Salam Warahmah.. Alhamdulillah kami baru completed Larian 5 km bersama anak anak kami, menggunakan Stroller.
Kebetulan kami jalan jalan di Tasik Shah Alam pada hari Jumaat 15 Mei yang lepas ada nampak sign board Shah Alam Picnic Run.Terus Register sebab nak bawa baby sekali
Isteri tercinta terus daftarkan selepas mendengar penerangan ringkas.Terus ambil baju dan Bip Larian
Kami dapat Nombor 237 dan 236, Pihak pengajur menggunakan Sticker untuk lekat pada baju
Pada Hari Sabtu, Hari acara bermula kami sampai lambat 2 minit hahah. jadi mereka dah mula lari.Bermula dari Pintu Masuk Galeri Shah Alam kita lari di kawasan luar melalui Jalan Persiaran Masjid dan Jalan Persiaran Dato Menteri.
Salam Warahmah, Saya kali pertama dapat peluang mendaki Bukit Broga, paling akhir saya menyertai pendakian adalah pada 2007 menaiki Tursina dan juga ada sekali mendaki Bukit Brincang Cameron Highland 2010
Salam warahmah, Alhamdulillah saya baru selesail latihan 5km run hari ini.Kalau kenal sesiapa di Shah Alam, setiap hari Selasa kita berkumpul di dataran untuk larian 8.15 malam.Pengalaman sangat best sebab dapat jumpa ramai rakan rakan yang positif mendidik kaedah senaman yang betul dan kaedah berlari yang konsisten.Kali pertama tadi larian secara interval 3 minit slow jog dan 1 minit jalan.Bagi saya yang beginner stage ini memang best sebab ada partner up dengan rakan seniour untuk sama pace dengan saya.Warning untuk anda yang first time pastikan jangan minum air banyak sangat sebelum larian nanti nak terkuncil susah hahaha.Ambil sedikit carbo loading untuk bagi tenaga dan akhiri larian dengan post recovery protein shake herbalife, badan rasa fully recovered dan energetic!
Salam Warahmah, semoga sihat ceria dan gembira hari ini.
Kalau anda seorang yang gemuk atau obes, mesti banyak persoalan yang timbul mengenai senaman ini. Boleh Ker saya bersenam? Tidak bahaya ker?
Jawapannya BOLEH, dan AMAT DIGALAKKAN, yang penting mesti tahu kaedah terbaik untuk bersenam.Kalau sakit lutut atau banyak cabaran kesihatan, kita perlu pastikan jenis senaman yang sesuai dahulu.Tanya Doktor yang merawat anda sebelum memulakan senaman yang aktif.
Saya ingin kongsi apa yang saya lakukan dan boleh juga ditambah dengan tips yang bermanfaat.PALING PENTING fokus kepada hasil diri sendiri, jangan banding dengan orang lain kerana hasil tidak sama berdasarkan usaha dan juga sejauh mana kita boleh adaptasi.
Salam Warahmah, hari ini saya ingin berkongsi pengalaman kali pertama terjebak dengan Latihan Viper Challenge.Saya dijemput oleh mentor dan sahabat baik saya Dr Idros untuk menyertai cabaran ini yang akan berlangsung pada 14-15 Mac 2015.
" Viper challenge is a 20km Obstacle Course Challenge, which is
predominantly filled with man-made obstacles that will put both heart
and spirit to the test. It is Asia's first and largest obstacle
challenge, like no other. Imagine obstacles Designed to take you out of
your comfort zone, you will enter the challenge either as an individual
warrior or as part of a team... Whichever way you enter, you will
finish understanding that cooperation and teamwork will be the likely
factors that will help you to get across that finish line, without it,
you will find it difficult to succeed. Even individual Warriors will
depend on others participating in the course alongside them for a boost
at times."
Masya Allah, kena lari 20km bersama halangan! yang bestnya kita buat secara teamwork dan taglinenya "no one left behind!" hahahah.. kalau cam ni saya rasa bolehlah nak join sebab ada TEAM SUPPORT, dan ada PELUANG untuk UBAH diri dan KELUAR dari ZON SELESA!
Alhamdulillah Saya amat bersyukur hari ini, genap 6 tahun saya bertemu kaedah dan Konsep Gaya Hidup Sihat.Kisahnya saya memang mencari solusi untuk turun berat badan saya sejak sekolah menengah lagi
Sebelum ini saya merupakan Aktif Sukan Taekwondo, Sehingga jadi Kapten Sekolah.Apabila kita aktif bersukan, metabolisme kita akan tinggi dan senang hadam makanan.Masalah bagi atlet atau ahli sukan adalah semasa bersukan badan kita memerlukan kalori yang secukupnya bagi mengekalkan jisim otot yang telah burn semasa senaman dilakukan.