Khamis, 31 Oktober 2013

Tandoori fish

Salam Warahmah, Menu hari ini Ikan Dory Masak Tandoori.Bersama Sayur Brokoli dan Kobis Unggu

 

Cara penyediaan, saya gunakan cili serbuk, yogurt, dan sedikit rempah kari, garam, lemon.Macam biasa bakar gunakan pemanggang ajaib atau kalau tidak ada boleh guna ketuhar atau pan biasa.

Beras saya guna herbaponni yang rendah glycemic index, bagus untuk kawal gula dalam darah.

Isnin, 28 Oktober 2013

Ahad, 27 Oktober 2013

Sekarang Masanya, Jom Level 10!

Alhamdulillah kita masih ada satu hari lagi untuk berbakti kepadaMU, Syukur masih lagi diberi peluang untuk mengubah hidup ini, dan semoga segala perjalanan ini diberkati.
Hari ini Sempena Bulan Rahmat, Para Hujjaj telah selesaikan ibadah Haji dan juga ramai telah berkorban untuk tahun ini.Kami mengambil bahagian untuk Aktiviti Korban di Negara Kemboja, terima kasih Ustaz Sayuti yang mengendalikan usaha murni ini.

Perkongsian kali ini saya ingin mengumumkan saya ingin Korbankan Semula lemak lemak yang ada di Badan ini.Selepas 3 tahun kita berehat, sudah tiba masanya kita Fokus Semula kepada proses memperbaiki diri semula.

Kami baru balik dari Bangkok, perkongsian Hebat dari David Solomon, seorang Ahli Team President, beliau sebelum ini Sangat Aktif menyertai Olahraga Martial Arts, namun disebabkan terdesak kewangan terpaksa tinggalkan bidan tersebut dan jadi buruh kasar, menggunakan fizikalnya yang gagah itu.Saya teruja melihat seorang yang banyak kemahiran berkoban untuk menyara hidupnya dan apabila dapat peluang herbalife beliau terus mengambil serius sehingga sukses sekarang.

Apa yang beliau pesankan, kita perlu hati hati dengan kata kata kita, Awasi tingkah laku kita dan Guna Produk secara SERIUS dan dapatkan HASIL TERBAIK

Kalau kita ada pilihan SARAPAN pagi, ada Shake Nutrisi di Sebelah kanan, dan ada Omelete dan Sosej di kiri, kita perlu lebih bijak memilih.Kerana kita adalah contoh kepada masyarakat

PILIHAN DEPAN MATA KITA, Semoga kita lebih serius untuk memilih yang terbaik buat kita

Saya pun akur, ada kesilapan yang berlaku selama ini.Untuk turun berat badan dan maintain kesihatan adalah tanggung jawab diri sendiri.Jangan bandingkan diri dengan orang lain, kerana yang akan menerima kesan sampingan dan terjejas kesihatan kita adalah diri kita sendiri

Alhamdulillah sejak 9 October lalu, saya buat ketetapan, ingin kembali LEVEL 10 semula.Hanya Allah tempat untuk mengadu dan hanya Allah tempat untuk kita mohon dipermudahkan usaha ini,

Walaupun Raya Haji banyak kenduri kendara, walaupun seminggu di Bangkok penuh Tomyam dan Pulut Mangga saya berjaya konsisten turun 5.5kg!! Alhamdulillah

Lima Perkara Utama yang dihayati sebagai panduan dan pedoman diri

1) Segala Usaha adalah Bergantung Kepada Rahmat dan Keredhaan Allah
2) Disiplin Diri Perlu tinggi dan Beristiqamah dalam berjuang
3) Menghayati Fungsi utama fisiologi tubuh badan, supaya lebih memahami kesan dan kebaikan pemakanan dalam diri, termasuklah konsep kalori makanan
4) Sentiasa dalam keyakinan yang tinggi, kuatkan iman daripada godaan nafsu makanan yang membahayakan dan melalaikan
5) Jadikan diri adalah contoh yang perlu diberikan kepada keluarga, rakan sahabat dan ummah.

Terima kasih kepada Kak Aishah Harun yang memperkenalkan misi nutrisi kepada saya, semoga Allah merahmati kak dan abang Ishak sekeluarga, Doakan saya sukses!
Pilihan di depan mata, Jom Sertai sama sama berubah. Sekarang adalah masanya, jangan tangguh lagi! Tunggu Hasil pada 1 November ini


Khamis, 17 Oktober 2013

Pindah ke Alam Impian

Alhamdulillah hari baru sempat untuk sambung blog ini, Unifi pun dah siap pasang dan kita boleh start menulis semula.Projek penambahan rumah di Seksyen 8 insya Allah akan siap dalam masa 6-10 bulan ini..Sekarang ada 4 bilik.. tambah 7 bilik lagi.. jadi jumlah 11 bilik!! Tqvm Abah dan Emak.. lepas ini sangat selesa untuk semua Ahli keluarga, boleh buat Family day

Sementara itu kami buat keputusan untuk pindah ke Alam Impian.. memang suasana amat berbeza di sini kerana kawasan ini kawasan baru, sangat tenang dan banyak lagi kawasan yang belum di teroka.


Riduan Sangat Happy sebab kawasan ini berpagar jadi boleh bawa beliau jalan jalan depan rumah..siap ada tempat parking keretanya lagi heheh..Kejirananya pun sangat friendly

Kami belum buat Official House Warming lagi.. yang ada hanyalah Raya Haji Baru baru ini, dan doa selamat untuk keberangkatan adik Sambung belajar di Mesir.Abah jadi imam.. Little riduan pun solat juga!


Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812