Jumaat, 6 Disember 2013

Taqwa Penyelesaiannya

Salam Jumaat Semua, semoga hari ini diberikan kita keberkatan hidup ini dan diberikan sinar harapan untuk meneruskan misi kita di dunia ini.

Saya terpanggil untuk berkongsi hari ini selepas menghadiri Solat Jumaat di Masjid Sungai Kandis, Khatib yang bertugas menyampaikan khutbah mengenai Taqwa.

Apa yang dimaksudkan Taqwa?

Maksud taqwa ialah menunaikan perkara yang diwajibkan oleh Allah ta’ala serta meninggalkan perkara yang dilarang olehNya.
Hamba Allah yang bertaqwa itu adalah mereka yang menunaikan kewajipan dan meninggalkan larangannya.
Sekiranya mereka mati dalam keadaan tersebut nescaya mereka terpelihara dari azab neraka dan akan terus dimasukan ke dalam syurga

Cuba kita tanya pada diri kita sendiri, Bagaimana kita boleh melihat sedangkan ada yang memiliki mata tetapi Buta, bagaimana kita boleh berjalan sedangkan ada yang memiliki kaki tetapi lumpuh, bagaimana kita boleh mendengar sedangkan ada yang memiliki telinga tetapi pekak, bagaimana kita boleh bernafas sedangkan ada yang memiliki paru paru tetapi terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.

Apa Tujuan sebenar kita dilahirkan? Dari kecil kita dibesarkan kemudian dihantar ke sekolah kemudian sambung belajar di menara gading dan selepas lulus sambung kerja, berkeluarga dan teruskan lagi kitaran ini.

Seringkali kita dilanda musibah, bencana dan masalah dan ketika itu kita perlu kembalikan diri kepadaNYA, tidak kita apa waktunya, semasa senang atau semasa diuji.Kita diuji di dunia ini adalah untuk mendekatkan diri kepada Pencipta, kita adalah hambaNYA.

Setiap kali kita melangkah keluar mencari rezeki, paling utama kita perlu bijak memilih perkara yang baik dalam semua aspek kehidupan kita.

Seperti pemakanan, ada yang halal ada yang haram ada yang syubahat.Allah merahmati kita dengan panduan daripada Al-quran dan As Sunnah untuk menentukan setiap ketetapan.Bila kali terakhir kita membuka Al-Quran, membaca dan menghayati isi kandungannya?

Allah akan memelihara hidup kita sekiranya kita sentiasa mengingatiNYA, meningkatkan iman dan taqwa kita setiap hari

 The Law Of Attraction, hukum menarik ada dikupaskan dalam

http://muslimtribune.org/reviews/new-age/law-attraction-islamic-perspective-0

Semoga Allah merahmati kita setiap hari, memberikan kita kekuatan untuk meneruskan kehidupan kita dan sentiasa meletakkan kita dikalangan hambanya yang Soleh dan Solehah.

Mari kita hayati Ayat ini

Selasa, 3 Disember 2013

Mencari Ketenangan dan Rahmat

Salam Warahmah, Selamat datang ke Bulan Disember, tidak lama lagi kita akan menutup tirai 2013, pasti banyak kenangan suka duka kita selama kita berada di bumi milikNYA.

Mari kita renung semula apa tujuan hidup kita, setiap hari kita bangun pagi kita masih diberikan nafas untuk meneruskan hayat kita.

Setiap hari saya bersyukur dapat bangun dari tidur, melihat isteri dan anak yang disayangi berada bersama sama, syukur tidak terhingga di atas nikmat ini, Allah pinjamkan kita untuk kita sentiasa mengingatiNYA

Segala perbuatan dan amalan kita harian adalah ibadah, yang penting disertakan niat yang betul.

Semalam kami dapat peluang menziarahi keluarga Wak Amit dan Ustazah Laili dan juga Untie Sunarti.Mereka adalah sebahagian dari perjalanan hidup saya dalam misi nutrisi ini, susah senang saya selama ini kami lalui bersama.

Sudah hampir 4 tahun saya memperkenalkan misi nutrisi pada sahabat dan seperti keluarga saya sendiri.

Bayangkan ketika permulaan saya mengembangkan misi nutrisi di Ijok, ramai yang tidak percaya dan tidak yakin, apatah lagi saya membuat keputusan FULL TIME HERBALIFE ketika itu.Saya
bergantung kepada Allah kerana denganNYA kita dapat rezeki dan kebaikan selama ini.

Dari Satu Kelab Rumah kepada  lebih 20 kelab rumah ditubuhkan, walaupun banyak tinggal kenangan, tetapi kenangan dan pengalaman ini saya jadikan alasan untuk terus belajar dan teruskan bangun diri ini

Boleh baca Blog isteri tercinta saya untuk ketahui kelab rumah  Kelab Rumah Wak Amit & Ustazah Laili

Hari ini saya ingin kongsi perjalanan kami yang pernah ke Bali 2010, membawa sahabat sahabat dari ijok, terima kasih Dr Idros yang upload gambar ini.

 Kami bercuti sambil belajar di Bali, First time juga kami ke sana, takut pun ada sebab tidak pernah jejak pulau ini dan Alhamdulillah perjalanan kami pergi dan balik dirahmati.Untie Sunarti datang bersama saudara maranya, Wak Amit, Wak Sahman, Ustazah Sasliza dan anak anak.Ketika itu saya masih single, belum ada isteri dan anak, namun saya nampak sendiri pengorbanan dan ketabahan seorang ibu dan ayah menjaga anak anaknya.Wak Sahman sebelum ini bekerja di syarikat motorsikal terkemuka dan ustazah merupakan guru agama di ijok.Nampak keriangan dan kegembiraan di wajah mereka semua


Ketika di sana kita adalah post meeting setiap kali tamat sesi pembelajaran, dan ternyata ramai yang bersemangat untuk berubah dan memperbaiki diri.Coach saya Kak Aishah Harun dan Abang Ishak pun ada bersama kami, terima kasih coach kerana memperkenalkan herbalife dalam hidup saya
 Ibu Dame dan Pak Najib antara yang memberikan perkongsian ketika di Bali, pasangan ini sangat luar biasa dan semangat ini menyebabkan sekarang indonesia sudah ada lebih 40 president team member, hanya kerana visi dan misi merubah orang ramai.

 Untie Sunarti berjaya melayakkan diri makan malam bersama success team,  dalam gambar ini ada Ibu Haslina dari Kuantan, Ibu Zaini dari Jitra suri rumah tangga pun boleh berjaya dan meneruskan misi nutrisi
 Wak Amit seorang pekerja kontrak, dari seorang yang sangat pemalu, bergantung pada majikan, selepas 4 tahun sekarang memiliki perniagaan sendiri, jadi bos sendiri, dan membantu ramai menjadi sihat ceria dan gembira sentiasa.Semoga perjalanan wak amit dan ustazah laili diberkati, semoga Allah membalas jasa baik pasangan luar biasa ini, saya sentiasa mendoakan mereka berjaya dan saya akan meneruskan misi ini bagi membantu ramai lagi yang ingin berubah.

Doakan kami semua, perjalanan kami baru bermula



Inginkan badan ideal pada 2014? atau ingin jana pendapatan tambahan tanpa mengganggu pekerjaan anda sekarang? Call Dr Kamarul 0162090812

Jumaat, 22 November 2013

Homemade Grilled Chicken with Rocket Salad

Hari ini menu Grill Chicken dengan Sayur Rocket (Jerjer)

 
Salam Semua, Menu hari ini masak di rumah, Saya pilih seperti biasa Ayam bahagian dada, perap dengan lemon, bawang putih, lada hitam dan juga sedikit garam.Selepas itu bakar guna pemanggang ajaib sehingga masak.

Khamis, 31 Oktober 2013

Tandoori fish

Salam Warahmah, Menu hari ini Ikan Dory Masak Tandoori.Bersama Sayur Brokoli dan Kobis Unggu

 

Cara penyediaan, saya gunakan cili serbuk, yogurt, dan sedikit rempah kari, garam, lemon.Macam biasa bakar gunakan pemanggang ajaib atau kalau tidak ada boleh guna ketuhar atau pan biasa.

Beras saya guna herbaponni yang rendah glycemic index, bagus untuk kawal gula dalam darah.

Isnin, 28 Oktober 2013

Ahad, 27 Oktober 2013

Sekarang Masanya, Jom Level 10!

Alhamdulillah kita masih ada satu hari lagi untuk berbakti kepadaMU, Syukur masih lagi diberi peluang untuk mengubah hidup ini, dan semoga segala perjalanan ini diberkati.
Hari ini Sempena Bulan Rahmat, Para Hujjaj telah selesaikan ibadah Haji dan juga ramai telah berkorban untuk tahun ini.Kami mengambil bahagian untuk Aktiviti Korban di Negara Kemboja, terima kasih Ustaz Sayuti yang mengendalikan usaha murni ini.

Perkongsian kali ini saya ingin mengumumkan saya ingin Korbankan Semula lemak lemak yang ada di Badan ini.Selepas 3 tahun kita berehat, sudah tiba masanya kita Fokus Semula kepada proses memperbaiki diri semula.

Kami baru balik dari Bangkok, perkongsian Hebat dari David Solomon, seorang Ahli Team President, beliau sebelum ini Sangat Aktif menyertai Olahraga Martial Arts, namun disebabkan terdesak kewangan terpaksa tinggalkan bidan tersebut dan jadi buruh kasar, menggunakan fizikalnya yang gagah itu.Saya teruja melihat seorang yang banyak kemahiran berkoban untuk menyara hidupnya dan apabila dapat peluang herbalife beliau terus mengambil serius sehingga sukses sekarang.

Apa yang beliau pesankan, kita perlu hati hati dengan kata kata kita, Awasi tingkah laku kita dan Guna Produk secara SERIUS dan dapatkan HASIL TERBAIK

Kalau kita ada pilihan SARAPAN pagi, ada Shake Nutrisi di Sebelah kanan, dan ada Omelete dan Sosej di kiri, kita perlu lebih bijak memilih.Kerana kita adalah contoh kepada masyarakat

PILIHAN DEPAN MATA KITA, Semoga kita lebih serius untuk memilih yang terbaik buat kita

Saya pun akur, ada kesilapan yang berlaku selama ini.Untuk turun berat badan dan maintain kesihatan adalah tanggung jawab diri sendiri.Jangan bandingkan diri dengan orang lain, kerana yang akan menerima kesan sampingan dan terjejas kesihatan kita adalah diri kita sendiri

Alhamdulillah sejak 9 October lalu, saya buat ketetapan, ingin kembali LEVEL 10 semula.Hanya Allah tempat untuk mengadu dan hanya Allah tempat untuk kita mohon dipermudahkan usaha ini,

Walaupun Raya Haji banyak kenduri kendara, walaupun seminggu di Bangkok penuh Tomyam dan Pulut Mangga saya berjaya konsisten turun 5.5kg!! Alhamdulillah

Lima Perkara Utama yang dihayati sebagai panduan dan pedoman diri

1) Segala Usaha adalah Bergantung Kepada Rahmat dan Keredhaan Allah
2) Disiplin Diri Perlu tinggi dan Beristiqamah dalam berjuang
3) Menghayati Fungsi utama fisiologi tubuh badan, supaya lebih memahami kesan dan kebaikan pemakanan dalam diri, termasuklah konsep kalori makanan
4) Sentiasa dalam keyakinan yang tinggi, kuatkan iman daripada godaan nafsu makanan yang membahayakan dan melalaikan
5) Jadikan diri adalah contoh yang perlu diberikan kepada keluarga, rakan sahabat dan ummah.

Terima kasih kepada Kak Aishah Harun yang memperkenalkan misi nutrisi kepada saya, semoga Allah merahmati kak dan abang Ishak sekeluarga, Doakan saya sukses!
Pilihan di depan mata, Jom Sertai sama sama berubah. Sekarang adalah masanya, jangan tangguh lagi! Tunggu Hasil pada 1 November ini


Khamis, 17 Oktober 2013

Pindah ke Alam Impian

Alhamdulillah hari baru sempat untuk sambung blog ini, Unifi pun dah siap pasang dan kita boleh start menulis semula.Projek penambahan rumah di Seksyen 8 insya Allah akan siap dalam masa 6-10 bulan ini..Sekarang ada 4 bilik.. tambah 7 bilik lagi.. jadi jumlah 11 bilik!! Tqvm Abah dan Emak.. lepas ini sangat selesa untuk semua Ahli keluarga, boleh buat Family day

Sementara itu kami buat keputusan untuk pindah ke Alam Impian.. memang suasana amat berbeza di sini kerana kawasan ini kawasan baru, sangat tenang dan banyak lagi kawasan yang belum di teroka.


Riduan Sangat Happy sebab kawasan ini berpagar jadi boleh bawa beliau jalan jalan depan rumah..siap ada tempat parking keretanya lagi heheh..Kejirananya pun sangat friendly

Kami belum buat Official House Warming lagi.. yang ada hanyalah Raya Haji Baru baru ini, dan doa selamat untuk keberangkatan adik Sambung belajar di Mesir.Abah jadi imam.. Little riduan pun solat juga!


Selasa, 30 Julai 2013

Parking Kereta di LCCT

Updated = LCCT Berpindah ke KLIA2, untuk Kadar Parking KLIA2 boleh klik disini

Salam Ramadan, Bagaimana Puasa Tahun ini? Semoga dirahmati dan diberkati.

Hari ini nak berkongsi pengalaman kami masa perjalanan ke Alor Setar baru baru ini.Penerbangan pada 7pagi, jadi kita perlu ada paling lambat jam 6 pagi untuk check in bagasi.Kebetulan pada musim cuti Nuzul Al Quran, banyak permintaan pada Airport Limo, saya buat hampir 5 kali panggilan masih tidak dapat bercakap dengan operator.Kami buat keputusan untuk redah ke LCCT dan cari Parking disana.

Alhamdulillah apabila sampai di LCCT kami terus ke Kawasan Parking C, sebelah kiri sebelum masuk ke terminal.Zon C ini lebih murah banding zon A, disebabkan jaraknya lebih jauh.Kami ke Alor Setar selama 2 hari 4 jam jadi sangat berbaloi apabila menggunkan perkhidmatan parking disini berbanding mengambil airport limo.



Jumlah yang kami bayar sebanyak RM 78.50.Sangat murah banding kami menaiki airport limo.

Sebagai Rujukan boleh baca maklumat dari Website dibawah:

http://www.lcct.com.my/facilities/parking

PARKING CHARGES AT LOW COST CARRIER TERMINAL (LCCT)

Effective from midnight 1 August 2011 , the new parking charges at LCCT will be based from the rates indicated belows:

Hour ZONE A, LCCT ZONE C, LCCT
1st hour of part thereof RM 3.50 RM 2.50
2nd hour of part thereof RM 3.50 RM 2.50
3rd hour of part thereof RM 3.50 RM 2.50
4th hour of part thereof RM 2.50 RM 2.00
5th hour of part therof RM 2.50 RM 2.00
6th hour of part thereof RM 2.50 RM 2.00
7th hour of part thereof RM 2.50 RM 2.00
8th hour of part thereof RM 2.50 RM 2.00
9th hour of part thereof RM 2.50 RM 2.00
10th hour of part thereof RM 2.50 RM 2.00
11th hour of part thereof RM 2.50 RM 2.00
12th hour of part thereof RM 2.50 RM 2.00
13th hour of part thereof RM 2.50 RM 2.00
14th hour of part thereof RM 2.50 RM 2.00
15th hour of part thereof RM 2.50 RM 2.00
16th hour of part thereof up to 24th hour or part thereof RM 40.50 RM 33.50

The above rate will be re-applied after every 24 hours. The parking rates are inclusive of the 6% service tax as required by the Government

The parking charges maybe paid through any eleven (11) auto pay stations located in LCCT Terminal or at two (2) auto pay stations located near Parking Counter before exiting the parking area for each Zone.
Currently, parking charges may only be paid through cash.

TOUCH & GO
Touch & Go (TNG) facilities are available at all entry and exit. Additional charge 10% will be imposed on top of the parking tier rate.

LOSS OF TICKET
A RM50.00 penalty together with the required parking charges will be imposed for any loss or damaged ticket.

Ingin berat badan ideal 2014? atau ingin jana pendapatan tambahan tanpa menggangu pekerjaan anda sekarang? Call saya Dr Kamarul 0162090812

Rabu, 17 Julai 2013

Melbourne Qualified Vacation - Philips Island

Income applicable to the individuals (or examples) depicted and not average. 


Salam Ramadan!! Alhamdulillah kita sudah seminggu di bulan mulia ini.Hari ini Saya ingin kongsikan perjalanan di Melbourne, Kita ke Philips Island yang terletak 140km dari Kota Melbourne.Destinasi Sangat Penting untuk kita lawati sekiranya berada di Victoria. Boleh check websitenya http://www.visitphillipisland.com/

Kami dapat Peluang untuk lihat sendiri Ladang Kambing, Sesi Bersama Penguin Pulang Petang dan Chocolate Factory!

 Perjalanan mengambil masa hampir 3 jam, kami dapat lihat pemandangan indah, ada banyak ladang penternakan lembu susu dan banyak kawasan pertanian.



Rabu, 3 Julai 2013

Melbourne Qualified Vacation - KUL- MEL Emirates Airlines Inflight Meals

Income applicable to the individuals (or examples) depicted and not average. 



Saya suka naik emirates sebab makanannya halal, dan menunya menyelerakan.Kali ini dengan bantuan Brahim Catering pula, kami dihidangkan dengan Daging masak kicap dan ada Roti Jala!

Melbourne Qualified Vacation Departure Day


Income applicable to the individuals (or examples) depicted and not average. 

Alhamdulillah Sekali lagi kami dapat peluang untuk mengembara dan bercuti atas usaha setahun kami pada 2012, destinasi untuk Herbalife Asia Pacific 2013 Vacation adalah Melbourne, Australia.

Terima kasih Abah dan Cek yang hantar kami ke KLIA untuk Check in, Kaunter F4 Emirates.Syarikat Penerbangan ini sangat bagus kalau travel bersama anak kecil, kami bertiga dapat 70kg berat beg bagasi, duduk di depan bersama seat bassinet, dan dapat masuk awal di kapal terbang.Pastikan telefon atau sahkan dalam web untuk dapatkan kemudahan ini.Sangat penting.



Rabu, 26 Jun 2013

Makanan Halal Extravaganza Bangkok

Alhamdulillah ramai yang risau apabila hendak bermusafir di negara orang, kami bersyukur dapat ke Bangkok Thailand baru baru ini dan dapat berpeluang menikmati juadah halal disana.

Saya ingin kongsi 4 Lokasi yang kami singgah semasa di bangkok

1) Sana Restaurant
2) Yana Restaurant
3) Piri Piri Restaurant
4) New Delhi Restaurant
5) Room Made Potluck @ Siap Sendiri

Jap under construction


Rabu, 12 Jun 2013

Pre Departure Extravaganza Bangkok

Alhamdulillah Syukur keatas RahmatMU, segala rezeki dan nikmat ini semoga merapatkan diri kita kepadaNYA.Ku Mohon keampunan diatas segala salah dan silap selama ini, Ya Allah bukakan Pintu Taubat dan Ampunkan Segala dosa dosa hambaMU ini.

Kembara Dr Kamarul kali ini ke Bangkok, Extravaganza, hari ini terkenang kepada Allahyarham Opah Shamsiah, Beliau merupakan sumber inspirasi kepada saya kerana seorang berumur 63 tahun pun boleh buat keputusan untuk mengubah masa depannya dan hadir bersama ribuan delegasi dari malaysia, Extravaganza 2011 yang lepas di Bangkok juga.






2 Tahun berlalu begitu cepat, kalau dulu pergi Bersama Isteri Tercinta, Siti Aisyah, kami Sempat Honey Moon di Kota Bangkok, kali ini kami bawa Litte Riduan bersama sama kami.

Perasaan Syukur, sebak dan rasa amat tenang kerana perjuangan membantu ramai orang jadi sihat ceria dan gembira banyak hasil suka duka yang kami lalui bersama sama.

Kenapa saya sudah 5 kali masih lagi ke Extravaganza? Saya ingin KUATKAN WHY HERBALIFE saya dan Saya ingin UPGRADE kehidupan ini dan yang paling penting ingin Mencari KEREDHAAN ALLAH.

Persediaan sudah hampir siap, kami Layak VIP EXTRAVAGANZA dan kami ingin membawa misi ini untuk persediaan ke NEXT LEVEL.

Doakan Perjalanan ini dirahmati.


Rabu, 29 Mei 2013

Panduan Makan Paling Mantap di Dunia

Anda lapar dan ingin makan? saya ingin kongsi kaedah yang saya baru belajar semalam.

Jenis Makanan Makanan yang ada di Malaysia.Anda Makan apa setiap hari? Tahukah kita apa yang kita makan setiap hari.

Kita banyak mengambil makanan tinggi Perasa, Pengawet dan Pewarna, Kalori Sangat Tinggi, Lemak dan Garam pun Sangat tinggi.Sedap di Mata dan Mulut, tetapi sebenarnya Racun kepada Tubuh badan kita,sekiranya kita mengamalkan pemakanan ini setiap hari.
Akhirnya kita menjadi PENAGIH PEMAKANAN.Saya sebelum herbalife sama seperti kawan kawan yang lain, yang penting nafsu kenyang dan kita sudah lupa kepada asas kenapa kita perlu makan, Hidup untuk makan atau makan untuk hidup?


Cara Makan Sihat


Panduan Mudah ini, kita amalkan untuk setiap menu makanan kita,

1) Karbohidrat
genggamkan tangan anda, itu adalah porsi terbaik untuk Karbohidrat,iaitu Nasi, Mee, Roti, Mihun, Kuih Muih dan apa apa setaraf dengannya.

2) Protein
Sebesar telapak tangan kita, jumlah paling sesuai untuk protien setiap hari, bagus ambil Ikan, Ayam bahagian dada, biasanya sekiranya ada di kedai saiznya sangat kecil, boleh ambil 2 ketul setiap hidangan supaya cukup kadar yang disyorkan

3) Sayur dan Serat
Separuh pinggan adalah sayur yang diperlukan, jadi sekiranya anda di Buffet Line, ambil sayur dahulu sebelum ambil nasi

Cakap mengenai sayur, pastikan ia banyak warna, 7 warna kalau boleh sebab setiap warna ada vitamin khas mewakili zat yang diperlukan, kalau tidak cukup warna, minum shake formula 1 herbalife untuk dapatkan zat seimbang.

 Terima Kasih kepada Super Coach Eugene yang datang berkongsi di Wellness Center Seksyen 7 Kami semalam, Sangat teruja dengan hasil nutrisi yang sangat luar biasa.Sangat Manfaat kepada mereka yang SERIUS BERUBAH jadi SIHAT dan CERIA


Hubungi saya untuk Program Pengurusan Berat Badan, Get Fit Challenge, Sarapan Sihat dan Rendah GI
Dr Kamarul 0162090812 
Herbalife Independent Member

Isnin, 25 Mac 2013

Baby Riduan Gelak


Alhamdulillah kami baru balik dari Trip Raub, Gua Musang dan Akhirnya Singgah ke Cameron Highlands.Sangat inspiring apabila melihat keindahan alam ciptaan Allah, sambil membawa misi nutrisi kepada ramai yang memerlukan.



 

Ahad, 10 Mac 2013

Testimoni Turun Berat Badan

Alhamdulillah.. ramai yang kami coach dapat hasil yang luar biasa, saya cadang akan interview semua yang telah berubah menjadi lagi sihat, ada yang masih dalam program untuk turun lagi, ada sudah sampai berat badan ideal dan ingin tingkatkan kecergasan.

Sabtu, 16 Februari 2013

Akademi Sukses

Perkongsian luar biasa! jom belajar sama sama



Kami baru siapkan website baru, mengandungi Tips Menarik cara turun berat badan dan aktiviti kelab kami semuanya ada di

http://www.weightlosschallenge.com.my/

Sabtu, 19 Januari 2013

Kereta Baru dah Sampai


Alhamdulillah, Syukur segala urusan kereta dah selesai, kelakar juga masa ambil kereta ini minggu lepas, sebab tidak pernah memandu kereta mercedes.Bayangkan kali pertama gerak tersangkut sebab tak jumpa HAND BREAK! hahaha.. sebab merc pakai LEG BREAK.. dan kena tarik pemegang untuk release..

Model ini adalah C200 CGI, memang pengalaman membawanya sangat best, tekan sikit jer dah laju sampai 100km.. minyak sangat save.. 500km baru RM50!

15 Feb nanti kami qualify 1 voucher untuk lucky draw.. Doakan kami menang hadiah utama iaitu SATU LAGI C200 dari Naza Wheels!

Alhamdulillah berkat usaha selama 3 tahun bersama herbalife, semua pakai statement herbalife dan yang bestnya bank lulus tanpa penjamin!.. ini menunjukkan mereka yakin dengan company dan sistem pembayaran yang sangat telus.

Ingin Capai impian anda? Jom ikut saya ke Spectacular 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil, 25-27 Januari.. Tiket Sangat Terhad. Hubungi Segera Dr Kamarul 0162090812

Jumaat, 11 Januari 2013

Mohon Pada Allah

Salam Warahmah...

Syukur padaMU Allah.. segala limpah rezeki dan masa yang dikurniakan kepada kita hanyalah untuk mengabdikan diri kepada yang Maha Mengasihani dan Maha Pemurah.

Hari Jumaat adalah Sayyidul Ayyam.. Penghulu hari.

Antara Amalan yang baik kita lakukan adalah membaca Surah Al Kahfi. Al Quran adalah petunjuk kita untuk mencari keredhaan dan keberkatan dalam hidup.

Hari ini Saya bersyukur kerana Center baru kami sudah boleh beroperasi, kita ingin membantu masyarakat jadi sihat, ceria dan bebas kewangan.Impian saya ingin layak membayar zakat RM10,000 setiap tahun untuk bersihkan perniagaan dan membantu para asnaf.

Kepada yang ingin dibantu atau kenal sesiapa yang ingin jadi sihat turun berat badan dan menang RM 1000, boleh datang ke Kelab kami di Seksyen 7 Shah Alam, Atas Deretan Gulatis Pusat Komersil, atau call saya Dr Kamarul 0162090812


Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812