Ahad, 27 Oktober 2013

Sekarang Masanya, Jom Level 10!

Alhamdulillah kita masih ada satu hari lagi untuk berbakti kepadaMU, Syukur masih lagi diberi peluang untuk mengubah hidup ini, dan semoga segala perjalanan ini diberkati.
Hari ini Sempena Bulan Rahmat, Para Hujjaj telah selesaikan ibadah Haji dan juga ramai telah berkorban untuk tahun ini.Kami mengambil bahagian untuk Aktiviti Korban di Negara Kemboja, terima kasih Ustaz Sayuti yang mengendalikan usaha murni ini.

Perkongsian kali ini saya ingin mengumumkan saya ingin Korbankan Semula lemak lemak yang ada di Badan ini.Selepas 3 tahun kita berehat, sudah tiba masanya kita Fokus Semula kepada proses memperbaiki diri semula.

Kami baru balik dari Bangkok, perkongsian Hebat dari David Solomon, seorang Ahli Team President, beliau sebelum ini Sangat Aktif menyertai Olahraga Martial Arts, namun disebabkan terdesak kewangan terpaksa tinggalkan bidan tersebut dan jadi buruh kasar, menggunakan fizikalnya yang gagah itu.Saya teruja melihat seorang yang banyak kemahiran berkoban untuk menyara hidupnya dan apabila dapat peluang herbalife beliau terus mengambil serius sehingga sukses sekarang.

Apa yang beliau pesankan, kita perlu hati hati dengan kata kata kita, Awasi tingkah laku kita dan Guna Produk secara SERIUS dan dapatkan HASIL TERBAIK

Kalau kita ada pilihan SARAPAN pagi, ada Shake Nutrisi di Sebelah kanan, dan ada Omelete dan Sosej di kiri, kita perlu lebih bijak memilih.Kerana kita adalah contoh kepada masyarakat

PILIHAN DEPAN MATA KITA, Semoga kita lebih serius untuk memilih yang terbaik buat kita

Saya pun akur, ada kesilapan yang berlaku selama ini.Untuk turun berat badan dan maintain kesihatan adalah tanggung jawab diri sendiri.Jangan bandingkan diri dengan orang lain, kerana yang akan menerima kesan sampingan dan terjejas kesihatan kita adalah diri kita sendiri

Alhamdulillah sejak 9 October lalu, saya buat ketetapan, ingin kembali LEVEL 10 semula.Hanya Allah tempat untuk mengadu dan hanya Allah tempat untuk kita mohon dipermudahkan usaha ini,

Walaupun Raya Haji banyak kenduri kendara, walaupun seminggu di Bangkok penuh Tomyam dan Pulut Mangga saya berjaya konsisten turun 5.5kg!! Alhamdulillah

Lima Perkara Utama yang dihayati sebagai panduan dan pedoman diri

1) Segala Usaha adalah Bergantung Kepada Rahmat dan Keredhaan Allah
2) Disiplin Diri Perlu tinggi dan Beristiqamah dalam berjuang
3) Menghayati Fungsi utama fisiologi tubuh badan, supaya lebih memahami kesan dan kebaikan pemakanan dalam diri, termasuklah konsep kalori makanan
4) Sentiasa dalam keyakinan yang tinggi, kuatkan iman daripada godaan nafsu makanan yang membahayakan dan melalaikan
5) Jadikan diri adalah contoh yang perlu diberikan kepada keluarga, rakan sahabat dan ummah.

Terima kasih kepada Kak Aishah Harun yang memperkenalkan misi nutrisi kepada saya, semoga Allah merahmati kak dan abang Ishak sekeluarga, Doakan saya sukses!
Pilihan di depan mata, Jom Sertai sama sama berubah. Sekarang adalah masanya, jangan tangguh lagi! Tunggu Hasil pada 1 November ini


Tiada ulasan:

Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812