Salam Warahmah, hari ini saya nak kongsikan mengenai Aloevera Herbalife. Saya biasa gunakan untuk sarapan pagi sihat setiap hari.Selalu kita makan kadang kala sudah nak membuang jadi bagus kita tingkatkan kesihatan penghadaman kita.
Aloevera di Malaysia ada 3 jenis perasa sekarang, dulu masa mula mula diperkenalkan hanya ada perasa asli sahaja.
1. Herbal Aloe Original
Perasa asli ini rasanya agak masam, kalau nak minum bagus kita letak satu tutup dalam air 400 ml, lepas itu minum slow slow, lega sangat perut kita nanti.Kalau nak rasa yang original boleh juga ambil aloe shots, pure tanpa tambahan air, cuma saya jarang buat la.
2. Herbal Aloe Manggo
Perasa yang kedua Herbalife keluarkan di Malaysia adalah Aloe Mangga, saya sangat suka sebab masam masam manis, yang ini untuk yang mengidam rasa mangga sangat recommended untuk try.Saya suka sangat kalau letak ais sekali memang nikmat.
3. Herbal Aloe Mandarin
Perasa Terbaru dikeluarkan, rasa Buah Oren Mandarin, manis buah.Kalau yang suka rasa manis sweet sweet boleh ambil aloe ini.
Info Aloe Concentrate
Minuman yang tulen dan menyegarkan yang diperbuat daripada aloe vera untuk membantu mengekalkan kesejahteraan umum.
Manfaat Penting
Diperbuat daripada aloe vera yang mangandungi enzim semula jadi, vitamin, mineral dan asid amino.
Mengandungi bunga kamomil yang menenangkan.
Cara yang positif dan menyegarkan untuk memastikan anda mengekalkan pengambilan air yang mencukupi.
Pertimbangkanlah untuk menggantikan minuman ringan dengan Herbal
Aloe Concentrate Mix untuk membantu anda meminimumkan pengambilan gula.
Boleh dinikmati sebagai suplemen kepada diet harian anda.
Penggunaan
Bancuh 3 tutup botol (15 ml) dengan 120 ml air dan minum 1 hingga 2 kali
sehari. Untuk menyediakan 1 liter minuman yang sedia diminum, bancuh
1/2 cawan (120 ml) pati dengan 1 liter air. Simpan baki yang tidak
diminum di dalam peti sejuk.
Salam Warahmah, hari ini saya nak share kelebihan menggunakan Herbalife Teamix untuk Program Pengurusan Berat Badan.
Ramai yang hubungi saya untuk kuruskan badan, nak cari teh untuk kurus.Saya cakap kalau nak kurus kena guna Herbalife Shake sebab ia ganti makanan.
Selain ini ada juga fungsinya sebagai anti oksida, Ektrak teh hijau memang sangat bagus, dah lah rendah kalori tinggi antioksida pula.
Saya biasanya suka minum Teamix ini panas panas, bangun pagi terus ambil selepas minum Herbalife Aloevera kita boleh minum Teamix.
Kalau kita bersenam kita boleh juga minum teh ini, saya suka letak sedikit ais bagi sejuk sikit lepas bersenam.
Dari segi perasa setakat ini Herbalife Malaysia ada 2 jenis Teamix
1) Teamix Lemon and Hibiscus
Teh ini rasa lemon dan ada campuran bunga raya, letak satu sudu untuk satu cawan ataupun kalau nak guna botol 2 liter herbalife pun ok juga letak satu hingga 2 sudu herbalife.
2) Teamix Peach
Teh ini perasa buah peach, rasa manis sangat sedap jugak, cuma kalau nak guna try letak sikit dahulu sebab dah pekat rasanya.Saya suka juga bagi sejuk letak ais dan kalau nak best lagi boleh campur dengan aloevera manggo atau mandari pun sedap.
Tea Mix
Untuk memberikan kecerdasan dan juga sebagai pengurusan berat badan
Campuran teh segera kalori rendah yang enak ini membantu anda kekal
bertenaga dan segar sambil anda menguruskan berat badan anda.
Mengandungi antioksida dan teh hijau termogenik
Boleh dinikmati panas atau sejuk
Low-calorie instant tea mix helps you stay energised and
refreshed while you manage your weight. Includes antioxidant and
thermogenic green tea. Enjoy hot or cold
Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman dan panduan kepada semua bagaimana untuk konsisten dalam mengamalkan gayahidup sihat dan bagaimana menangani Cabaran "Diet Kelaut" masa family gathering, anak anak cuti sekolah , cuti hujung minggu yang panjang.
1. Impian Besar, Badan Kecil
Paling penting MESTI ada Impian untuk Sihat, Langsing, Kurus atau Fit.Cuba tanya pada diri kita apa sebab utama untuk kita berubah? Sudah bosan jadi Gemuk, dah lah gemuk gedempol pulak, dah lah gemuk gedempol malas dan asyik letih pulak.Cari 1000 Sebab untuk berubah dan kurangkan ALASAN.Sampai bila ingin di takuk lama.
2. Cari Mentor yang berpengalaman dan terbukti berjaya
Salam Warahmah, Apa khabar Semua hari ini, semalam baru kita menyambut kemerdekaan Negara kita yang tercinta.
Pejam celik kita sudah sampai ke Suku Terakhir 2016, masihkah kita ingat janji dan impian kita ingin langsing sihat kurus dan slim sebelum 2017? Mungkin ada yang terlajak terkelaut dietnya sebelum ini, raya sakan tahun ini katakan.
Saya ingin Kongsikan 7 Langkah Kick START Turun Badan untuk yang dah TERLAJAK NAIK atau yang dah Menyesal Gemuk. 1. Ingat Semula Impian
Masa kita mula mula nak kurus sebelum ini, apa sebab utama kita, kalau setakat nak kurus sebelum raya, lepas raya confirm naik balik lar.Sebab kalau setakat jangka pendek memang kita akan senang tergelincir selepas itu, Semak semula impian dan kalau boleh adjust supaya ia berpanjangan, contohnya selepas dapat capai turun 5kg pertama, target nak tingkatkan fitness pula seperti nak mula larian 5km, supaya ada cabaran kepada diri kita
2. Buang Sikap Malu dan Malas dan Alasan Bagai
Kadang kala kita rasa malu untuk bermula semula, takut pada masyarakat menghina kita, kenalah sabar sedikit sebab yang nak kurus kita, yang nak sihat kita, orang lain setakat mengata tidak akan membantu apa apa pun, yang penting kita perlu rajin jaga badan kita semula, merdekakan diri dari Lemak dan jangan malas berubah!
3. Belajar Cara Pemakanan Sihat
Nak turun berat badan perlukan 80 peratus pemakanan, jadi paling terbaik belajar cara nak makan dengan betul, ikut tertib dan adabnya.Tiada maknanya kalau nak crash diet tak nak makan, akhirnya metabolisme turun, lemak tak tak akan turun. Makan ikut portion dan keperluan harian kita barulah senang badan untuk jadi sihat
4. Dapatkan Coach Turun Berat
Kita perlu juga pemantauan dan tips dari coach sebab kalau kita buat sorang sorang memang dapat hasil tapi kalau ada panduan dan dorongan dari coach mesti dapat hasil lebih baik,sebab kita akan dapat tahu apa sebenarnya kelemahan kita, apa perlu diperbaiki dan yang paling penting penurunan ini kekal.Coach pun sebelum ini pernah gemuk, pernah rasa susah nak turun berat, pernah nak giveup juga! Ambil pengalaman ini untuk jadikan Inspirasi kita
5. Dapatkan Nutrisi Terbaik
Penurunan berat badan akan berlaku dengan mengurangkan kalori yang kita makan, tetapi jangan abaikan Nutrisi Seimbang, badan memerlukan zat yang mencukupi supaya boleh membersihkan sel, meningkatkan penyerapan dan membina sel yang baru, sebab itu saya syorkan Herbalife sebagai pengganti makanan kita, sangat rendah kalori tetapi nutrisinya tinggi
6. Sentiasa Minum Air
Ramai yang gagal sebelum ini sebab lapar, dan ada yang lapar sebab sebenarnya dehyrated, kurang air dalam badan, setiap 25kg berat badan kita perlukan 1 liter air putih, mulakan dengan minum air dahulu insya Allah perubahan besar akan berlaku.
7. Senaman Membakar Lemak
Senaman amat penting untuk mulakan kick start kita, sebab apabila kita bersenam metabolisme badan akan meningkat, dan ada kesan pembakaran lemak selepas bersenam, yang paling penting minum air putih dan jaga kalori selepas bersenam, jangan sibuk nak jogging baru 300 kalori lepas itu belasah makan dah 1000 kalori! Sebab itu kena tahu apa tujuan senaman, ramai yang bersenam tapi berat maintan atau paling teruk makin gemuk ada sebab belasah makan kononnya sudah bersenam
Ok ini dahulu perkongsian hari ini.Semoga dirahmati dan jadikan diri kita terbaik kali ini.
Salam Warahmah, Kalau anda ingin turun berat badan membina otot dan mengekalkannya kita mesti mengetahui kepentingan Protein ini.
Ok Jom kita bincang mengenai protein, ramai yang mencari apa sebenarnya protein dan kenapa kita perlu pastikan kita mengambilnya dengan secukupnya mengikut keperluan badan kita setiap hari.Saya biasa berkesempatan memberikan Taklimat Kesihatan dan Seminar Gaya Hidup Sihat, selalu tanya pada hadirin yang datang belajar.Paling kelakar ada yang cakap Nasi Pun Protein, kita boleh bantu komuniti kita dengan berkongsi ilmu kesihatan supaya boleh memberikan manfaat kepada semua
Tips mudah untuk kita dapatkan saiz makanan yang sesuai semasa makan tengahari kita.
PROTEIN
Pertama kita pastikan Protein yang kita ambil sebesar tapak tangan kita, biasanya kalau kita beli nasi ayam kadang kala saiz ayamnya kecil sangat dan termasuk kulit dan minyak lagi.Jadi saya biasa buang kulit dan ambil 2 ketul, untuk portion protien yang diperlukan.
KARBOHIDRAT
Sumber karbohidrat adalah seperti nasi (nasi perang paling baik) kentang, pasta, mee, bihun pastikan satu genggam atau kurang sikit dari satu genggam kita, kalau kita badan besar dan penumbuk kita besar maknanya kita boleh makan lebihlah heheh.
SERAT
Sayur walaupun termasuk dalam karbohidrat tetapi ia tinggi serat, boleh letakkan banyak banyak penuhkan pingggan, paling bagus sayur ini warna warni, kalau anda beli di kedai pesan sayur campur kurang minyak dan kurang garam.Buah Buahan juga boleh digunakan untuk meningkatkan tahap fibre dalam makanan kita
Selamat Menjamu Selera, boleh nak makan cuma makan ikut keperluan badan kita, kunyah slow slow dan enjoy!
Hubungi saya untuk Program Pengurusan Berat Badan, Sarapan Sihat dan Rendah GI
Ramai yang mencari SOLUSI Turun Berat Badan pada awal 2015, kaedah paling bagus dan selamat adalah dengan mengetahui kadar metabolisma kita, contohnya BMR kita 1500-2000 sehari
Kalau ingin turun berat badan kita boleh kurangkan 300-500 kalori setiap hari, tambah dengan 30 minit senaman sehari, yang paling penting setiap coach akan memantau progress anda, kalau ada yang tinggal di Shah Alam, kami ada 24 Fit Challenge setiap bulan untuk membantu dapatkan hasil terbaik.
Hubungi saya untuk Program Pengurusan Berat Badan, Sarapan Sihat dan Rendah GI
Salam Warahmah, semoga sihat ceria dan gembira hari ini.
Kalau anda seorang yang gemuk atau obes, mesti banyak persoalan yang timbul mengenai senaman ini. Boleh Ker saya bersenam? Tidak bahaya ker?
Jawapannya BOLEH, dan AMAT DIGALAKKAN, yang penting mesti tahu kaedah terbaik untuk bersenam.Kalau sakit lutut atau banyak cabaran kesihatan, kita perlu pastikan jenis senaman yang sesuai dahulu.Tanya Doktor yang merawat anda sebelum memulakan senaman yang aktif.
Saya ingin kongsi apa yang saya lakukan dan boleh juga ditambah dengan tips yang bermanfaat.PALING PENTING fokus kepada hasil diri sendiri, jangan banding dengan orang lain kerana hasil tidak sama berdasarkan usaha dan juga sejauh mana kita boleh adaptasi.
Salam Warahmah, hari ini saya ingin berkongsi pengalaman kali pertama terjebak dengan Latihan Viper Challenge.Saya dijemput oleh mentor dan sahabat baik saya Dr Idros untuk menyertai cabaran ini yang akan berlangsung pada 14-15 Mac 2015.
" Viper challenge is a 20km Obstacle Course Challenge, which is
predominantly filled with man-made obstacles that will put both heart
and spirit to the test. It is Asia's first and largest obstacle
challenge, like no other. Imagine obstacles Designed to take you out of
your comfort zone, you will enter the challenge either as an individual
warrior or as part of a team... Whichever way you enter, you will
finish understanding that cooperation and teamwork will be the likely
factors that will help you to get across that finish line, without it,
you will find it difficult to succeed. Even individual Warriors will
depend on others participating in the course alongside them for a boost
at times."
Masya Allah, kena lari 20km bersama halangan! yang bestnya kita buat secara teamwork dan taglinenya "no one left behind!" hahahah.. kalau cam ni saya rasa bolehlah nak join sebab ada TEAM SUPPORT, dan ada PELUANG untuk UBAH diri dan KELUAR dari ZON SELESA!
Salam Warahmah, semoga hari ini lebih sihat ceria dan gembira, kita sudah hampir ke penghujung tahun ini, jadi bagi kita yang ada matlamat untuk sihat dan langsing sebelum 2015 bolehlah mulakan tabiat gaya hidup sihat.
Hari ini saya ingin berkongsi mengenai protein, saya merujuk kepada panduan daripada Dr David Heber, M.D., Ph.D
Kita Lihat ramai yang mempromosikan diet baru yang mementingkan kuasa protein.Ia amat penting termasuklah bagi kita yang ingin menurunkan berat badan, mengekalkannya dan menambah berat.Kepentingan protein melangkaui paras rupa fizikal dan pembinaan otot
Keperluan Bagi Semua
Protein ialah komponen yang penting bagi setiap sel dalam badan.Ia adalah sebatian organik, yang terdiri daripada 22 asid amino, juga dikenali sebagai blok pembina hayat.Protein disimpan dalam otot dan organ, dan badan menggunakannya untuk membina dan memperbaiki tidu, juga untuk pengeluaran enzim dan hormon.Protein juga membolehkan darah membawa oksigen ke seluruh badan.Bersama sama lemak dan karbohidrat, protgein ialah "nutrien makro" bermakna badan memerlukan sejumpah yang agak besar.Institut Perubatan di Akademi Sains Kebangsaan USA membuat kesimpulan bahawa keperluan protein harian kita sepatutnya 10 peratus hingga 35 peratus daripada keseluruhan pengambilan kalori kita, dengan orang lelaki memerlukan lebih banyak sedikit berbanding wanita (Suka saya dapat bahagian protein lebih).Kekurangan protein boleh menyebabkan kehilangan jisim otot, keimunan yang berkurang, juga menjadikan jantung dan sistem respirator lemah.
Bagaimana Protein Memberi Kesan kepada Berat Badan Anda
Populariti meluas diet berprotein tinggi adalah sebahagian besar kerana kebolehannya mengurus rasa lapar.Apabila Protein diserap, ia menghantar signal kepada Otak untuk mengurangkan rasa lapar anda.Lagi satu kelebihan protein ialah meningkatkan Metabolisme dengan mengekalkan jisim otot.Semakin kita menjadi tua, jisim otot semakin berkugan tanpa senaman, jadi kekal sihat ialah kunci kepada membakar lemak dengan mengekalkan metabolisme tinggi.Protein jjuga membawa kepada pengurangan peningkatan pantan naik dan turun gula darah dan insulin, jadi anda mengelakkan "tinggi dan rendah gula" selepas makan gula-gula tanpa protien yang mencukupi.Makanan tertentu, bagaimanapun, menyediakan sumber protein yang lebih sihat berbanding yang lain.
Mempertimbangkan Punca
Anda boleh mendapat sumber protein yang menyihatkan tanpa kadar tinggi lemak tepu.Contohnya kacang soya, kacang dan bijian sempurna menyediakan protein tanpa banyak lemak tepu dan menawarkan banyak serat dan nutrien mikri yang menyihatkan juga.Jika anda sedang mencari lagi satu cara hebat untuk mendapatkan protein menyihatkan sumber protein sayur-saruran yang ditemui dalam Shake Formula 1 Herbalife, berkualiti tinggi dan mempunyai kadar kalori yang lebih rendah tanpa lemak tambahan langsung.Produk herbalife mengatur secara peribadi pengambilan protein harian anda untuk dipadankan dengan keperluan harian tubuh badan anda.Dengan pelbagai shake dan snek program pengurusan berat badan Herbalif membantu anda membina dan mengekalkan otot tanpa lemak sambil menyediakan sokongan pengurusan berar badan yang menyihatkan.
Anda kita telah menambah pengetahuan anda mengenai
protein, oleh itu anda secara efektif boleh mempertingkatkan diet anda
dan membolehkan pembentukan kesihatan yang baik
Beriku adalah senarai makanan dan kandungan proteinnya dalam gram.
• Kacang (hitam, pinto, dll.): ½ cawan (dimasak) = 7 gram
• Kacang Dhal: ½ cawan (dimasak) = 9 gram
• Kuinoa: ½ cawan (dimasak) = 6 gram
• Tauhu: ¼ blok = 7 gram
• Burger Sayur: one burger = 5 -20 gram
Note: Sesetengah bijirin sarapan yang sedia dimakan ada punca protein 10gm setiap hidangan
Makanan HERBALIFE
• Formula 1 shake dengan 500ml (susu tanpa lemak): satu hidangan = 18 gram
• Formula 3 Whey Protein satu sudu = 5 gram
• Protein Bar: Satu bar 36g = 12 gram
Menu Makan tengahari semalam, home made kacang dhal bersama tauhu dan brokoli dimakan dengan lempeng whole wheat
Salam Warahmah... Ramadan datang lagi tahun ini, Bulan Rahmat dan penuh keberkatan.Mesti ramai yang ingin perubahan besar berlaku pada tahun ini, ingin menjadi lebih sihat, lebih ceria, boleh beribadah dengan lebih sempurna, dan bertenaga untuk aktiviti harian kita.Alhamdulillah saya tahun ini Ramadan ketujuh untuk berpuasa bersama keluarga nutrisi Herbalife
Saya ingin kongsi Tips awal untuk kita Sihat bertenaga di Bulan Ramadan bersama Herbalife
1. Tulis Matlamat dan Rancang Aktiviti Bulan Ramadan
Bagus kita mulakan dengan merancang apa aktiviti dan juga amalan yang kita ingin buat masa bulan Ramadan, inginkan Badan lebih Sihat untuk senang beribadah, ingin Badan Fit dan Kurus Sebelum Raya? atau ingin Kulit lebih sihat cantik berseri menyambut lebaran.Kita boleh sihat dari segi mental kita, dari segi spiritual kita dan juga fizikal kita.Tujuan kita berpuasa adalah mengabdikan diri kepada Allah dan bulan ini kita inginkan kesihatan dan dapat capai amalan sebanyak yang mungkin
Program Penurunan
Berat Badan yang betul akan menyeimbangkan sistem tubuh badan TANPA membuat
kita menjadi LAPAR dan PEMBUANGAN LEMAK berlaku dengan CEPAT
Apa
bezanya sekiranya kita BERDIET untuk TURUN BERAT BADAN?
Biasanya apabila kita mula BERDIET kita akan mula mengurangkan makanan harian, termasuk mengurangkan
jumlah NUTRISI yang diperlukan untuk sistem badan.
Apa yang berlaku
seterusnya ? Badan
menerima nutrisi yang kurang dan kurang nutrien dan hasilnya mereka mula KEHILANGAN JISIM OTOT. Dalam
erti kata lain kita memakan OTOT kita Sendiri!. Apabila kita berhenti berdiet, Kita kembali makan seperti sebelum ini TETAPI Kita mempunyai KURANG JISIM OTOT dan ini menyebabkan kita akan kembali ke
tubuh badan asal sebelum diet atau yang paling teruk berat badan kita jadi
berganda bertambah!
Mengapa Sistem Penurunan Berat Badan Herbalife berbeza?
Sistem Penurunan Berat Badan Herbalife adalah berbeza kerana ia benar-benar memberi keperluan
badan kita dengan betul , jadi kita TIDAK LAPAR.
Apa yang
berlaku apabila anda tidak menyerap nutrien ? Pertama
sekali, anda mula berasa seperti anda memerlukan lebih banyak makanan -
peningkatan selera anda seperti juga keinginan anda . Ini
adalah reaksi biologi yang mudah: badan anda tidak menyerap nutrien supaya otak
anda berkata "Saya tidak mendapat nutrien yang mencukupi , saya mesti
lapar" , jadi anda mengidamkan makanan dan anda makan lebih banyak -
tetapi anda tidak pernah berpuas hati . Anda kemudiannya
menjadi penat daripada kekurangan pemakanan. Apabila
villi anda tidak sihat , badan anda difikirkan ia kelaparan dan kedai bukannya
lemak terbakar.
Produk-produk
Herbalife adalah Nutrisi Selular . Hanya
memakan makanan yang baik dan menambah pemakanan tambahan tidak akan membuat
apa-apa perbezaan kepada cara anda rasa jika badan anda tidak dapat sepenuhnya
dihadam dan menyerap semua nutrisi yang anda makan.
Sebab sebenarnya kebanyakan
orang menjadi berat badan berlebihan adalah disebabkan oleh “KEKURANGAN ZAT” pemakanan.
Apabila
anda tidak memberi makan badan dengan betul ia keinginan makanan yang banyak ia
sebenarnya keperluan ; badan kita
keinginan GULA dan LEMAK. Orang
sering berputus asa diet atau " CHEATING" kerana mereka tidak tahan
dengan rasa LAPAR . Ia menjadi terlalu
SUSAH dan PERIT dan Kita akan BERHENTI dan GIVEUP!
Tidak
kira bagaimana baik pemakanan anda , jika anda tidak menyerap nutrien – Ia seperti
membazir!
Dalam
usus kecil anda terdapat jejari-jejari seperti dipanggil villi atau villus . Adalah melalui
villi ini penyerapan berlaku.
Saban tahun demi tahun ,
villi anda menjadi rosak dan pecah Perkara-perkara yang merosakkan villi anda
termasuk:
Nutrisi Sellular
Menggunakan ilmu yang diperolehi dari Kejayaan Dunia Botanikal, sepanjang 6000
tahun.Pemakanan makanan dari sumber Asli tanpa pengawetan, racun dan juga
reaksi kimia yang membahayakan kita seperti yang terdapat di makanan generasi
sekarang seperti makanan segera, makanan yang diproses dan makanan diawet.
Pemakanan Herba dengan menggunakan teknologi
moden yang terbaik untuk membantu badan kita membersihkan dan menyahtoksik supaya
sel-sel - unit hidup paling kecil - boleh sebagai disuburkan sepenuhnya yang
mungkin.
Ini
membolehkan sel-sel untuk berkembang, menambah pembaikan dan untuk melaksanakan
fungsi mereka dengan kecekapan yang terbaik supaya kita RASA dan KELIHATAN
lebih BAIK dan lebih mampu untuk MENCEGAH dan MELAWAN PENYAKIT. Apabila
badan bermula untuk membersihkan dirinya daripada toksin dengan lebih cekap
dapat menyerap nutrisi .
Sekiranya
kita ingin mengekalkan berat badan kita supaya sentiasa IDEAL, kita perlu
pastikan kita memberikan terbaik kepada Fungsi Sel kita supaya badan kita boleh
membina semula VILLI yang lebih SIHAT seperti kita berada di zaman muda / kanak
kanak dahulu
Salam Warahmah, Selamat datang ke Bulan Disember, tidak lama lagi kita akan menutup tirai 2013, pasti banyak kenangan suka duka kita selama kita berada di bumi milikNYA.
Mari kita renung semula apa tujuan hidup kita, setiap hari kita bangun pagi kita masih diberikan nafas untuk meneruskan hayat kita.
Setiap hari saya bersyukur dapat bangun dari tidur, melihat isteri dan anak yang disayangi berada bersama sama, syukur tidak terhingga di atas nikmat ini, Allah pinjamkan kita untuk kita sentiasa mengingatiNYA
Segala perbuatan dan amalan kita harian adalah ibadah, yang penting disertakan niat yang betul.
Semalam kami dapat peluang menziarahi keluarga Wak Amit dan Ustazah Laili dan juga Untie Sunarti.Mereka adalah sebahagian dari perjalanan hidup saya dalam misi nutrisi ini, susah senang saya selama ini kami lalui bersama.
Sudah hampir 4 tahun saya memperkenalkan misi nutrisi pada sahabat dan seperti keluarga saya sendiri.
Bayangkan ketika permulaan saya mengembangkan misi nutrisi di Ijok, ramai yang tidak percaya dan tidak yakin, apatah lagi saya membuat keputusan FULL TIME HERBALIFE ketika itu.Saya
bergantung kepada Allah kerana denganNYA kita dapat rezeki dan kebaikan selama ini.
Dari Satu Kelab Rumah kepada lebih 20 kelab rumah ditubuhkan, walaupun banyak tinggal kenangan, tetapi kenangan dan pengalaman ini saya jadikan alasan untuk terus belajar dan teruskan bangun diri ini
Hari ini saya ingin kongsi perjalanan kami yang pernah ke Bali 2010, membawa sahabat sahabat dari ijok, terima kasih Dr Idros yang upload gambar ini.
Kami bercuti sambil belajar di Bali, First time juga kami ke sana, takut pun ada sebab tidak pernah jejak pulau ini dan Alhamdulillah perjalanan kami pergi dan balik dirahmati.Untie Sunarti datang bersama saudara maranya, Wak Amit, Wak Sahman, Ustazah Sasliza dan anak anak.Ketika itu saya masih single, belum ada isteri dan anak, namun saya nampak sendiri pengorbanan dan ketabahan seorang ibu dan ayah menjaga anak anaknya.Wak Sahman sebelum ini bekerja di syarikat motorsikal terkemuka dan ustazah merupakan guru agama di ijok.Nampak keriangan dan kegembiraan di wajah mereka semua
Ketika di sana kita adalah post meeting setiap kali tamat sesi pembelajaran, dan ternyata ramai yang bersemangat untuk berubah dan memperbaiki diri.Coach saya Kak Aishah Harun dan Abang Ishak pun ada bersama kami, terima kasih coach kerana memperkenalkan herbalife dalam hidup saya
Ibu Dame dan Pak Najib antara yang memberikan perkongsian ketika di Bali, pasangan ini sangat luar biasa dan semangat ini menyebabkan sekarang indonesia sudah ada lebih 40 president team member, hanya kerana visi dan misi merubah orang ramai.
Untie Sunarti berjaya melayakkan diri makan malam bersama success team, dalam gambar ini ada Ibu Haslina dari Kuantan, Ibu Zaini dari Jitra suri rumah tangga pun boleh berjaya dan meneruskan misi nutrisi
Wak Amit seorang pekerja kontrak, dari seorang yang sangat pemalu, bergantung pada majikan, selepas 4 tahun sekarang memiliki perniagaan sendiri, jadi bos sendiri, dan membantu ramai menjadi sihat ceria dan gembira sentiasa.Semoga perjalanan wak amit dan ustazah laili diberkati, semoga Allah membalas jasa baik pasangan luar biasa ini, saya sentiasa mendoakan mereka berjaya dan saya akan meneruskan misi ini bagi membantu ramai lagi yang ingin berubah.
Doakan kami semua, perjalanan kami baru bermula
Inginkan badan ideal pada 2014? atau ingin jana pendapatan tambahan tanpa mengganggu pekerjaan anda sekarang? Call Dr Kamarul 0162090812
Income applicable to the individuals (or examples) depicted and not average.
Salam Ramadan!! Alhamdulillah kita sudah seminggu di bulan mulia ini.Hari ini Saya ingin kongsikan perjalanan di Melbourne, Kita ke Philips Island yang terletak 140km dari Kota Melbourne.Destinasi Sangat Penting untuk kita lawati sekiranya berada di Victoria. Boleh check websitenya http://www.visitphillipisland.com/
Kami dapat Peluang untuk lihat sendiri Ladang Kambing, Sesi Bersama Penguin Pulang Petang dan Chocolate Factory!
Perjalanan mengambil masa hampir 3 jam, kami dapat lihat pemandangan indah, ada banyak ladang penternakan lembu susu dan banyak kawasan pertanian.
Alhamdulillah ramai yang risau apabila hendak bermusafir di negara orang, kami bersyukur dapat ke Bangkok Thailand baru baru ini dan dapat berpeluang menikmati juadah halal disana.
Saya ingin kongsi 4 Lokasi yang kami singgah semasa di bangkok
1) Sana Restaurant
2) Yana Restaurant
3) Piri Piri Restaurant
4) New Delhi Restaurant
5) Room Made Potluck @ Siap Sendiri
Alhamdulillah Syukur keatas RahmatMU, segala rezeki dan nikmat ini semoga merapatkan diri kita kepadaNYA.Ku Mohon keampunan diatas segala salah dan silap selama ini, Ya Allah bukakan Pintu Taubat dan Ampunkan Segala dosa dosa hambaMU ini.
Kembara Dr Kamarul kali ini ke Bangkok, Extravaganza, hari ini terkenang kepada Allahyarham Opah Shamsiah, Beliau merupakan sumber inspirasi kepada saya kerana seorang berumur 63 tahun pun boleh buat keputusan untuk mengubah masa depannya dan hadir bersama ribuan delegasi dari malaysia, Extravaganza 2011 yang lepas di Bangkok juga.
2 Tahun berlalu begitu cepat, kalau dulu pergi Bersama Isteri Tercinta, Siti Aisyah, kami Sempat Honey Moon di Kota Bangkok, kali ini kami bawa Litte Riduan bersama sama kami.
Perasaan Syukur, sebak dan rasa amat tenang kerana perjuangan membantu ramai orang jadi sihat ceria dan gembira banyak hasil suka duka yang kami lalui bersama sama.
Kenapa saya sudah 5 kali masih lagi ke Extravaganza? Saya ingin KUATKAN WHY HERBALIFE saya dan Saya ingin UPGRADE kehidupan ini dan yang paling penting ingin Mencari KEREDHAAN ALLAH.
Persediaan sudah hampir siap, kami Layak VIP EXTRAVAGANZA dan kami ingin membawa misi ini untuk persediaan ke NEXT LEVEL.