Rabu, 25 Januari 2012

Kenapa Susah sangat nak minum air?


Alhamdulillah hari ini disaat ramai yang bergembira bercuti sempena tahun baru cina, kita masih ada lagi nyawa untuk meneruskan kehidupan kita setiap hari.Syukur Allah merahmati kita dengan segala nikmat yang tidak terkira. Tahun 2012 ini pasti memberikan sinar kepada kita semua disaat kita bersedia menjadi insan yang diredhai Allah.

Posting ini saya nak kongsi mengenai kepentingan kita positif setiap hari, kita bangun pagi dengan penuh harapan untuk berbakti kepada diri kita setiap hari, membina diri untuk membantu ahli keluarga, sahabat handai dan juga masyarakat.

Setiap kali apabila ada yang datang ke kelab nutrisi saya di shah alam, atau setiap kali saya berkongsi pengalaman di taklimat kesihatan saya selalu berkongsi mengenai kepentingan minum air putih.

Ramai masyarakat kita sekarang tidak ada masa untuk minum air! Heheh.. alasan saja tue.. 





Bayangkan kita time bercuti ini nak berjalan jauh, dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, kereta kita kita tidak pastikan ada air yang cukupnya didalam radiator, apa akan jadi? PANAS ENJIN!… dan lama lama kalau kita biarkan enjin akan rosak dan kita kena ganti kereta baru… 

Itu cerita kereta… tapi kalau kita nak bandingkan dengan badan kita, kita perlukan air secukupnya untuk seluruh anggota badan, cuba ambik pisau dan kerat tangan… yang keluar adalah darah yang kandungannya adalah "air"

Kenapa kadang kala kita stress dan susah nak berfikir… cuba check balik pengambilan air setiap hari… Otak kita perlukan air juga untuk teruskan fungsinya…sebab itu penting kalau kita cukup minum air badan kita akan berfungsi dengan sempurana.

TIPS Minum Air:

Mudah sahaja,

1) Berdoa untuk sentiasa sihat, doa makan pun boleh (air adalah rezeki yang tiada bandingannya)
2) Satu Gelas setiap kali sebelum solat, dan satu gelas selepas solat fardhu (5x2 = 10 gelas)
3) Setiap 5 minit satu teguk

Boleh layari posting sebelum ini, Kepentingan Air Pada tubuh badan:




2 ulasan:

Unknown berkata...

salam doktor,

air apa yang elok diminum adakah air mineral atau pun air RO

terima kasih

Dr Kamarul berkata...

Salam, kalau ada dua pilihan ini saya lebih suka ambil air mineral kerana sumbernya asli, tapi paling penting sekali adalah minum secukupnya

Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812