Khamis, 11 Disember 2014

Saya Gemuk boleh ker Bersenam?

Salam Warahmah, semoga sihat ceria dan gembira hari ini.

Kalau anda seorang yang gemuk atau obes, mesti banyak persoalan yang timbul mengenai senaman ini.

Boleh Ker saya bersenam? Tidak bahaya ker?

Jawapannya BOLEH, dan AMAT DIGALAKKAN, yang penting mesti tahu kaedah terbaik untuk bersenam.Kalau sakit lutut atau banyak cabaran kesihatan, kita perlu pastikan jenis senaman yang sesuai dahulu.Tanya Doktor yang merawat anda sebelum memulakan senaman yang aktif.

Saya ingin kongsi apa yang saya lakukan dan boleh juga ditambah dengan tips yang bermanfaat.PALING PENTING fokus kepada hasil diri sendiri, jangan banding dengan orang lain kerana hasil tidak sama berdasarkan usaha dan juga sejauh mana kita boleh adaptasi.

1) Berjalan Kaki





Senaman ini paling mudah dilakukan, kita boleh mulakan dengan 15 minit berjalan kaki setiap hari, paling bagus awal pagi sambil menghirup udara segar, bagus untuk pernafasan dan juga meningkatkan metabolisme.Kemudian apabila sudah biasa buat 15 minit boleh ditingkatkan kepada 30 minit dan berjalan sehingga 10,000 langkah setiap hari.Kalau ada Pedometer boleh digunakan, atau boleh download Aps yang ada di Handphone, saya guna Argus untuk Iphone saya.Kasut juga perlu dipilih dengan betul, terutama kalau kita terlalu berat, ia boleh menjejaskan lutut dan juga beri tekanan kepada kaki kita.Setiap kali berjalan kaki bawa juga Air Putih untuk hidrasi.

2) Berenang 

Senaman cara ini sangat bagus kerana kita tidak ada tekanan graviti terhadap kaki kita seperti berjalan kaki, kalau kita belum pandai berenang seperti saya dahulu, boleh mulakan dengan berjalan kaki di dalam kolam renang.pergerakan ini sangat bagus dan menyeronokkan, boleh lihat dalam Youtube ada Aqua Jogging, memang bagus untuk permulaan

3) Senaman Berkumpulan


Senaman seorang bagus, tetapi kalau senaman berkumpulan lagi best! sebab kita ada ramai yang akan membantu kita, terutamanya apabila kita baru bermula, saya suka fit challenge sebab ada coach dan ada team support, kita buat regangan bersama sama, lakukan aktiviti sukan ikut fasa kita dan selepas itu ada cooling down.Biasanya kita boleh tanya kepada coach yang mengajar kita cara pemakaian sesuai, kaedah pemakanan dan juga motivasi pun ada.Jangan malu untuk bermula, Kalau anda di Shah Alam boleh sertai Fit Challenge Shah Alam, dan sekiranya di Bandar Seperti Putrajaya, Puchong, Seremban, Kuala Lumpur, Alor Setar, Ipoh, Kuantan, Kuala Terngganu, Kota Kinabalu ada juga diadakan aktivivi seperti ini.

4) Senaman di GYM


Saya syorkan kalau anda ingin mulakan aktiviti di dalam GYM, dapatkan nasihat personal Trainer dahulu atau rakan anda yang mahir menggunakan peralatan di dalam gym.Amat bahaya sekiranya kita gunakan tanpa ilmu dan kaedah yang betul.Ada banyak peralatan yang sesuai untuk peserta yang gemuk atau obese, dan ada langkah sesuai untuk mulakan, saya nak bagi contoh rakan sahabat baik saya Cikgu Ali Bersama rakan rakan Herba Hero mereka

5) Senaman Taichi atau Senaman Yoga

Kalau kita biasa ke Taman Taman Rekreasi ada banyak kumpulan yang mengadakan aktiviti ini, boleh sertai aktiviti ini yang bagus untuk peredaran darah dalam badan kita dan meningkatkan metabolisme.

Hubungi saya untuk Program Pengurusan Berat Badan, Get Fit Challenge, Sarapan Sihat dan Rendah GI
Dr Kamarul 0162090812 
Herbalife Independent Member

Tiada ulasan:

Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812