Memaparkan catatan dengan label Extravaganza. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Extravaganza. Papar semua catatan

Ahad, 29 Mac 2015

Air China KLIA - Beijing (PEK) - Incheon Korea (ICN) Jun 2009

Salam Warahmah, Hari ini nak review Flight kami ke Korea, cerita lama tapi tak pernah buat entri , Kami terbang untuk menghadiri Extravaganza APAC Herbalife, 18,000 orang hadir seluruh 13 Negara pada Jun 2009.


 Hampir 30 orang dari Akademi Bina Hidup Luar Biasa Plaza Pantai berlepas ke Korea, semua kecuali saya dan Adik saya Kamaliah menaiki Pesawat Malaysia.Keputusan untuk pergi ke Korea dibuat pada saat akhir cari punya cari jumpalah Penerbangan yang kosong, Air China! hehe cuak juga kali pertama nak naik pesawat ini.

Kami dapat tempat Hadapan, dekat dengan Toilet, kelakar juga bila tengok pintunya sentiasa terbuka tertutup, tak rapat pintunya.Keadaan menjadi tragis apabila ada air toilet keluar sampai ke kawasan kabin, memang tak banyak cuma takut jer kalau tiba tiba jadi bah.Pramugara segera menguruskan keadaan dan ok bagus tenang penerbangaan hari ini.

Kami order MOML sebab ingin pastikan makanan ia Halal untuk di makan.Air China mengambil makanan makan malam dari KLIA jadi semua on board Halal.


 Saya ambil Koey Tiaw Goreng bersama Jumbo Prawn. Ada Salad dan Buah Segar.Rasa Sedap!


Kamaliah ambil Nasi Goreng, ada Udang juga tapi tak nampak sangat.Rasa ok jer tak lah grand apa.

 Selepas 8 Jam penerbangan kami sampai di Beijing Airport. Nampak macam terminal baru, ketika ini ada Pemeriksaan Ketat SARS so kami mujur dapat lepas pemeriksaan.Transit dalam 2 jam so rehat kejap sebelum penerbangan seterusnya ke Incheon Korea


Penerbangan ini sekejap sahaja dalam 1 jam, ada disediakan makanan ringan, saya mohon diberikan MOML, jadi Pramugara datang dan TAMPAL sticker Muslim, saya dah tak yakin sebab tak kan satu flight semuanya HALAL, dan sandwich kami tue sama jer dengan penumpang yang lain.So kami tak makan lah hehe, Dayah kenalah satu flight dah ngap semuanya tak pa kalau yakin go on


Alhamdulillah Sampai Airport Incheon, bersama gambar ini Hidayah dari Terengganu





Hubungi saya untuk Program Pengurusan Berat Badan, Sarapan Sihat dan Rendah GI
Dr Kamarul 0162090812 
Herbalife Independent Member

Ahad, 4 Mei 2014

Parking di KLIA2

Salam Warahmah, KLIA2 baru dibuka dan bakal dikunjungi 30 juta penumpang setiap tahun.Kebetulan kami ingin ke Singapura pada 15 Mei ini, kami survey harga parking sama ada ingin membawa kereta atau menaiki teksi

Daripada Website KLIA, ada diletakkan kadar parking

Terbaru =


Boleh rujuk website =
http://gatewayklia2.com.my/services.aspx?cat=4&cid=11


Alhamdulillah kami berjaya park kereta kami di KLIA2, kami sampai terus ke Block B, masa park kereta memang banyak space kosong, dan sangat mudah untuk yang berkeluarga seperti kami, ada troli disediakan dan terus boleh masuk ke Lift

Parking area ini satu bangunan dengan Gateway KLIA2, Shopping Center yang buka 24 jam untuk kemudahan pelancong dan juga rakyat tempatan yang ingin membuat last minute shopping, siap ada Jaya Grocers, jadi boleh membeli barang dapur di airport



Kami ke Singapura selama 4 hari, apabila sampai kadar bayaran untuk selama tempoh ini RM 184, dikira RM 46 sehari dan baginya mengikut kadar jam.Ia amat berbaloi untuk perjalanan kami dibandingkan menggunakan airport limo (kadar midnight surcharge dikenakan)

Kepada Pembaca blog saya, didoakan semoga perjalanan anda selamat pergi dan selamat pulang ke destinasi dan semoga sihat ceria dan gembira sentiasa

Update 20 April 2015

 Kami baru pergi ke KLIA untuk menghantar Bibik balik Bercuti, kali pertama datang selepas pelaksanaan GST.

 Apabila Sampai Kawasan Parking kami terus ke Tingkat CP4, kalau ada kosong tempat parking memang senang satu level dengan Gateway Mall KLIA2

 Pembayaran boleh dibuat menggunakan Touch & Go (mesti touch masa masuk) atau secara Tunai di Stesen CP1, CP4 atau CP7

 Kadar terkini saya tidak pasti ada GST atau tidak dalam Kadar ini

 Jumlah Pembayaran untuk hari ini RM 12 termasuk GST RM 0.68.Park selama dua jam lima puluh minit, waktu masuk 4.59 pagi keluar 7.49 pagi
 


Hubungi saya untuk Program Pengurusan Berat Badan, Get Fit Challenge, Sarapan Sihat dan Rendah GI
Dr Kamarul 0162090812 
Herbalife Independent Member

Rabu, 26 Jun 2013

Makanan Halal Extravaganza Bangkok

Alhamdulillah ramai yang risau apabila hendak bermusafir di negara orang, kami bersyukur dapat ke Bangkok Thailand baru baru ini dan dapat berpeluang menikmati juadah halal disana.

Saya ingin kongsi 4 Lokasi yang kami singgah semasa di bangkok

1) Sana Restaurant
2) Yana Restaurant
3) Piri Piri Restaurant
4) New Delhi Restaurant
5) Room Made Potluck @ Siap Sendiri

Jap under construction


Selasa, 25 Mei 2010

Singapura

Salam Warahmah...

Lama sungguh tak buat posting dalam blog ini...

Alhamdulillah saya sedang siapkan catatan perjalanan kami ke Singapura, Extravaganza 2010...

Saya Amat bersyukur bersama sama mewakili malaysia ke International Event seramai 18 Ribu orang yang amat berjiwa besar.

Antara yang menarik adalah semasa mengikuti Persidangan Doktor Perubatan Asia Pasifik, Mengenai "Transasi Nutrisi Antarabangsa" sebagai wakil negara Malaysia

Keyakinan saya amat tinggi sekarang.. apabila dapat melihat sendiri pakar pakar terkemuka dunia seperti Dr David Herber. Dr Steve Hening dan ramai lagi...

Ok... nantikan pengalaman kembara kami....

Khamis, 2 Julai 2009

KOREA!!


Extravaganza adalah event tahunan terbesar Herbalife... so berpeluang pelajari dan berkenalan dengan berpuluh ribu distributor seluruh asia pasifik... Ini kali pertama saya sertai program seperti ini.. memang BEST!!

Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812