Salam Warahmah... Ramadan datang lagi tahun ini, Bulan Rahmat dan penuh keberkatan.Mesti ramai yang ingin perubahan besar berlaku pada tahun ini, ingin menjadi lebih sihat, lebih ceria, boleh beribadah dengan lebih sempurna, dan bertenaga untuk aktiviti harian kita.Alhamdulillah saya tahun ini Ramadan ketujuh untuk berpuasa bersama keluarga nutrisi Herbalife
Saya ingin kongsi Tips awal untuk kita Sihat bertenaga di Bulan Ramadan bersama Herbalife
1. Tulis Matlamat dan Rancang Aktiviti Bulan Ramadan
Bagus kita mulakan dengan merancang apa aktiviti dan juga amalan yang kita ingin buat masa bulan Ramadan, inginkan Badan lebih Sihat untuk senang beribadah, ingin Badan Fit dan Kurus Sebelum Raya? atau ingin Kulit lebih sihat cantik berseri menyambut lebaran.Kita boleh sihat dari segi mental kita, dari segi spiritual kita dan juga fizikal kita.Tujuan kita berpuasa adalah mengabdikan diri kepada Allah dan bulan ini kita inginkan kesihatan dan dapat capai amalan sebanyak yang mungkin
Alhamdulillah Syukur dirahmati dengan Bulan Ramadan tahun ini, first time dengan kehadiran baby riduan dalam kehidupan kami.Selama sebulan hampir setiap malam kami beriftar di Kelab nutrisi, dapat peluang memberi inspirasi kepada rakan rakan yang hadir.Ramai yang mencari peluang untuk lebih sihat pada tahun ini, lebih ceria dan lebih cergas untuk beribadah.Sangat sayu untuk meninggalkan kemeriahan bulan ramadan ini, teringat hari pertama kami dirikan solat taraweh di dalam kelab, lagi banyak kita rapatkan diri kepadaNYA lagi banyak rahmat akan dilimpahkan kepada kita.
Ujian dan cabaran adalah perkara biasa kepada kita sebagai manusia, untuk sesuatu berubah kita perlu banyak bersabar dan istiqamah dalam aktiviti seharian kita.
Hari ini saya berpeluang berjumpa dengan tuan haji allen, seronok dapat inspirasi betapa gembiranya kita melihat seorang yang tinggi pendapatan tetapi sangat humble dan rendah diri.Beliau baru balik dari pasar di kuala lumpur dan melihat suasana persiapan hari raya tahun ini.Kita sekiranya ingin berjaya, perlu ada coach dan mentor bagi membantu kita fokus kepada impian dan hajat kita.
Kalau tahun lalu di malam 29 ramadan ini saya dan isteri berada di tanah suci makkah.. malam khatam al Quran..
sangat sayu mengenangkan ketenangan jiwa apabila berada dikalangan Tetamu tetamu Allah.Saya ingin membawa seluruh ahli keluarga terutama Abah, Cek di Klang dan Abah Mak di Perak menunai kan umrah tahun hadapan.. itu harapan dari seorang anak yang inginkan kebahagiaan dan restu dari keluarga.
Apa pun selagi masih ada peluang, kita teruskan munajat dan doa kita pada malam ini.. mana tahu malam ini adalah malam lailatul qadar.. malam yang lebih baik dari seribu satu malam.. Ya Allah permudahkan hidup kami sebagai khalifah didunia ini.. berikan kami kekuatan meneruskan misi kami membantu ramai insan jadi lebih sihat , ceria dan ubah gaya hidup mereka.
Semoga apa yang kita hajat sama sama akan kita dapat pada tahun ini.Mintalah kepada Allah yang Maha Mengasihani HambaNYA yang sentiasa Beriman dan sentiasa Beramal kepadaNYA
Alhamdulillah dah hampir seminggu kita berpuasa, 10 hari pertama ini sungguh banyak Rahmat diturunkan kepada kita semua.Kita Setiap hari ada peluang untuk menjamah rezeki, bersahur , iftar dan moreh setiap hari.
Teringat kenangan semasa di Sudan, sangat seronok ketika menyambut bulan ramadan, amalan berebut menjemput masyarakat berbuka puasa sama.Seperti juga di Tanah Suci Makkah dan Madinah.Sebabnya sangat mulia dan tinggi fadhilat kalau kita memberi makan kepada orang yang berbuka.Setiap lorong dipenuhi dengan tikar bagi menempatkan para tetamu.Menu hidangan akan disediakan dari rumah,sangat sederhana, tidak membazir dan yang paling baik adalah selepas sahaja berbuka mereka akan Solat Maghrib Berjamaah bersama sama.
Hadis:
“Seorangmukmin yang memberimakanmukmin yang lapar, kelak Allah akanmemberimakankepadanyadaripadabuah-buahansyurga, danbarangsiapa yang memberiminumseorangmukmin, makakelak Allah akanmemberimakanmukmin yang lapar, kelak Allah akanmemberimakankepadanyadaripadabuah-buahansyurga, danbarangsiapa yang memberiminumseorangmukmin, makakelak Allah akanmemberi air minumdarisyurga” (HadisTirmidzi)
Jadi Rebutlah peluang ini untuk kita sama sama beramal di bulan penuh rahmat ini
Kami ada juga ada majlis iftar nutrisi (Aloe,Tea dan Shake), solat maghrib, potluck, solat isyak dan taraweh di Kelab Nutrisi Kami di Shah Alam.Jemput hadir.