Isnin, 16 Februari 2009

Healthy Breakfast

Minggu nie nak cerita bab sarapan pagi... healthy breakfast...

Selama nie kita kat malaysia nie makan ikut suka hati jer.. tak kisah langsung bab nutrisi dan juga kepentingan khasiat pemakanan untuk badan kita..

Cuba jawab... bila kali pertama anda makan makanan yang tidak sihat?

Ada yang cakap sejak 10 tahun lepas.. ada yang jawab sejak masuk asrama, ada yang jawab sejak dah mula kerja... tapi sebenarnya jawapan yang sepatutnya adalah PADA WAKTU SARAPAN TADI!!

Naper sibuk sangat sarapan nie...

Sarapan adalah hidangan paling penting buat tubuh badan... bayangkan dah lama tidur dan rehat... badan amat memerlukan tenaga untuk teruskan kehidupan.. dan perlukan kekuatan untuk terus bergerak dan melakukan aktiviti seharian..

Ketika itulah kita amat memerlukan kalori makanan yang sepatutnya...

TAPI... sedar ker tak SELAMA ini apa yang kita telan untuk sarapan pagi..
NASI LEMAK!!!! 500 kalori... lemak dan gula tinggi!!
ROTI CANAI!!!! 400 kalori.. lemak dan gula tinggi!!!
MEE GORENG !!! 750 kalori... lemak dan gula tinggi!!!

Apa semua nie? semua adalah berlemak dan karbohidrat @ gula.. dahlah badan tengah lemah.. kita tambahkan gula lagi...

Ingat bahawa semua proses penyahgula adalah bermula dari perembesan insulin daripada PANCREAS.... setiap hari organ ini akan BERTUNGKUS lumus menyelamatkan badan daripada terlebih kandungan gula... so kita perlu fikir dan KESIAN pada pancreas kita... jangan bagi sampai satu hari.. pancreas kita MOGOK dan MELETAK JAWATAN NOTIS 24 jam!!!... sebab dah terlalu tertekan dengan DESAKAN kita untuk memaksa "beliau" bekerja siang malam tanpa henti.... ketika itulah baru kita sedar bahawa pentingnya memberikan "REHAT" kepada pancreas.. supaya mengelakkan DIABETIK dan juga banyak penyakit yang berkaitan..

Sekarang.. setiap 3 jam di KELANTAN kaki dipotong disebabkan komplikasi diabetik yang melarat.. ingat.. sebelum kena.. jangan dah kena potong kaki pun masih tak sedar diri... menjadi AMANAH kita untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat untuk mudah beribadah, beramal dan juga bermuamalah...

Lepas tue... ada pulak yang kata.. alah.. saya tak kisah sebab saya tak makan pun sarapan.. so selamatlah daripada gula gula berlemak tue....

hehehe.. kusangakan hujan lebat.. rupanya gerimis di siang hari.. hahah.. sebab kalau yang skip breakfast nie lagi TERUK... lagi bahaya.. sebab time tuelah badan amat memerlukan tenaga yang cukup..

Bayangkan kita nak pergi perang... askar kita dalam keadaan kelaparan.. mampukah kita menewaskan pihak musuh? so bersedialah untuk MENGAKU KALAH dan ANGKAT BENDERA PUTIH!!

So apa nie kalau makan salah. tak makan salah.. so apa yang sebenarnya sebaik baiknya?

Hidangan terbaik untuk tubuh badan kita adalah Protein Seimbang... yang memberikan tenaga dan nutrisi yang mencukupi... ingat tubuh badan.. otot kita adalah terdiri daripada unsur protein dan air.. bukannya karbohidrat dan serat.. so terbaik adalah memberikan unsur protein yang seimbang... kebaikkannya kita tidak kelaparan berpanjangan, dan juga memberi perlindungan kepada organ pancrease... memberikan tenaga dan juga akan meningkatkan metabolisme.. so akhir nanti kita akan juga lose weight!!! dan bertambah sihat!!!
Catat Ulasan
Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812