Selasa, 3 Jun 2014

10 Tips Sihat Bertenaga di Bulan Ramadan

Salam Warahmah... Ramadan datang lagi tahun ini, Bulan Rahmat dan penuh keberkatan.Mesti ramai yang ingin perubahan besar berlaku pada tahun ini, ingin menjadi lebih sihat, lebih ceria, boleh beribadah dengan lebih sempurna, dan bertenaga untuk aktiviti harian kita.Alhamdulillah saya tahun ini Ramadan ketujuh untuk berpuasa bersama keluarga nutrisi Herbalife

Saya ingin kongsi Tips awal untuk kita Sihat bertenaga di Bulan Ramadan bersama Herbalife

1. Tulis Matlamat dan Rancang Aktiviti Bulan Ramadan


Bagus kita mulakan dengan merancang apa aktiviti dan juga amalan yang kita ingin buat masa bulan Ramadan, inginkan Badan lebih Sihat untuk senang beribadah, ingin Badan Fit dan Kurus Sebelum Raya? atau ingin Kulit lebih sihat cantik berseri menyambut lebaran.Kita boleh sihat dari segi mental kita, dari segi spiritual kita dan juga fizikal kita.Tujuan kita berpuasa adalah mengabdikan diri kepada Allah dan bulan ini kita inginkan kesihatan dan dapat capai amalan sebanyak yang mungkin



2. Persediaan Spiritual dan Mental

Ramadan bukan alasan untuk kita bermalasan, tidak produktif dan ponteng kerja!, Mari kita ambil iktibar Sirah Rasulullah yang pada bulan Ramadan masih boleh berperang, ini kerana persediaan mental dan spiritual yang kuat.Fokus kepada apa yang baik sahaja, puasa yang terbaik bukan sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja, ramai yang sibuk buat persediaan untuk raya sampai terlupa keperluan utama bulan ramadan.Sebab itu bagus kita tingkatkan keazaman untuk meningkatkan iman kita selari dengan tuntutan Sunnah

3. Pemakanan Seimbang

 
Pepatah arab " Akal yang sihat daripada Jasmani yang sihat" sekiranya kita ingin menjadi sihat kita perlu menjaga pemakanan kita, makanan kita perlu seimbang dan bernutrisi tinggi.Amalan Sahur adalah sunnah amat dititikberatkan semasa bulan ramadan, saya mengambil Kurma, Aloevera, Teamix dan juga Shake untuk bersahur setiap hari.Kemudian masa berbuka paling penting kita mulai dengan Kurma dan Air putih, jamah sedikit buah buahan atau minum shake untuk kesegaran segera.Saya selalu amalkan Solat Maghrib dahulu sebelum menikmati Juadah lengkap.Badan kita apabila berpuasa selama 8 jam, kita perlu berhati hati semasa berbuka puasa, perlahan lahan mengambil makanan. Selepas Taraweh boleh mengambil moreh buah buahan segar dan juga Shake

4. Suasana Positif

Pastikan kita duduk di Suasana positif, elakkan bergossip, kurangkan menonton televisyen, banyakkan membaca Al Quran  berselawat dan juga membaca buku peningkatan peribadi, Saya Suka buku seperti Mudahnya Menjemput Rezeki, Buku buku karangan Dale Carnagie dan banyak lagi buku personal development yang ada di pasaran.Sekiranya anda berada di situasi yang negatif atau ajakan yang tidak berfaedah, paling mudah kita nyatakan " Maaf saya berpuasa" dan terus keluar dari Zon tersebut.Pilih Rakan dan Taulan kita yang baik baik, sekiranya anda yang ingin berubah menjadi lebih baik, fokus pada diri anda dahulu, pandangan orang lain tidak penting kerana yang ingin berubah adalah anda dan yang ingin menjadi positif adalah anda sendiri.

5. Senaman Seimbang

Seperti saya sebut tadi, bulan ramadan kita adalah bulan terbaik untuk kembali cergas dan rajin.Kita boleh lakukan senaman ringan setiap pagi, ada yang mulakan berjogging selepas bangun bertahajjud, sebelum bersahur.Saya Suka berjalan jalan bersama anak di waktu pagi, morning walk.Waktu petang 1 jam sebelum berbuka kita boleh tukar aktiviti kita daripada TAWAF BAZAR RAMADAN kepada Bersenam sambil Berdoa sebelum berbuka.Kami di Shah Alam mengadakan Fit Club Bulan Ramadan, jadi ramai yang akan datang berbuka puasa dengan Aloevera, Tea dan Shake kemudian Solat Maghrib dan Makan Malam Sihat, Solat Isyak dan Taraweh kemudian ada Workout selepas itu, Kalau hendak memang ada 1000 daya, bukan Senaman Mulut dan Perut Sahaja ya!

6. Dapatkan Coach dan Monitor Sentiasa


Paling bagus anda dapatkan seorang Coach yang dapat memantau hasil anda, saya boleh membantu anda menjadi sihat dengan sentiasa memantau hasil berat badan, lemak, air dan juga tenaga harian anda.Tugas Coach adalah mendekatkan kita kepada impian kita, walaupun saya seorang Doktor perubatan, saya tetap mempunyai Coach sehinggalah berjaya turun 7kg pada bulan ramadan dan total 50kg!.Jadikan Coach anda Sahabat dan Rakan yang baik, lagi serius kita lagi serius coach akan bantu kita

7. Pasangan dan Keluarga Kita




Biasanya orang yang akan mencuri impian kita adalah mereka yang paling dekat dengan kita, pastikan kita dari awal lagi beritahu keluarga kita ingin lebih sihat bulan ramadan ini, pesan supaya kita ingin makan lebih sihat, elakkan pembaziran, buffet ramadan dan juga bazar sekiranya kita ingin kesana kita perlu pastikan apa yang perlu dan beli yang perlu sahaja.Minta ahli keluarga kita mendoakan kita menjadi lebih sihat, insya Allah tahun ini kita akan menjadi lebih baik

8. Rakan, Bos dan Susanana Tempat Kerja


Alangkah baiknya sekiranya kita ingin sihat bersama komuniti kita, kita boleh adakan perkongsian ramadan sihat, dan apabila kita sihat insya Allah produktiviti kita akan meningkat.Saya masih ingat semasa bertugas dahulu, saya tetap akan balik pada masa yang ditetapkan, datang awal dan penuhkan rutin harian kita.Kita perlu ingat ia adalah Amanah dan kita perlu dapat rezeki yang berkat dan halal.Sebab itu kita perlu sihat dan elakkan tidur waktu bekerja

9. Banyakkan Bersedekah Beramal Jariah

Bulan Ramadan adalah bulan yang baik kita tingkatkan amal jariah kita, boleh buat iftar jamaei, raikan anak yatim dan golongan yang kurang berkemampuan, berbelanjalah untuk mereka dan kita akan jadi lebih tenang dan bersyukur diberikan rezeki oleh Allah.

10. Konsistent dan Jangan Putus Asa!


Apa apa pekerjaan kita, kita perlu sentiasa teruskan walaupun ada banyak cabaran.Semoga Ramadan kali ini adalah ramadan terbaik untuk kita dan kita menjadi sihat ceria bertenaga, Fit dan Kurus untuk Raya







Hubungi saya untuk Program Pengurusan Berat Badan, Sarapan Sihat dan Rendah GI
Dr Kamarul 0162090812 
Herbalife Independent Member

Tiada ulasan:

Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812