Khamis, 1 September 2016

7 Kick Start Turun Berat Badan kepada yang terlajak

Salam Warahmah, Apa khabar Semua hari ini, semalam baru kita menyambut kemerdekaan Negara kita yang tercinta.

Pejam celik kita sudah sampai ke Suku Terakhir 2016, masihkah kita ingat janji dan impian kita ingin langsing sihat kurus dan slim sebelum 2017? Mungkin ada yang terlajak terkelaut dietnya sebelum ini, raya sakan tahun ini katakan.

Saya ingin Kongsikan 7 Langkah Kick START Turun Badan untuk yang dah TERLAJAK NAIK atau yang dah Menyesal Gemuk.

1.  Ingat Semula Impian



Masa kita mula mula nak kurus sebelum ini, apa sebab utama kita, kalau setakat nak kurus sebelum raya, lepas raya confirm naik balik lar.Sebab kalau setakat jangka pendek memang kita akan senang tergelincir selepas itu, Semak semula impian dan kalau boleh adjust supaya ia berpanjangan, contohnya selepas dapat capai turun 5kg pertama, target nak tingkatkan fitness pula seperti nak mula larian 5km, supaya ada cabaran kepada diri kita

2. Buang Sikap Malu dan Malas dan Alasan Bagai


Kadang kala kita rasa malu untuk bermula semula, takut pada masyarakat menghina kita, kenalah sabar sedikit sebab yang nak kurus kita, yang nak sihat kita, orang lain setakat mengata tidak akan membantu apa apa pun, yang penting kita perlu rajin jaga badan kita semula, merdekakan diri dari Lemak dan jangan malas berubah!

3. Belajar Cara Pemakanan Sihat

Nak turun berat badan perlukan 80 peratus pemakanan, jadi paling terbaik belajar cara nak makan dengan betul, ikut tertib dan adabnya.Tiada maknanya kalau nak crash diet tak nak makan, akhirnya metabolisme turun, lemak tak tak akan turun. Makan ikut portion dan keperluan harian kita barulah senang badan untuk jadi sihat

4. Dapatkan Coach Turun Berat



Kita perlu juga pemantauan dan tips dari coach sebab kalau kita buat sorang sorang memang dapat hasil tapi kalau ada panduan dan dorongan dari coach mesti dapat hasil lebih baik,sebab kita akan dapat tahu apa sebenarnya kelemahan kita, apa perlu diperbaiki dan yang paling penting penurunan ini kekal.Coach pun sebelum ini pernah gemuk, pernah rasa susah nak turun berat, pernah nak giveup juga! Ambil pengalaman ini untuk jadikan Inspirasi kita

5. Dapatkan Nutrisi Terbaik


Penurunan berat badan akan berlaku dengan mengurangkan kalori yang kita makan, tetapi jangan abaikan Nutrisi Seimbang, badan memerlukan zat yang mencukupi supaya boleh membersihkan sel, meningkatkan penyerapan dan membina sel yang baru, sebab itu saya syorkan Herbalife sebagai pengganti makanan kita, sangat rendah kalori tetapi nutrisinya tinggi

6. Sentiasa Minum Air



Ramai yang gagal sebelum ini sebab lapar, dan ada yang lapar sebab sebenarnya dehyrated, kurang air dalam badan, setiap 25kg berat badan kita perlukan 1 liter air putih, mulakan dengan minum air dahulu insya Allah perubahan besar akan berlaku.

7. Senaman Membakar Lemak


Senaman amat penting untuk mulakan kick start kita, sebab apabila kita bersenam metabolisme badan akan meningkat, dan ada kesan pembakaran lemak selepas bersenam, yang paling penting minum air putih dan jaga kalori selepas bersenam, jangan sibuk nak jogging baru 300 kalori lepas itu belasah makan dah 1000 kalori! Sebab itu kena tahu apa tujuan senaman, ramai yang bersenam tapi berat maintan atau paling teruk makin gemuk ada sebab belasah makan kononnya sudah bersenam

Ok ini dahulu perkongsian hari ini.Semoga dirahmati dan jadikan diri kita terbaik kali ini.


Dr Kamarul
Herbalife Independent Member

Tiada ulasan:

Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812