Bersama kenalan baru, yang mula aktif januari 2009
Sempat gak kongsi pengalaman dengan pendengar di atas stage
Hari Isnin cuti di Selangor dan KL.. so amik peluang untuk ziarah rumah kenalan di Sudan.. sempat juga singgah ke umah abang hazmi yang kerja dulu di sudan... rumah beliau di bukit antarabangsa.. betul betul berhadapan dengan kawasan tanah runtuh baru baru ini.
Bersama mad,mokhtar dan nuar
Apa yang saya dapat pelajari daripada kesan keruntuhan tersebut adalah
1) Segala yang terjadi adalah ketentuan ALLAH
2) Allah TETAP memelihara hambaNYA walaupun dalam apa jua keadaan sekali pun
3) Rasa insaf dan rendah diri walau dimana sahaja kita berada sejauh mana harta dan kedudukan kita sekalipun.. kita perlu kembali kepada ALLAH... kerana kelalaian ini akan memberikan impak yang amat merugikan
4) Kekuasaan Allah ada di mana mana sahaja... duduk dipantai ada Tsunami.. duduk di Bukit tanah runtuh.. duduk di bandar.. gempa banjir... setiap malapetaka akan hadir sekiranya kita dan masyarakat masih angkuh dan lalai.. tidak kira miskin atau kaya..
5) Kejadian gerhana demi gerhana... tanda Kiamat akan menjelang tidak lama lagi... Alamah Sughra dah cukup sempurna.. hanya menunggu saat sahaja.. tengoklah berapa ramai ULAMA yang tinggal? berapa ramai yang MURTAD? berapa ramai yang lalai dan pentingkan keduniaan semata mata.?
Apa pun.. tazkirah kepada diri.. kembalilah kepada Allah.. kalau terlupa.. cepat cepat bertaubat dan juga peliharalah amalan kita..supaya diberkati didunia dan akhirat kelak.
2 ulasan:
Dekatnyer rumah dari lokasi kejadian. Mmg berisiko. Mmm apapun betul kata abg man tu, Kekuasaan Allah ada di mana2. Sama2lah berfikir.
Yup... kalau ada kesempatan.. jalan ler kat bukit antarabangsa tue.. memang ngeri.. bayangkan kalau kita ada time tanah runtuh tue..
Catat Ulasan