Sabtu, 7 Februari 2009

Masum dan ERA 70an dan menjelma!!!!

Salam... hari nie ke MASUM, Matta Fair dan Umrah Ziarah Fair kali kedua di Shah Alam.. Bertempat di Dewan Walimah Member saya "Ah Sok"..

Tempatnya tak lah besar sangat berbanding kalau Matta Fair di PWTC.. cumanya tadi time pergi pengunjung belum ramai lagi... mungkin esok baru ramai akan pergi time cuti hari minggu..

Ada cabutan bertuah kalau yang spend deposit RM500 keatas.. so tadi my parents dah tempah untuk menyahut Seruan Allah ke tanah Suci Makkah dan Ziarah Bumi Ambiya dan juga menjejaki bumi Khilafah Osmaniah..bestnya kalau dapat pergi sekali kan...(Insya Allah ada rezeki nak ke Bumi Andalusia dan Osmaniah... Sejarah Silam akan dijadikan pedoman dan iltizam untuk Ummah)

Meter Timbangan dan mula jejak era 70an nie hehehe.. tak per slow slow.. nak turun memang sukar.. tapi nak maintan nanti lagilah payah.. so kena kuatkan lagi semangat... insya Allah akan ke KOREA kalau berjaya nanti.. itu upah kepada penat lelah selama 10 bulan nie...

Apa pun perlu diingat bahawa setiap usaha kita, perlulah kembali kepada Allah..

AlFatihah kepada Arwah Mak yang telah genap 6 tahun meninggalkan kami pada 7 Feb 2003, Insya Allah anakmu ini akan meneruskan amanahmu... walaupun banyak sungguh rintangan dan dugaan.. Ya Allah.. bantulah hambaMU yang lemah ini...

Tiada ulasan:

Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812