Income applicable to the individuals (or examples) depicted and not average.
Salam Ramadan!! Alhamdulillah kita sudah seminggu di bulan mulia ini.Hari ini Saya ingin kongsikan perjalanan di Melbourne, Kita ke Philips Island yang terletak 140km dari Kota Melbourne.Destinasi Sangat Penting untuk kita lawati sekiranya berada di Victoria. Boleh check websitenya http://www.visitphillipisland.com/
Kami dapat Peluang untuk lihat sendiri Ladang Kambing, Sesi Bersama Penguin Pulang Petang dan Chocolate Factory!
Perjalanan mengambil masa hampir 3 jam, kami dapat lihat pemandangan indah, ada banyak ladang penternakan lembu susu dan banyak kawasan pertanian.
STOP PERTAMA :CHURCHIL ISLAND
Pulau ini dibuka pada awalnya sebagai tempat menanam ubi dan gandum, tapi disebabkan pemilik asas tidak dapat menjana keuntungan, beliau jual seluruh tempat ini.
Little Riduan pun buat sign Thumbs Up!
First time tengok Pokok Lemon!
Sesi Kambing Buang Bulu
STOP Kedua :Chocolate Factory
Hahaha.. suka hati bila sampai kilang chocolate! Di buat Fresh di sini dan yang best kita dapat peluang lihat proses dari biji koko sehinggalah siap dan boleh rasa!
Muka orang SUPER EXCITED bersama Chocolate!
Little Riduan Tidur time ini, dari mula sampai sampai habis heheh letih tengok kambing tadi
Semua berasaskan chocolate sampai mereka ada sign jangan jilat dinding!
Gambar ini menarik sebab Mereka susun chocolate sampai keluar muka manusia, saya tak tahu siapa beliau ini
STOP KETIGA: Penguin Parade!
Kami sangat teruja nak jumpa Penguin! Hati hati, kalau ada nampak time bazar ramadan itu sebenarnya Manusia yang berjalan seperti Penguin! hahaha sebab penuh makanan dan tombam!
Kalau nak tengok penguin mesti datang sebelum maghrib di sini, sebab rutin para penguin akan balik dari mencari rezeki di lautan selepas senja, kita boleh lihat di tepi pantai mereka mendarat dan berjalan berpasukan menuju sarang rumah mereka
Kita tidak dibenarkan ambil gambar bagi melindungi mata mata penguin, so kami tak dapat share kegembiraan melihat aksi penguin, anda boleh rujuk di bawah
Boleh Check Website ini untuk details
http://www.penguins.org.au/attractions/penguin-parade/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan