Anda makan apa untuk bersahur?
Rata-rata masyarakat kita makan berat semasa sahur seperti nasi berlauk, roti , bubur dan banyak hidangan karbohidrat.
Kesannya Peningkatan mendadak gula dalam darah dan juga insulin, serta penurunan tenaga.
Sahur Karbohidrat Tinggi
Pada
waktu pagi, karbohidrat akan menyebabkan peningkatan kandungan gula
yang tinggi di dalam darah, menyebabkan insulin akan dirembeskan
daripada pancreas anda
Insulin tersebut akan menyingkirkan kandungan
gula berlebihan daripada badan anda dan menukar selebihnya kepada
Lemak.Kesannya kandungan gula akan menjadi rendah, kehausan dan kembali
lapar dan memerlukan karbohidrat.Semakin lapar semakin banyak kita akan
makan.Kalau semasa berpuasa, kita akan menjadi terlalu lapar dan kita
akan melantak kuat semasa berbuka puasa
Inilah puncanya kita mudah menghadapi risiko diabetik, darah tinggi dan kenaikan berat badan walaupun kita Berpuasa!
Tidak bersahur…
Bagi
mereka yang tidak bersahur, sebenarnya kesannya lebih buruk.Sunat kita
mengambil sahur ketika berpuasa.Bayangkan apabila tidak bersahur,
kandungan gula yang begitu rendah akan menyebabkan kita kelaparan dan
lemah tidak bermaya sepanjang hari.
Kesannya lebih buruk apabila kita
berbuka puasa nanti, pastinya kita akan melantak dengan begitu banyak
sehingga lupa hikmah sebenar dan tujuan berpuasa.Kita akan menambah lagi
ketika moreh sehingga kita berisiko tinggi berdarah tinggi, diabetis
dan lebih berat badan walaupun berpuasa pada siang harinya.Bayangkan
seterusnya hingga sambut syawal nanti.