Ahad, 16 Februari 2014

Kurus Tetapi Perut Buncit?



Elak perut boroi MANA ada lelaki yang tidak mendambakan perut rata ataupun tubuh sasa seperti yang dimiliki bintang-bintang filem ataupun ahli sukan antarabangsa?. Antara nama-nama yang cukup popular dengan memiliki susuk tubuh sasa ialah Van Diesel, Robert Downey JR dan Cristiano Ronaldo. Taktik menahan nafas atau cuba menegapkan badan bukan lagi tip terbaik kerana ia hanya bersifat sementara. Oleh itu, bagi remaja lelaki di luar sana, mari ikuti dan mulakan petua ini.

Pelbagai senaman




Tubuh kamu akan terbiasa dengan senaman sama yang dibuat berulang kali. Untuk meningkatkan kadar stamina, kamu perlu mempelbagaikan jenis senaman seperti latihan kardiovaskular dan menguatkan otot abdomen meliputi aspek berlari dan ‘push up’, menaiki tangga dan berjalan kaki sama ada di pejabat ataupun rumah.

Perhati nutrisi

Membaca terlebih dahulu label pada makanan yang hendak dibeli adalah penting. Jauhi membeli makanan yang mempunyai lemak tran dan kandungan gula yang tinggi, sebaliknya nikmati makanan yang memiliki serat tinggi serta segar termasuk buah dan sayur, sekurang-kurangnya 3gram (gm) di dalam diet anda.

Pilih kawan

Malaysia terkenal dengan sajian makanan yang mampu menggugat selera kamu kerana keenakannya. Maka, kamu perlu mencari kawan yang mempunyai cita-cita sama kerana ia akan memberi motivasi tambahan, selain bersemangat untuk bersaing secara sihat.

Reka sajian


Memasak sendiri pastinya lebih berkhasiat dan sihat. Kamu digalakkan memasak dengan cara gril, bakar atau kukus berbanding kaedah menggoreng. Masak dengan menggunakan minyak zaitun atau jagung yang lebih berkhasiat berbanding minyak kelapa sawit jika memiliki bajet lebih. Gantikan snek harian daripada kuih muih dengan menguyah lobak merah atau batang seleri. Jika berasa loya, hidangkannya bersama roti atau yogurt!.

  - DHIYA‘ZULHILMI DAUD  Utusan Malaysia

Rabu, 5 Februari 2014

Alhamdulillah Indahnya Hidup Membina Impian, Positif dan Ceria Sentiasa
Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812