Musim Haji sudah hampir, ketika ini umat Islam yang mendapat jemputan Allah akan bersiap sedia menuju ke Tanah Suci.
Dalam banyak kenangan hidup selama berada di bumi milik Allah, kenangan ibadah haji pada tahun 2007, adalah memori paling indah kerana pengajaran dan nikmat ibadah memberikan sinar dan harapan kepada diri ini bahawa kita hanyalah Hamba yang diciptakan untuk meneruskan kehidupan dengan syariat dan sunnah yang ditetapkan.
Niat untuk ke tanah suci bagi menunaikan ibadah Rukun Kelima ini telah diimpikan sejak tahun pertama di Sudan lagi... Amatlah bersyukur kepada Allah kerana akhirnya diterima permintaan ini dan diberikan Rahmatnya untuk bersama-sama para hujjaj ke jalan Allah.
Catatan ini adalah sebagai Tazkirah diri, supaya kembali mengingati kepentingan dan hikmah Islam yang tiada bandingannya.Kelemahan diri adalah kerana kelalaian dan kekurangan kekuatan untuk terus berada di jalan yang diredhai perlulah dimuhasabah sentiasa.
Pada awalnya, urusan untuk ke tanah suci telah bermula semasa di Mesir, ketika mana menyambut lebaran 2007.Perjalanan yang ditetapkan bukan semudah yang disangka rupanya.Duit dan harta bukan semata mata yang diperlukan.Allah telah tunjukkan bahawa bukan mudah untuk menjadi tetamunya.
Saya bersama-sama sahabat sahabat telah berusaha mendapatkan visa haji menggunakan kuota tambahan warga asing di Sudan.Sememangnya kami adalah pilihan kedua selepas semua kuota penduduk tempatan diisi.Semasa menunggu visa keluar, debaran demi debaran melanda... hati terasa.. adakah diriku ini layak dijemput Allah... adakah diri ini cukup bersedia... adakah diri ini cukup taat menurut perintahNYA....
Hari yang paling gembira adalah ketika mana nama-nama jemaah haji telah dikeluarkan oleh Wakil Agensi yang menguruskan.Syukur dan Sayu yang amat kepada Jalla Waala kerana menerima doa hambaNYA.
Saya pergi menaiki Saudi Airlines terus ke Madinah selepas rakan rakan (umar,mokhtar& azam) berangkat ke Port Sudan untuk menaiki Kapal Laut.Perpisahan awal ini juga terdapat kisah yang boleh dijadikan hikmah diri.
Berseorangan tanpa teman , saya bertawakkal kepada Allah agar dipermudahkan urusan semasa di Madinah.Selepas tiba di Airport Madinah, keadaan nampak agak panik kerana masalah pembahagian bas dan juga kebenaran keluar yang dipantau oleh pegawai haji saudi.Saya bersama-sama jemaah sudan yang hanya kenal selepas mendarat di madinah telah bersetuju untuk mencari tempat tinggal sementara di madinah.Kelebihan orang sudan adalah ihtiram mereka kepada saya, Alhamdulillah mereka membantu dengan baiknya.
Banyak lagi kenangan yang tidak boleh dilupakan semasa berada di Tanah Suci.Namun begitu kenangan paling penting adalah ketika berada di Hari Arafah.Memang sayu ketika kami berjaya wukuf pada hari yang amat terik diselangi semburan air pendingin.Kami pergi berempat, dirikan kemah dan wukuf di tengah-tengah para hujjaj yang berbilang bangsa.
Ketika itu kesabaran menjadi faktor utama,dan masa mustajab tersebut adalah masa untuk merayu kepada Allah semoga diberikan rahmat,diampunkan dosa dan diperkenankan permintaan-permintaan kita.
Kawan kawan seperjuangan mesti ingat kisah "Difak Shakbi" hehehehe.... kelakar dan penuh hikmah... juga kenangan berjalan kaki beramai ramai bagaikan saf di medan perang daripada Arafah kembali ke mina ataupun muna.Kita terpisah dirempuh manusia, namun Alhamdulillah berjaya bersatu kembali.Saya sendiri selipar putus dimamah kerusi roda, kemudian dibabab ketika menuju ke bukit tempat kami bermalam... hehehe memang unik untuk berjaya tidur didalam arus manusia yang begitu ramai..
Selepas menunaikan ibadah, kami berpeluang untuk ke Consulate Malaysia di Jeddah.Layan yang diterima daripada Ustaz Radhi selaku konsul pendidikan semoga Allah membalasnya.
Setakat ini dulu nukilan kenangan ini.. ada peluang nanti sambung lagi... Ya Allah, hati ini merayu kepadaMu.. agar diberikan lagi peluang menunaikan ibadah Haji ini.. supaya dapat didirikan dengan lebih sempurna dan khusyuk insya Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan