012

Raya Part 1


Salam Warahmah...

Tadi baru balik dari Rumah di Klang.. teringat pula kenangan masa dahulu, sebagai anak pertama pasangan luar biasa Haji Kassim dan Allahyarham Hajjah Mastura.

Rasa sungguh bersyukur dapat meneruskan kehidupan harian dengan penuh bermakna setiap hari.
Masa naik ke tingkat atas, sempat lihat gambar ini.. hehe nak bandingkan dengan gambar baby riduan yang comel seperti walidnya juga hehehe.Tatkala kita gembira ini, rasa sungguh insaf kerana ada juga rakan taulan dan sahabat handai yang sampai sekarang belum mendapat rezeki menimang cahaya mata pertama mereka.Semoga Allah meringankan dan mempermudahkan cabaran mereka.


Raya tahun ini memang penuh bersejarah, Kami kembali ke Serkam Melaka selepas hampir 15 tahun tidak beraya di sana.Seronok apabila melihat suasana kampung dan budaya mereka.Hari raya pertama disajikan dengan Ketupat daun nipah penuh lemak bersantan, hehehe sebab tue ramai yang gain weight lepas raya ni.

Hari Raya kedua balik ke Shah Alam, kemudian meneruskan perjalanan ke Perak.Raya ketiga dapat peluang ke Taiping, dan dapat melihat keindahan ciptaan Allah, Pokok yang daunnya mencecah tasik.Dapat juga kami ziarah MRSM taiping tempat Isteri belajar di bangku sekolah dahulu.

Walaupun dalam musim perayaan, misi kami membantu masyarakat menjadi sihat tidak pernah berhenti.Kami berjaya membantu pak uncu dan keluarga untuk memulakan misi menjadi sihat dan hasilnya sangat menggembirakan.


Sabtu, 18 Ogos 2012

Malam 29 Ramadan

Alhamdulillah Syukur dirahmati dengan Bulan Ramadan tahun ini, first time dengan kehadiran baby riduan dalam kehidupan kami.Selama sebulan hampir setiap malam kami beriftar di Kelab nutrisi, dapat peluang memberi inspirasi kepada rakan rakan yang hadir.Ramai yang mencari peluang untuk lebih sihat pada tahun ini, lebih ceria dan lebih cergas untuk beribadah.Sangat sayu untuk meninggalkan kemeriahan bulan ramadan ini, teringat hari pertama kami dirikan solat taraweh di dalam kelab, lagi banyak kita rapatkan diri kepadaNYA lagi banyak rahmat akan dilimpahkan kepada kita.




Ujian dan cabaran adalah perkara biasa kepada kita sebagai manusia, untuk sesuatu berubah kita perlu banyak bersabar dan istiqamah dalam aktiviti seharian kita.

Hari ini saya berpeluang berjumpa dengan tuan haji allen, seronok dapat inspirasi betapa gembiranya kita melihat seorang yang tinggi pendapatan tetapi sangat humble dan rendah diri.Beliau baru balik dari pasar di kuala lumpur dan melihat suasana persiapan hari raya tahun ini.Kita sekiranya ingin berjaya, perlu ada coach dan mentor bagi membantu kita fokus kepada impian dan hajat kita.

Kalau tahun lalu di malam 29 ramadan ini saya dan isteri berada di tanah suci makkah.. malam khatam al Quran..



sangat sayu mengenangkan ketenangan jiwa apabila berada dikalangan Tetamu tetamu Allah.Saya ingin membawa seluruh ahli keluarga terutama Abah, Cek di Klang dan Abah Mak di Perak menunai kan umrah tahun hadapan.. itu harapan dari seorang anak yang inginkan kebahagiaan dan restu dari keluarga.

Apa pun selagi masih ada peluang, kita teruskan munajat dan doa kita pada malam ini.. mana tahu malam ini adalah malam lailatul qadar.. malam yang lebih baik dari seribu satu malam.. Ya Allah permudahkan hidup kami sebagai khalifah didunia ini.. berikan kami kekuatan meneruskan misi kami membantu ramai insan jadi lebih sihat , ceria dan ubah gaya hidup mereka.

Semoga apa yang kita hajat sama sama akan kita dapat pada tahun ini.Mintalah kepada Allah yang Maha Mengasihani HambaNYA yang sentiasa Beriman dan sentiasa Beramal kepadaNYA

Jumaat, 3 Ogos 2012

Penting untuk anak

Salam Warahmah... rasa amat bersyukur dapat dikurniakan baby riduan dalam kehidupan kami ini, daripada hari lahir beliau, saya dapat peluang untuk azan dan memegang anak pertama kami ini.Setiap hari bersama beliau dapat melihat perkembangan milestone yang amat menarik.Ingat masa mula nak diberi susu ibu, ummi bekerja keras nak pastikan riduan pandai menyusu..kalau orang yang tidak sabar dah terus give up dan startlah ambil susu formula.

Rutin Seorang Bapa


Majoriti kawan kawan saya atau rakan seusia saya dalam lingkungan 30an-40an selalunya si Ayah@Bapa akan sibuk mencari rezeki dari pagi sampai malam..lepas subuh sudah gerak ke tempat kerja.. balik petang atau kalau ada urusan kena stayback di pejabat.. sampai rumah dah malam.. hanya boleh spend sedikit masa untuk anak.. perkara ini sudah menjadi rutin biasa rakyat malaysia.Kata nak tumpu cari rezeki supaya bila dah stabil nanti bolehlah beri masa kepada keluarga.. betul ker? Hakikatnya kita makin berumur.. kerja di tempat kerja makin banyak.. setiap minggu akan jadi lebih sibuk.. cuti makin susah nak dapat..kalau ada pun time raya atau cuti peristiwa sahaja.. Apabila kita sudah ada kewangan.. anak anak kita sudah besar.. kalau bonding kita bagus syukurlah..ramai juga yang tidak ada ukhwuah kekeluargaan disebabkan jarang bersama sejak kecil lagi..

Kalau dah puas hati dengan cara sekarang no problem.. saya nak kongsi pengalaman saya sekeluarga mana tahu ia dapat memberikan inspirasi dan jalan keluar kepada situasi anda sekarang.. inginkan lebih keceriaan? inginkan lebih kewangan? inginkan lebih masa untuk kelurga yang disayangi?


Bayangkan dengan baru 4 bulan riduan sudah mengembara ke Kota Kinabalu, Singapura, Jepun, dan ikut kami ke bandar bandar di Semenanjung Malaysia = Shah Alam,Ipoh,Melaka,Kuantan, Segamat,Batu Pahat, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kuala Lumpur, Seremban,Kuala Pilah, Seri Menanti.. check in check out hotel.. dan selain itu majoriti di rumah dan kelab nutrisi kami.Kalaulah saya masih jadi doktor perubatan dan isteri masih jurutera.. segalanya amat berbeza.. kerja dan rutin kami menyebabkan anak akan dijaga oleh pengasuh setiap hari..mana ada peluang nak bawa anak ketempat kerja.. heheheh.. contohnya takkan saya nak bawa riduan ikut masa wardwork atau masa menjalani pembedahan.. atau isteri saya pergi kerteh bawa riduan duduk di atas pelantar minyak.. hehe.. sebab itu kami pilih untuk bekerja sendiri.. bekerja dari rumah.. kerja yer bukan tido kat umah.banyak masa dalam rumah.. ada office kami sendiri.. dan kalau ada temujanji dan sesi kelab nutrisi baru kami akan keluar.. itu pun 2-4 jam sahaja setiap hari.


Para parents yang sekarang Fulltime jadi Bos Sendiri, Bekerja dari Rumah



Jumaat, 27 Julai 2012

Fadhilat Menyediakan Hidangan Iftar @ Berbuka Puasa

Alhamdulillah dah hampir seminggu kita berpuasa, 10 hari pertama ini sungguh banyak Rahmat diturunkan kepada kita semua.Kita Setiap hari ada peluang untuk menjamah rezeki, bersahur , iftar dan moreh setiap hari.
Teringat kenangan semasa di Sudan, sangat seronok ketika menyambut bulan ramadan, amalan berebut menjemput masyarakat berbuka puasa sama.Seperti juga di Tanah Suci Makkah dan Madinah.Sebabnya sangat mulia dan tinggi fadhilat kalau kita memberi makan kepada orang yang berbuka.Setiap lorong dipenuhi dengan tikar bagi menempatkan para tetamu.Menu hidangan akan disediakan dari rumah,sangat sederhana, tidak membazir dan yang paling baik adalah selepas sahaja berbuka mereka akan Solat Maghrib Berjamaah bersama sama.

 Hadis:
Seorang mukmin yang memberi makan mukmin yang lapar, kelak Allah akan memberi makan kepadanya daripada buah-buahan syurga, dan barang siapa yang memberi minum seorang mukmin, maka kelak Allah akan memberi makan mukmin yang lapar, kelak Allah akan memberi makan kepadanya daripada buah-buahan syurga, dan barang siapa yang memberi minum seorang mukmin, maka kelak Allah akan memberi air minum dari syurga(Hadis Tirmidzi)
Jadi Rebutlah peluang ini untuk kita sama sama beramal di bulan penuh rahmat ini
 Kami ada juga ada majlis iftar nutrisi (Aloe,Tea dan Shake), solat maghrib, potluck, solat isyak dan taraweh di Kelab Nutrisi Kami di Shah Alam.Jemput hadir.






Sabtu, 21 Julai 2012

Sahur Apa pagi ini?

Anda makan apa untuk bersahur?


Rata-rata masyarakat kita makan berat semasa sahur seperti nasi berlauk, roti , bubur dan banyak hidangan karbohidrat.
Kesannya Peningkatan mendadak gula dalam darah dan juga insulin, serta penurunan tenaga.

Sahur Karbohidrat Tinggi

Pada waktu pagi, karbohidrat akan menyebabkan peningkatan kandungan gula yang tinggi di dalam darah, menyebabkan insulin akan dirembeskan daripada pancreas anda
Insulin tersebut akan menyingkirkan kandungan gula berlebihan daripada badan anda dan menukar selebihnya kepada Lemak.Kesannya kandungan gula akan menjadi rendah, kehausan dan kembali lapar dan memerlukan karbohidrat.Semakin lapar semakin banyak kita akan makan.Kalau semasa berpuasa, kita akan menjadi terlalu lapar dan kita akan melantak kuat semasa berbuka puasa
Inilah puncanya kita mudah menghadapi risiko diabetik, darah tinggi dan kenaikan berat badan walaupun kita Berpuasa!




Tidak bersahur…

Bagi mereka yang tidak bersahur, sebenarnya kesannya lebih buruk.Sunat kita mengambil sahur ketika berpuasa.Bayangkan apabila tidak bersahur, kandungan gula yang begitu rendah akan menyebabkan kita kelaparan dan lemah tidak bermaya sepanjang hari.
Kesannya lebih buruk apabila kita berbuka puasa nanti, pastinya kita akan melantak dengan begitu banyak sehingga lupa hikmah sebenar dan tujuan berpuasa.Kita akan menambah lagi ketika moreh sehingga kita berisiko tinggi berdarah tinggi, diabetis dan lebih berat badan walaupun berpuasa pada siang harinya.Bayangkan seterusnya hingga sambut syawal nanti.

Ahad, 3 Jun 2012

Percutian di Tokyo Herbalife Asia Pasifik 2012

Salam Warahmah.. Alhamdulillah sekarang berada di negara matahari terbit, Jepun.Kami qualified percutian percuma, kalau tahun lepas ke Gold Coast, Australia, Tahun ini ke Tokyo Jepun.

Saya bawa Aisyah Isteri Tercinta bersama anak kami Baby Riduan.. Flight Japan Airlines. memang best layanan mereka ketika dalam penerbangan.. sangat menjaga keperluan kalau kita ada baby..

Teringat masa kat sudan dulu.. ada saudara yang kerja industri petrolium.. Anak Pak Sab. mengatakan pada tahun 2011 dulu, Kalau ada peluang berjalan.. Jepun antara yang paling terbaik.. sebab banyak tempat untuk kita ziarah.. namun ramai yang tidak mampu sebab kosnya tinggi..

Isnin, 30 April 2012

Alhamdulillah Kami dah ada di Shah Alam

Salam Warahmah...

Seronok hari ini.. kami dah ada di shah alam semula... misi membantu masyarakat jadi sihat dan ceria di Kelab Nutrisi Kami, Wellness Center Shah Alam..

Bulan ini paling best sebab kita rancang banyak aktiviti dalam kelab.. sangat seronok...


Ramai yang hadir untuk belajar jadi sihat, belajar bangunkan diri dan yang paling penting ukhwah persaudaraan terjalin di sini.

Kalau ada yang berminat boleh hubungi saya Dr Kamarul 0162090812

Khamis, 19 April 2012

Hari Pelanggan @ STS Ipoh

Salam Warahmah...

Alhamdulillah sekarang masih di Perak, bersama Cahaya Mata Pertama Kami. Insya Allah hari Ahad ini saya akan berkongsi pengalaman di hotel Syuen, Jemput hadir bersama rakan taulan... Paling penting untuk mereka yang SERIUS JADI LEBIH SIHAT ataupun SERIUS UBAH KEHIDUPAN...


Boleh Call Saya 016 2090812 untuk tiket harga istimewa

Khamis, 12 April 2012

Hari Lahir dan menunggu cahaya mata pertama


Salam Warahmah…



Umur tambah satu lagi tahun ini… syukur dilahirkan sempurna dan diberikan kekuatan untuk teruskan perjuangan kehidupan ini… semalam ramai yang ucapkan selamat kepada saya dan keluarga, terima kasih semua..

Sampai kelab semalam, mereka buat kejutan dengan majlis hari jadi.. siap ada home made cake.. Sepanjang hari saya berkongsi pengalaman hidup saya… kehidupan kita ada saat gembira dan ada saat sedih… yang penting kita perlu sentiasa syukur dengan pemberian yang senantiasa diberikan

Muhammad Riduan Iskandar


Alhamdulillah Kami dikurniakan cahaya mata pertama... syukur kepada Allah. Buat masa ini kami akan berada di Seri Iskandar Perak.. untuk tempoh pantang isteri tercinta.

Selasa, 13 Mac 2012

Syukur Pada Rahmat Setiap Hari

Alhamdulillah kita diberi peluang bernafas  dan meneruskan kehidupan kita hari ini.Saya hari ini rasa amat tenang kerana bila fikirkan perjalanan hidup sekarang banyak perubahan yang amat menggembirakan berlaku setiap hari.

Semalam saya diberi peluang untuk berkongsi di Hotel Istana, Akademi Kelab Nutrisi... Saya diberi soalan CEPU EMAS hehehe.. Bila Tarikh nak jadi" PRES TEAM"?... saya jawab 22 Mac 2014... Tuan Presiden Prasad kata lambat sangat... jadi saya renung dan buat muhasabah... saya putuskan untuk awalkan setahun... jadi 22 Mac 2013 adalah tarikh untuk saya jadi presiden team bersama Isteri saya.

Kenapa President Team? Ia adalah peringkat kita akan dapat BEBAS KEWANGAN, LEBIH MASA UNTUK KELUARGA, dan LEBIH SIHAT & CERIA, Kita boleh hantar lebih ramai insan yang kita sayang menunaikan umrah dan haji.. boleh memberi zakat dan sedekah kepada mereka yang amat memerlukan..

Saya buat herbalife ini sudah masuk 3 tahun... bayangkan 3 tahun ini saya mengembara ke Korea, Singapura, Bali, Jakarta, Surabaya, Kota Kinabalu,Bangkok,Los Angeles, Hong Kong, Gold Coast dan Insya Allah Tokyo bulan Jun ini.... lagi banyak kita berjalan lagi banyak kita dapat ilmu..

Dari Segi pendapatan... Alhamdullilah lagi ramai kita bantu orang jadi sihat, lagi ramai kita bantu orang ubah gaya hidup ... lagi banyak pendapatan kita akan terima.. Rasa amat tenang berlaku setiap hari apabila kita dapat pelukan rakan rakan kelab nutrisi kita yang senantiasa mendoakan kesejahteraan hidup kita sekeluarga... itu anugerah ALLAH paling bermakna.

Hari ini saya ingin rafakkan kesyukuran kepada 3 orang guru guru saya yang telah memberi sinar harapan dan memberi peluang saya pelajari misi nutrisi ini.

1) Kak Aishah Harun (Wellness Coach)
Jurulatih saya, yang memperkenalkan nutrisi dan peluang ubah hidup kepada saya.. Tanpa usaha dan juga sokongan selama ini mungkin saya akan kekal di tahap dulu.. 125kg GEMUK.Semoga Allah merahmati....Hasilnya Turun 50kg dan Sihat Ceria Setiap Hari Alhamdulillah

2) Dr Idros Abd Hamid (Wealth Coach)
Mentor saya yang saya amat sayangi, insan yang telah memberikan inspirasi menyebabkan saya berubah, buang EGO dan sekarang FOKUS kepada kejayaan dan kegembiraan.Hasilnya Saya  berjaya nampak pelan masa depan saya, bekerja dari rumah dan perolehi pendapatan lima angka setiap bulan.. Syukur.

3) Tuan Haji Allen Peter (Spiritual Coach)
Saya syukur dapat peluang jumpa tuan haji Allen, kali pertama semasa spectacular 2009, ketika itu saya nampak WHY saya dalam misi nutrisi ini... Bayangkan ramai yang sakit diluar sana... ramai yang obesiti di luar sana.. siapa yang akan bantu mereka kalau bukan kita...Sentiasa memohon kepada Allah supaya dipermudahkan kehidupan kita dan sentiasa memohon kebahagiaan kepada keluarga kita, rakan taulan dan masyarakat.

Isnin, 6 Februari 2012

Alfatihah..

Alfatihah kepada Allahyarham Mak yang amat disayangi, Esok genap 8 tahun meninggalkan kami sekeluarga.. saya masih ingat kata kata amanat yang mak sampaikan..6 bulan sebelum beliau dijemput ke hadrat Illahi. Allahyarham meninggal pada usia 43 tahun, pada 7 Feb 2003, menderita kanser paru paru.

"Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia dan amal-amal salih yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan."

Ketika itu hati ini amat sayu, Allah sudah memberikan petunjuk bahawa mak tidak lama lagi..

Arwah mak seorang yang amat penyayang, sangat berusaha, peniaga yang amat gigih , sentiasa beribadah untuk memperbaiki diriNYA.

Kami amat mewah ketika arwah ada… setiap tahun kami akan menunaikan umrah satu keluarga… semasa orang lain gawat 1990-1998 kami amat selesa dan amat gembira… hari ini apabila saya lihat semula kejayaan arwah ibu mendidik kami saya akur dan sedar bahawa masih panjang lagi pengorbanan dan usaha yang kita perlu lakukan.

Bayangkan seorang ibu yang SPM pangkat 3, tidak pandai berbahasa inggeris tetapi mampu membesarkan kami sekeluarga, membantu abah yang juga telah bekorban sama sama membina asas kehidupan kami.Saya akan kongsi juga rahsia kejayaan mak dalam entri akan datang

Apa saya lakukan sekarang bagi membalas jasa mak? Masih banyak lagi perlu lakukan
Fenomena sekarang, ramai yang ada kemampuan tetapi masih jahil mengenai pemakanan dan menderita sakit disebabkan gaya hidup

Sekarang saya bersama isteri tercinta melakukan misi nutrisi, mengubah tabiat dan gaya hidup masyarakat.. saya hanya melatih mereka yang benar benar serius dan sedia berubah.

Semoga usaha ini dipermudahkan dan Semoga Allah sentiasa memberikan kami kekuatan..


Rabu, 25 Januari 2012

Kenapa Susah sangat nak minum air?


Alhamdulillah hari ini disaat ramai yang bergembira bercuti sempena tahun baru cina, kita masih ada lagi nyawa untuk meneruskan kehidupan kita setiap hari.Syukur Allah merahmati kita dengan segala nikmat yang tidak terkira. Tahun 2012 ini pasti memberikan sinar kepada kita semua disaat kita bersedia menjadi insan yang diredhai Allah.

Posting ini saya nak kongsi mengenai kepentingan kita positif setiap hari, kita bangun pagi dengan penuh harapan untuk berbakti kepada diri kita setiap hari, membina diri untuk membantu ahli keluarga, sahabat handai dan juga masyarakat.

Setiap kali apabila ada yang datang ke kelab nutrisi saya di shah alam, atau setiap kali saya berkongsi pengalaman di taklimat kesihatan saya selalu berkongsi mengenai kepentingan minum air putih.

Ramai masyarakat kita sekarang tidak ada masa untuk minum air! Heheh.. alasan saja tue.. 





Bayangkan kita time bercuti ini nak berjalan jauh, dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, kereta kita kita tidak pastikan ada air yang cukupnya didalam radiator, apa akan jadi? PANAS ENJIN!… dan lama lama kalau kita biarkan enjin akan rosak dan kita kena ganti kereta baru… 

Itu cerita kereta… tapi kalau kita nak bandingkan dengan badan kita, kita perlukan air secukupnya untuk seluruh anggota badan, cuba ambik pisau dan kerat tangan… yang keluar adalah darah yang kandungannya adalah "air"

Kenapa kadang kala kita stress dan susah nak berfikir… cuba check balik pengambilan air setiap hari… Otak kita perlukan air juga untuk teruskan fungsinya…sebab itu penting kalau kita cukup minum air badan kita akan berfungsi dengan sempurana.

TIPS Minum Air:

Mudah sahaja,

1) Berdoa untuk sentiasa sihat, doa makan pun boleh (air adalah rezeki yang tiada bandingannya)
2) Satu Gelas setiap kali sebelum solat, dan satu gelas selepas solat fardhu (5x2 = 10 gelas)
3) Setiap 5 minit satu teguk

Boleh layari posting sebelum ini, Kepentingan Air Pada tubuh badan:




Isnin, 9 Januari 2012

Alhamdulillah tahun 2012 pasti bermakna

Salam Warahmah…

Maaf dah lama tidak update, insya Allah isteri tercinta saya sedang menyiapkan entri "Best of 2011"… daripada kami menikah pada april 2011 sehinggalah honeymoon di bali, ke bangkok, menunaikan umrah, ke korea dan paling terkini Alhamdulillah kami menunggu menjadi seorang bapa dan ibu kepada zuriat pertama kami insya Allah mac 2012 nanti..

Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812