Sabtu, 21 Julai 2012

Sahur Apa pagi ini?

Anda makan apa untuk bersahur?


Rata-rata masyarakat kita makan berat semasa sahur seperti nasi berlauk, roti , bubur dan banyak hidangan karbohidrat.
Kesannya Peningkatan mendadak gula dalam darah dan juga insulin, serta penurunan tenaga.

Sahur Karbohidrat Tinggi

Pada waktu pagi, karbohidrat akan menyebabkan peningkatan kandungan gula yang tinggi di dalam darah, menyebabkan insulin akan dirembeskan daripada pancreas anda
Insulin tersebut akan menyingkirkan kandungan gula berlebihan daripada badan anda dan menukar selebihnya kepada Lemak.Kesannya kandungan gula akan menjadi rendah, kehausan dan kembali lapar dan memerlukan karbohidrat.Semakin lapar semakin banyak kita akan makan.Kalau semasa berpuasa, kita akan menjadi terlalu lapar dan kita akan melantak kuat semasa berbuka puasa
Inilah puncanya kita mudah menghadapi risiko diabetik, darah tinggi dan kenaikan berat badan walaupun kita Berpuasa!




Tidak bersahur…

Bagi mereka yang tidak bersahur, sebenarnya kesannya lebih buruk.Sunat kita mengambil sahur ketika berpuasa.Bayangkan apabila tidak bersahur, kandungan gula yang begitu rendah akan menyebabkan kita kelaparan dan lemah tidak bermaya sepanjang hari.
Kesannya lebih buruk apabila kita berbuka puasa nanti, pastinya kita akan melantak dengan begitu banyak sehingga lupa hikmah sebenar dan tujuan berpuasa.Kita akan menambah lagi ketika moreh sehingga kita berisiko tinggi berdarah tinggi, diabetis dan lebih berat badan walaupun berpuasa pada siang harinya.Bayangkan seterusnya hingga sambut syawal nanti.

Tiada ulasan:

Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812